Saturday, 26 May 2012

PANTUN PENGUBAT RINDU DJ DAN PENDENGAR



    • PANTUN PENGUBAT RINDU DJ DAN PENDENGAR

      Musz blues suka berpantun,
      Bikin pendengar rasa terhibur;
      Bila bicara bersopan santun,
      Aduhai bikin hatiku terhibur.

      Zairi Erie pendengar paling setia,
      Peminat nombor satu tiada dua;
      Lagu disiarkan pengubat jiwa,
      Lagu kasih dan rindu semuanya ada.

      Hari-hari dengar lagu,
      Lagu rindu lagu cinta;
      Semuanya suka merindu,
      Pada DJ ramai jatuh cinta.

      Muda mudi suka dengar lagu,
      Hilanglah segala rindu;
      Lagu rindu didendangkan selalu,
      Didengar tak jemu-jemu.

      Setiap hari dapat permintaan,
      Lagu cinta lagu rindu;
      Permintaan peminat DJ tak kecewakan
      Demi pendengar yang setia menunggu.

      Semua DJ mereka dah tahu,
      Pendengar sayang sentiasa dirindu;
      Bergelak ketawa pengubat rindu,
      Sehari tak mendengar terasa rindu.

      Dalam hati berbunga cinta,
      Cinta suci sesuci embun pagi;
      DJ tak henti memutar lagu cinta,
      Dari malam hingga ke pagi.

      Permintaan pendengar sentiasa dipenuhi,
      Demi pendengar yang dikasihi;
      Lagu disiarkan semua diminati,
      Untungnya mendapat DJ yang memahami.

      Hari-hari peminat ternanti-nanti,
      Kehadiran DJ yang diminati;
      DJ sakit mereka susah hati,
      Didoakan moga segera Disembuhi.

      Peminat ceria DJ pun ceria,
      Peminat muram DJ pun muram;
      Begitulah DJ yang setia,
      Tak mahu peminat selalu bermuram.

      DJ dan peminat sehati sejiwa,
      Tautan hati bagaikan keluarga;
      Bergurau senda senantiasa,
      Tiada pernah terasa di jiwa.

      Hati yang jauh didekatkan,
      Zairi Erie dikenali semua;
      DJ dan peminat didekatkan,
      Agar terjalin jalinan mesra.

      Jalinan ukhuwah antara dua benua,
      Merapatkah hati dua negara berjiran;
      Sehati sejiwa senantiasa,
      Saling hormat menghormati dua negara berjiran.

      Moga ikatan DJ dan peminat diberkati,
      Mendapat hidayah Allah senantiasa;
      Jasa baktimu DJ sentiasa diingati,
      Percayalah DJ disayangi semua.

      Moga SSLfm sentiasa diminati,
      Kerana semua DJ nya sporting gila;
      Bikin pendengar suka hati,
      Bila tak dengar rasa sepi gila.

      Sampai sini hamba berpantun,
      Untuk DJ dan pendengar yang disayangi;
      Sudilah baca bila karya hamba bersiaran,
      Kerana tanda kasih hamba pada semua yang disayangi.

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      26 Mei 2012
       ·  ·  · 11 hours ago

0 comments:

Post a Comment

 
;