Thursday, 24 May 2012

ABANG PATDELI ABANG MUHI YB YANG MENEGAKKAN KEBENARAN & KEADILAN SAKSAMA 1MALAYSIA YANG BETUL




Putri Rimba Niagara shared Abang Patdeli Abang Muhi'sphoto.
1 ·  · 
  • You and 13 others like this.
    • Teo Kuang Chai Abang Patdeli Abang Muhi ..jd YB ajak. Jd YB yang baik.. YB yang betul2 bersih..YB yang menegakkan kebenaran & keadilan saksama..1malaysia yang betul..yang tidak ada jurang perbezaan antara kaum & agama. Saya akan undi kamu..walau pun kamu calon bebas. Hahahaha
      May 13 at 1:57pm · 
    • Myrra Jay Os Mun Abang Patdeli Abang Muhi calon bebas sik mau i undi...tp mun BN pasti i undi nya...he..he...he..he..
      May 13 at 2:01pm · 
    • Teo Kuang Chai Si mau I undi Abang Pat..mun nya calon BN..Barang Naik ajak..si guna gaji naik mun Barang Naik juak. Undi ajak BT..Barang Turun. BT=Barisan Tiga (Keadilan, PAS & DAP) hahahaha.
      May 13 at 2:15pm ·  ·  1
    • Myrra Jay Os Undi pembakang pun belum pasti barang akan turun harga...he..he..he....so lebih baik undi BN...
      May 13 at 2:24pm ·  ·  1
    • Teo Kuang Chai Nvr try nver kno, umpamanya shd you didn't gave it a try to get to know Jaku..you won't have discovered that Jaku is a good loving responsible husband & father to your children.
      May 13 at 2:29pm · 
    • Teo Kuang Chai Sekurang2nya kita cuba membuat perubahan..kita cuba execise democracy dimana mana2 pihak bole mentabir negara..bukan satu pihak saja.. selama 50 tahun
      May 13 at 2:40pm ·  ·  2
    • Teo Kuang Chai Hey..siapa yg melatah? Tidak betulkah apa yg saya sebutkan..itu adalah kenyataan..kamu cuba nak lari dari kenyataan? :)
      May 13 at 2:58pm ·  ·  1
    • Abang Patdeli Abang Muhi Pilihlah calon yang kita kenal dan tahu hati budinya. Pilihan raya adalah untuk memilih Kerajaan - sama ada hendak mengekalkan Kerajaan yang sedia ada ataupun menggantikannya dengan Kerajaan (parti) yang baharu untuk 5 tahun yang seterusnya. Semua itu terpulang kepada diri kita sendiri. Apabila Kerajaan berubah atau bertukar tangan, Perkhidmatan Awam, PDRM, ATM, pihak penguasa tempatan (PBT), dan sebagainya, tetap sama dan ada (tidak ada yang akan dibuang kerja). Ada dasar tertentu yang mungkin berubah, dan itu oerkara biasa dalam sistem demokrasi. Dalam Kerajaan yang sedia ada pun banyak dasar yang berubah apabila bertukar Menterinya. Tidak ada istilah Kerajaan atau pembangkang yang kekal (BN jadi pembangjkang di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah, dan Pakatan Rakyat jadi pembangkang dalam Parlimen, di Perak, Terengganu, Pahang, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan)...Undilah dengan fikiran yang tenang, dan hati yang tulus...
      May 14 at 7:05pm ·  ·  10
    • Rabeah Mohd Ali YB PAKAR BAHASA ABANG PATDELI ABANG MUHI

      Yang Berhormat
      Yang Disanjungi YB Pakar Bahasa
      Ku hormatimu sejak dulu lagi
      Kuyakin dengan bakat pemimpinanmu yang ada
      Di jiwamu
      Semangatmu membela rakyat 1Malaysia tak pernah
      Terkubur di hatimu
      Kau memperjuangkan tanpa mengira siapa mereka
      Asalkan rakyat Malaysia
      Bara kata-kata yang kau ucapkan
      Di khalayak ramai
      Penuh semangat
      Berkobar-kobar
      Hingga naik semangat
      Sesiapa yang mendengarnya

