- KUNCI CINTA DALAM OMBAK RINDU
(Skrip Putera Harimau Dengan Puteri Rimba)
Putera Raja Harimau:
Ayang ni pandai je berkata-kata,anja dah tua tiada kad-kad lagi dah untuk di layang kan....Tak ada bunga-bunga di taman yang mahu hidup di tanah yang tidak subur...
Puteri Rimba Niagara:
Ala...anja ni...bunga-bunga segar mengharum di atas sana kan banyak....cakap aje ngan ayang...boleh ayang tolong petikkan untuk anja.....hihihi agar subur taman cinta anja yang dah lama tandus itu ye....hihihi
Putera Raja Harimau:
Ini buah kelapa yang jatuh dilautan dan dipukul ombak membawa ketengah dipandang orang pun tidak apa lagi nak di guna kan, maka jadi lah ia sebagai "OMBAK RINDU" yang terkapar-kapar di lautan sepi.
Puteri Rimba Niagara:
Hai anja...sejak bila pandai bermadah puisi ni ye....hihi terkedu jantung ayang berbuai-buai di lambung ombak rindu....hihihi
Putera Raja Harimau:
Bila hati dan perasaan di kala kesepian dengan sendirinya hati itu berkata,mana kah teman-teman bicara ku...dengan perasaan yang sayu mata ini akan mengalun alun kan pemandangan yang indah yang pernah dilalui dan ditempuhi bersama di saat mengecapi mahligai bahagia.tapi kini hanya tinggal memori yang tidak mudah untuk di lupakan.
Pueri Rimba Niagara:
Ala...anja ni...buat apa mengenangkan memori lama yang melukakan ye...cubalah buka hatimu yang tandus bunga cinta dengan memori baru...anja....hidup ini terlalu singkat anja...berilah peluang hati anja untuk hidup bahagia...kalau kunci tu ada di hati anja bolehlah ayang buka...tapi kalau dah dicampakan ke ombak rindu...tak dopek den nak nolongnya....hihihi
Kalau nak cari kunci cinta anja dalam ombak rindu ...terpaksalah ayang kena menyelam ke dasar laut yang dalam...matilah ayang....kalau menyelam dalam dasar hati anja senang lah sikit...tapi hati anja tu selagi ada dia dan memori lama tak hilang....sampai anja mati pun ayang tak dapat cari....hihihi
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTERA RAJA HARIMAU)
ISTANA ANTA BERANTAH
21 Mac 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment