Tuesday, 22 May 2012

JIKA DINDA TEMUKAN SERAUT WAJAH KANDA






WARKAH RINDU TIADA PENGHUJUNGNYA BUAT KANDA

Allahu Akhbar
Sudah lama kanda sepikan dinda
Duhai kandaku nun di benua sana
Adakah kanda sudah lupakan dinda
Apakah khilaf yang dinda lakukan hingga tega
Kanda sepikan rinduku ini
Siang dan malam dinda menanti
Kiriman warkah rindumu di ombak sepi
Tapi masih sepi
Sesepi pantai di rimba ini
Cuma yang kedengaran
Hempasan ombak menghempas pantai
Dinda rasa terhibur pabila
Deruan ombak menyanyikan lagu rindu
Dinda teruja mendengarnya
Dan dinda teringat akan Kebesaran Tuhan
Mencipta lautan sebegini indah
Dinda duduk di atas batu yang di kelilingi
Bebatuan yang banyak
Sambil melemparkan pandangan
Di lautan yang terbentang luas
Dan teringat dengan janjimu
Untuk datang ke Istana Rimba ini

Setiap kali bahtera yang datang
Gembira hati dinda
Kerna salah satu bahtera yang banyak
Itu adalah bahtera diRaja kanda

Tapi hampa...
Dinda pulang dengan hampa...
Sampai di istana
Dayang-dayang
Menghidangkan
Pelbagai juadah
Tapi tiada selera untuk
Dinda menjamahnya
Mereka tetap juga memaksa
Agar dinda hingga
Mereka juga tidak mahu santapan
Dan mereka menyuap dinda santapan
Sambil menyapu air mata dinda
Dengan daunan kasih

"Tuanku Putri Rimba...
Tak usahlah ditunggu lagi...
Mungkin Kanda Tuanku terlalu sibuk menguruskan negaranya...
Bukankah Tunku Putri mengajarkan pada kami bahawa
Urusan negara adalah lebih penting daripada kepentingan sendiri
Makanya Tuanku Putri fahamlah keadaan Tuanku diRaja."
pujuk dayang penghuni rimba yang sangat sayang pada Putri Rimba.

"Betul katamu dayang...tapi beta ini terlalu percaya akan
janji Tuanku diRaja...kalau satu purnama tak apa beta menunggu
ini sudah berpurnama-purnama masih lagi tidak ada tanda-tanda kehadiran Tuanku DiRaja. Adakah Tuanku DiRaja sudah lupakan beta?"

"Patik rasa tuanku Putri ini sedang di lamun rindu..adakah Tuanku rindukan Tuanku diRaja?"

"Bukan begitu beta maksudkan...kerna hubungan kami tidak lebih daripada persahabatan di antara dua benua...rindu dan kasih beta
hanyalah kasih seorang sahabat ....salah ke ?"

"Tak salah Tuanku Putri....bersahabat biar ramai...berkasih biar satu..."

"Apa maksudmu dayang?"

"Tuanku Putri....jawab sendirilah...."

Suasana Istana Rimba hiruk pikuk dengan gelak ketawa penghuni rimba apabila Putri Rimba kesayangan mereka hilang daripada rasa dukacita.

Beginilah keadaan dinda setiap hari kanda...sentiasa bergurau senda
dengan penghuni rimba tanpa ada hati-hati terluka ...sentiasa menyayangi di antara satu sama lain. Inilah kehidupan yang dinda dambakan dan Allah SWT telah mengurniakan. Mana bisa mungkin dinda akan tinggalkan kehidupan yang aman dan harmonis ini.

Makanya demi persahabatan kita yang ikhlas ini dinda akan setia menunggu kanda...di ombak rindu ini jika kanda tidak datang juga kerana kesibukan urusan negara... dinda faham kerna dinda pun begitu mengutamakan penghuni rimba daripada kepentingan dinda sendiri....biarlah rindu ini menjadi perindu setia pada ombak rindu yang tiada penghujungnya.

