Wednesday, 21 March 2012

JAWABLAH SENDIRI




  • DAN JAWABLAH SENDIRI

    Niatmu sejujurnya ikhlas dan murni...
    Tapi berapa kerat sangatkah yang akan menyokong usaha murnimu itu?
    Bilang sama aku...
    Adakah penulis di Malaysia ini boleh hidup dengan hasil penulisannya?
    Kalau ada cuma sedikit sekali jika hendak dibandingkan ramainya penulis di Malaysia ini...
    Mereka tidak boleh menjadi penulis sepenuh masa ...
    Jika mahu menampung kehidupan...
    Mereka harus bekerja untuk menanggung nafkah keluarga...
    kalau menulis sepenuh masa berapa pula dibayar royalti penulisan mereka...
    Yang peliknya penulis sesama penulis pun tak memberi sokongan...
    Ada cantas mencantas...
    Masing-masing tidak boleh melihat kelebihan karya rakan penulis serasa
    karya sendiri yang hebat...sedangkan semuanya hebat kerana setiap bakat
    adalah kurniaan Allah SWT cuma gaya penulisan yang berbeda....
    Nama aje ada persatuan penulis...
    cuba kau buktikan padaku persatuan penulis mana yang bisa mengangkat
    karya ahli-ahlinya hingga ahlinya bisa hidup dengan hasil karyanya...
    betullah katamu karya penulis seperti sampah terbuang yang tiada dinilai....
    tapi itu kata mereka...kata Tuhan siapa yang tahu...
    mungkin yang dikatakan sampah itu menjadi permata berharga siapa tahu?
    Tuah ayam nampak di kaki...Tuah manusia siapa yang tahu?
    Jika pun tak dihargai di negara sendiri...
    dan karya yang dikatakan sampah iu dikutip oleh negara lain ...
    jangan pula salah menyalahkan kerna salahkan sendiri kerana napa tidak
    hargai malah dikatakan sampah terbuang...
    selagi rakan penulis tidak menghargai dan persatuan penulis menyepikan dan
    kerajaan sepikan juga....tunggulah...tunggulah jawapan ...dan jawablah sendiri...

    Karya Rha NS
    21 Mac 2012
     ·  · about an hour ago near Melaka, Malaysia

    (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI & GROUP OMBAK RINDU)
    21 Mac 2012


0 comments:

Post a Comment

 
;