Saturday, 24 March 2012

KITA TETAP BERKAWAN KERANA AGAMAKU MENGGALAKKAN BERBUAT BAIK KEPADA SEMUA ORANG TIDAK KIRA AGAMA


        • M
    • Yang Aku Cari

      Yang kucari sahabat akhirat
      bukan kawan dunia

      Kenapa?
      Apa bezanya
      sahabat akhirat dengan kawan dunia?

      Memang banyak bezanya
      Seperti langit dengan bumi

      Apa maksudnya?
      Kawan dunia membuat hati jadi leka
      sahabat akhirat menjadi
      penghubungku ke akhirat

      Hidup semuanya
      berdasarkan akhirat
      kerana mahu tidak mahu
      hidup di dunia
      akan menuju akhirat

      Sebab itu pentingnya
      sahabat akhirat
      menjadi pendampingku
      agar hidup ini
      terarah ke akhirat

      Ya Allah kami bersahabat
      dan bertalisiraturrahim
      semuanya keranaMU
      agar kami saling ingat
      mengingat tentang negeri
      yang kekal abadi
      negeri akhirat

      Selagi nafas ini
      dipinjamNya
      hari-hari fikirkan akhirat
      hari ini apa yang terlalai

      Selalu salahkan diri sendiri
      Kenapa aku masih lalai?
      Kenapa harus fikirkan dunia lagi?
      Kenapa tak mahu berubah?
      Sedangkan negeri akhirat
      selangkah lagi akan kutempuhi

      kerana aku tidak mahu
      penyesalan tanpa tertebus!

      Amat malang kiranya
      sampai ke negeri akhirat
      tanpa amalan yang dikira
      di sisi Allah Taala dan kalau
      ada amalan tetapi ditolak
      tanpa disedari
      rugi juga
      yang penting setiap
      amalan ikhlas
      kerana Allah Taala

      Ya Allah terimalah amalanku,
      ahli keluargaku, sahabat-sahabatku
      dan orang-orang Islam samada hidup
      dan yang telah meninggal dunia.
      Amin Ya Rabbal A’ lamin.

      Karya: Rha NS
      26 Febuari 2011
       ·  ·  · 12 hours ago near Shah Alam
      • Franata Daniel Mps likes this.
        • Sang Pengembara Yth. sobat Rabeah Mohd Ali, apakah anda hanya menjadikan orang2 beragama Islam saja sebagai sahabat anda ?.....soalnya bagi sebagian orang, mereka menganggap bahwa saya adalah kafir (penilaian mereka)......bagaimana menurut anda ?
          12 hours ago ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Wahai Sang Pengembara...kau adalah sahabatku juga yang kuhormati..kerana kau ciptaan Tuhanku juga cuma yang membedakan agama dan kepercayaan kita...makanya aku perlukan sahabat-sahabat yang perlu saling sokong menyokong untuk bekalan hari selapas matiku nanti...di akhirat nanti samada kawan atau keluarga bukanlah jadi penemanku nanti tapi amal yang diterimaNya saja. Aku amat-amat perlukan mereka dalam hidupku sebagai saling sokong menyokong ke arah yang boleh menjadi amalan yang diterima Tuhanku.

          Harap kau faham ye duhai kawanku...kita tetap kawan kerana agamaku menggalakkan berbuat baik kepada semua orang tak kira agama ...waima walaupun haiwan yang melata di bumiNya ini.

          Agamamu agamamu
          Agamaku agamaku
          Saling berbeda
          Namun agamaku menggalakkan berbuat baik sesama manusia
          Kau kawan duniaku
          Justeru usahlah kau bimbang...
          Apa salahnya kita saling bertukar pendapat dalam suasana harmonis demi kebaikan semua pihak tanpa ada hati terluka....
          Justeru jangan pernah ada kecil di hatimu duhai Sang Pengembara yang dihormati selalu....
          12 hours ago ·  ·  1
        • Sang Pengembara sobat Rabeah Mohd Ali, didalam pengembaraanku, aku didatangi oleh banyak makhluk selain manusia, ada diantara mereka yg membawa hawa panas namun ada juga yang membawa hawa dingin....disamping kedua hawa itu masih ada lagi yaitu hawa sejuk.....bagaimana menurut pengetahuan sobat....dinamakan apakah mereka2 itu didalam agama Islam ?
          12 hours ago ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Duhai sohabku...aku bukanlah berhak untuk menilai mereka yang berhawa panas...kerana yang kumahu yang berhawa sejuk dan bahasa-bahasa yang mendamaikan hatiku saja...mana-mana yang membuatkan hatiku panas...aku undur diri...kerna aku tak tahan dengan kepanasan...kerana aku terlalu capek dengan kepanasan dalam usiaku begini....kulitpun dah berkedut seribu mana bisa mungkin kulitku dibakar terik kepanasan mahu hangus jadinya Sang Pengembaraku....aku tak tega...tak tega...
          12 hours ago ·  ·  1
        • Sang Pengembara dan bukankah ada suatu cerita (entah benar atau tidak) bahwa : Nabi Muhammad SAW dan atau Imam-Imam selain kepada manusia juga menyi'arkan agama islam kedalam alam Jin (mahkluk berhawa panas) sehingga di alam jin pun sudah ada yg muslim.....bagaimana menurut sobat Rabeah Mohd Ali atas cerita yg pernah saya dengar tsb ?
          12 hours ago ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali Duhai Sang Pengembara...dalam hal-hal ini aku tidak ariflah..coba kau tanya kepada sobat yang arif ye...maafkan aku....ada tak sobat-sobat yang lain boleh menjawab pertanyaan sobat kita Sang Pengembara ini...silakan...
          12 hours ago ·  ·  1

          (PETIKA DARIPADA WALL GROUP KERAGAMAN BUDAYA LELUHUR INDONESIA)
          24 Mac 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;