Wednesday, 21 March 2012

MELAHIRKAN INSAN-INSAN SASTERA...SASTERAMU SASTERAKU SASTERA SEMUA


KARYA YANG DISIA-SIAKAN

Sayang seribu kali sayang
di Malaysia ini
di Negara kita ini
ramai yang memiliki bakat yang terpendam
dan terendam
yang dipersia-siakan bakatnya
dalam bidang penulisan
puisi, pantun, sajak dan gurindam
tapi semuanya disia-siakan
umpama 'melukut di tepian gantang'
dan 'melepaskan batuk di tepian tangga'.

Kerana...setiap karya yang tercipta
setiap karya yang dihasilkan
setiap karya yang dinukilkan
umpama mengalirkan air di muara sungai
yang akhirnya akan hilang di hilirnya
dan lesap ditelan lautan
yang luasnya tiada berpenghujung.

Sia-sia...sungguh!...Sia-sia
sepatutnya...sepatut-patutnya
kita patut menghargai karya milik kita
milik kita sendiri...bukannya milik sesiapa
bukannya milik orang lain
tapi milik kita sendiri
dengan menjaga tatabahasanya
dan mutu penulisannya.

Setiap karya haruslah mempunyai tajuk
sebagai pengenalan karya tersebut
dan setiap karya...haruslah!
Haruslah mempunyai tandatangan di bawahnya
sebagai milik mutlak kita
kerana ianya adalah hasil...dari perihnya!
Perihnya memerah otak...otak kita sendiri; berbicara
dan meluahkan apa yang ingin dibicarakan.

Fikirkanlah...fikirkanlah
wahai para pengkarya yang berkarya
usah dipersia-siakan bakat yang ada.

Bersatulah...bersatulah kita
dalam memartabatkan seni sastera...negara kita yang tercinta.

ss-z/spl/pm...20-mac-2012.
http://sangpujanggalangit.blogspot.com/2012/03/karya-yang-disia-siakan.html
sangpujanggalangit.blogspot.com
koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika ti...
 ·  ·  ·  · 19 hours ago near Sandakan, Sabah
  • You and Sazalee Sulaiman like this.
    • Rabeah Mohd Ali Moga perjuanganmu untuk mempertabatkan seni sastera negara tercinta mendapat sokongan daripada semua rakan-rakan seperjuanganmu dan akhirnya tercapailah impian semua peminat sastera makanya tercapai jugalah hasrat negara tercinta melahirkan insan-insan sastera....sasteramu sasteraku sastera semua. Aamin.
      (PETIKAN DARIPADA GROUP OMBAK RINDU)
      21 Mac 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;