      Kau melontarkan setiap hujah
      Penuh fakta dan bernas
      Hingga pihak lawan tak berani
      Nak cantas
      Sebelum mereka cantas
      Sudah kau cantas dari awal

      Dengan kelebihanmu berbahasa Melayu
      Lagilah memantapkan setiap hujahanmu
      Kau terus berhujah membela rakyat Malaysia
      Hingga rakyat rasa dihargai
      Kerana mereka dibela semampu dayamu
      Dan hasil pembelaanmu itu
      Mereka melafazkan
      Syukur sebanyak-Nya kerana mereka dilahirkan
      Di bumi Malaysia yang bertuah ini

      Dengan mencalonkanmu sebagai YB
      Tak sia-sialah rakyat menobatkan kau
      Sebagai YB Pakar Bahasa

      Kutabik hormat padamu duhai YB Pakar Bahasa
      YB ABANG PATDELI ABANG MUHI
      Moga kau beroleh kejayaan dunia dan akhirat
      Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      23 Mei 2012
      Yesterday at 8:42pm ·  ·  3
    • Rabeah Mohd Ali KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU

      KURA-KURA DALAM PERAHU,
      PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
      TAK LAMA LAGI PRU,
      KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU.

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      23 MEI 2012
      Yesterday at 8:54pm ·  ·  1
    • Teo Kuang Chai Rabeah Mohd Ali, seperti mcm saya, Abang Patdeli Abang Muhi anak kpg yg berasal dari daerah kecil luar bandar di mana penduduk berbilang kaum hidup aman damai saling & hormat menghormati..1Malaysia yang betul..bukan 1Malaysia UMNO/BN yg di laung2 Nazib. Puan sama sependapat dgn saya berkenaan sifat2 mulia Abg Pat yg berani menegak kebenaran & dan Keadilan saksama rakyat malaysia, tidak memilih bangsa atau agama. Sy telah lebih 30 thn kenal beliau..dan sy sangat menghormati beliau kerana kberanian, kejujuran & sikap rendah diri. Sy doakan mudah mudahan beliau panjang umur & murah rezeki.Amen.
      Yesterday at 9:38pm ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Teo Kuang Chai...apakah pendapat mu tentang puisi ku tuliskan untuk YB Pakar Bahasa itu ye. Adakah memberi kesan yang mendalam kepada jiwa pembaca tika mahu mengundi nanti ye? hehehe
      Yesterday at 10:47pm ·  ·  1
    • Teo Kuang Chai Syabas.. Pn Rabeah, a well written puisi..well said..well done.. He deserves every single word of praise that was mentioned in yr puisi. You have said..what & all needed to be said. Cheers.
      Abang Patdeli Abang Muhi is a true 1malaysian guy..with the real 1Malaysian heart. Sejak zaman nenek moyang kita, sebelum jajahan british, kita telah bersusah payah memupuk semangat hidup bermasyarakat bersatu padu antara kaum.. tapi “sida-sida pakar politik, pakar perpaduan rakyat, pakar 1Malaysia, pakar segala pakar,” dari UMNO/BN/Perkasa menggunakan isu-isu perkauman & ugama untuk memecah belah/meroboh perpaduan rakyat demi untuk kepentingan mereka sendiri. Tamak dan bermati-matian dengan cara tidak bersih untuk mempertahankan/mengekalkan kuasa politik mereka dalam negara ini..seolah-olah negara ini kepunyaan bapa mereka.
      Dari puisi puan, saya berpendapat bahawa seperti Abang Pat.. puan juga seorang intellectual yang berfikiran “factual, reasonable & rational”..juga seorang yang berani menegak kebenaran dan mempunyai semangat mempejuangkan keadilan saksama antara kaum..juga pejuang kepada ideology 1Malaysia yg betul..bukan 1Malaysia tipu2.
      1Malaysia bukan dihadkan kepada maksud adil sama rata antara rakyat/kaum..ianya juga sharusnya juga bermaksud adil sama rata antara semua negeri. Contohnya perbezaan tahap pembangunan yg amat ketara antara negeri2 di semenanjung dan Sabah/Sarawak tidak seharusnya berlaku dan mesti diambil berat.
      Ya..tepat sekali, puisi puan pasti memberi impact kepada pembaca2 FB disini dan sy harap ianya boleh membuka mata dan hati mereka agar lebih bijak memilih siapa mereka harus undi pada PRU 13, untuk mentabir negara kita kearah negara yang cemerlang demi untuk masa depan anak cucu kita kelak.
      Seandainya puan ditakdirkan bertanding suatu hari nanti..saya tetap mengundi puan..walaupun kita dari kaum yg belainan.
      9 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali FIKIR-FIKIRKANLAH PEMERINTAH JIKA KAMU PUNYA MATA HATI!