WARKAH RINDU TIADA HUJUNGNYA BUAT KANDA DI INDONESIA
DARIPADA DINDA PUTRI RIMBA NIAGARA DI MALAYSIA
21 Mei 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA)
 ·  · 
  • You, Werdys KalbaryWan Suwandy and Zairi Erie like this.
    • Rabeah Mohd Ali DITELAN DERUAN OMBAK RINDU

      Benar ke kanda yang tercinta...
      Mimpikah dinda?
      Kerna siapalah dinda untuk menerima cintamu itu
      Kerna cinta-cinta di luar sana sentiasa mengelingimu
      Siapalah dinda yang terperuk di rimba ini yang tiada siapa tahu
      Di mana tempat tinggal dinda....
      Dinda ke sana kemari
      Menyebar luaskan kasih sayang
      Kepada yang sudi menghargai
      Karya daunan kasih dinda
      Tapi entah macam mana
      Dinda terjatuh hati pada kanda
      Sedangkan selama ini
      Telah lama dinda kuncikan cinta dinda pada sesiapa
      Tapi kehadiran kanda tanpa duga dinda
      Telah mengetuk pintu cinta dinda
      Aduhai! Cinta Oh cinta
      Adakah dinda harus menafikan cinta
      Demi perjuangan cita-cita dinda...
      Katakan duhai kanda
      Jika kanda benar-benar cintakan dinda...
      Agar kanda mengerti siapa dinda...
      Kekasih kanda yang mengharapkan kanda
      Mengerti perjuangan cita-cita dinda....
      Katakan sayang... dinda menunggu jawapan kanda...
      Jika tanpa jawapan dari kanda tahulah dinda
      Kanda tak ikhlas menyintai dinda
      Dan izinkan dinda undur diri
      Dari pencintaan ini
      Lupakan dinda
      Dan hayutkan cinta dan rindu dinda
      Di ombak rindu...
      Agar rinduku rindumu
      Dapat dilupakan
      Ditelan deruan ombak rindu...

      Karya Putri Rimba Niagara
      21 Mei 2012
      18 hours ago ·  ·  1
    • Zairi Erie rindu yang tiada penghujung
      18 hours ago ·  ·  1
    • Wan Suwandy duhai rindumu kanda...manakah Tuanku diRaja hingga tega membiarkan ombak rindu mengalun sendiri..
      hehehe
      16 hours ago ·  ·  2
    • Rabeah Mohd Ali hehehe Tuanku diRaja telah berubah hati lah dinda...itu yang dilanda demam rindu....huhuhu
      15 hours ago ·  ·  2
    • Werdys Kalbary Rabeah ..dindaku sayang...
      berkacalah di cermin hatimu yang paling jernih
      adakah bayangan kanda di sana ? sekali lagi di cermin hatimu, bukan kaca jendela semu...
      jika dinda temukan seraut wajah kanda
      yang terpantul di kaca, yang mungkin tidak sempurna
      itulah sebenar-benarnya kanda dalam ketidak-sempurnaannya
      insan biasa...
      namun jangan dikata ku tak punya cinta
      andai kau tahu
      cintaku padamu setulus kalbuku
      yang merangkum seluruh rindu
      dan betapa inginnya aku
      senantiasa dalam dekapanmu

      dinda...
      diamku bukan berarti apa
      ku hanya ingin mengendapkan suasana
      kemudian menghayatinya
      agar cinta kita betul-betul dewasa
      dan berbinar dengan bijaksana

      dinda...
      kujawab warkah rindumu
      dengan rinduku pula
      betapa dirimu
      permata cinta...
      ---------
      Sintang, West Borneo, 21 Mey 2012
      Werdys Kalbary
      15 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Duhai kanda...
      Jika lah diriku permata cinta mu...
      Kanda pula adalah permata dunia akhiratku
      Yang tiada ternilai harganya
      Jika hendak dibandingkan seisi dunia ini
      Cintaku tak bersyarat
      Syaratnya jika kanda
      Berniat sejujurnya ikhlas membalas cintaku kerana-Nya
      Makanya itulah cinta yang telah tercatat di Lauhmahfuz
      Yang harus kuimankan dalam lubuk hati
      Dengan rasa penuh pasrah dan keredhaan
      Bilamana dinda sudah pasrahkan
      Hidup dan mati dinda pada-Nya
      Tak perlu lagi dibimbangkan dan diragukan
      Kerna DIA tak pernah memungkiri janji
      Janji-Nya adalah pasti
      Maka-Nya Syukurku dalam sujudku

      Dinda Putri Rimba Niagara
      22 Mei 2012
      14 hours ago ·  ·  1
  • (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
    22 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;