      Teo Kuang Chai...
      Amat terharu saya membaca apa yang saudara tulis
      Saya tak sangka pula apa yang saya tulis
      Sampai begitu sekali pandangan saudara kepada saya
      Saya suka politik
      Tapi saya suka politik yang mengutamakan rakyat
      Daripada kepentingan sendiri

      Kita ingin sekali memperjuangkan hak rakyat
      Tapi banyak sangat halangannya
      Saya tak tahu
      Hingga saya celaru
      Ke mana arah tuju negara kita nanti
      Pabila ketiadaan kita nanti
      Apa nasib anak cucu kita
      Apakah corak pemerintahan
      Yang bakal mereka tempuhi nanti
      Makanya pemimpin-pemimpin seperti
      YB Abang Patdeli Abang Muhi
      Perlu kita sokong
      Habis-habisan
      Kerana YB Abang Patdeli Abang Muhi
      Mempunyai semangat cintakan anak bangsa
      Dan ibu pertiwi melebihi kepentingan sendiri

      Dan rakyat yang berjiwa seperti saudara Teo Kuang Chai
      Yang mahu negara diperintah oleh pemerintah
      Yang mengutamakan rakyat lebih daripada kepentingan sendiri

      Mana tahu satu hari nanti ditakdirkan
      Saya . saudara Teo Kuang Chai dan YB Abang Patdeli
      Jadi wakil kepada suara rakyat di parlimen
      Akan bergemalah
      Suara kita bertiga

      Kami pembela rakyat
      Dan semua rang undang-undang
      Yang berteraskan kepentingan rakyat
      Kami akan sokong tanpa bantahan
      Jika tiada suatu rang undang-undang
      Tiada kepentingan rakyat
      Kami rela dilucutkan dari jawatan ini

      Kami di parlimen ini diamanahkan oleh rakyat
      Kiranya amanah rakyat ini tidak
      Kami lunaskan
      Masih membahaskan perkara remeh-temeh
      Kami akan keluar dari dewan yang mulia ini
      Kerana sia-sia saja jawatan yang kami sandang
      Hanya untuk mengaburi mata rakyat
      Jadinya kami tak mahu begitu!

      Kami berundur bukan bererti kami kalah
      Tapi kami percaya kemenangan rakyat
      Sentiasa kami perjuangkan
      Hingga ketitisan darah terakhir

      Kami mahu hidup dalam perjuangan
      Dan kami mati juga dalam perjuangan

      Andai kata perjuangan kami
      Tidak dihargai dan didengari

      Kami pasti suara-suara rakyat akan bergema
      Duhai pemerintah...
      Inikah balasan kamu kepada kami
      Diberi amanah untuk membela nasib kami
      Tapi kami dipandang sebelah mata...
      Fikir...fikirkanlah..pemerintah
      Jika kamu punya mata hati!

      Karya: Putri Rimba Niagara
      24 Mei 2012
      3 minutes ago · 

      (PETIKAN DARIPADA WALL ABANG PATDELI ABANG MUHI)
      24 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;