Wednesday, 23 May 2012

MENTERA GURINDAM RINDU KANDA & DINDA





Wan Suwandy  updated his cover photo.

 ·  · 

  • You, Werdys KalbaryTeratai Abadi and 7 others like this.

    • Rabeah Mohd Ali Dinda Wan Suwandy dan Kanda Werdys Kalbary nak ke mana tu ye....hihihi
      Yesterday at 12:45am ·  ·  3

    • Wan Suwandy nak berenang nyeberang selat melaka kak Rabeah Mohd Ali hehehe..
      mampu tak ye ? qiqiqii

      Yesterday at 12:52am ·  ·  2

    • Rabeah Mohd Ali Kalau berenang mesti tak mampu...tak apalah kanda kirimkan sayap ajaib ye...terbang je...Insya-Allah sampai....hehehe
      Yesterday at 12:54am ·  ·  2

    • Teratai Abadi ‎2 ekor kuda putih yang nakal...

      kandaku Rabeah.. semoga hari2mu tenang dan diberkati bersama kesayanganmu itu...ehemmm..heheh

      kanda Wan Suwandy... jangan suka ganggu org banyak sangat...huhh...werk

      Yesterday at 1:08pm ·  ·  2

    • Rabeah Mohd Ali hehehe dinda teratai...lawalah dinda TA...sebab itu dinda wan suwandy sanggup berenang menyeberang selat melaka bertemu cinta hatinya biarpun sudah disumpah menjadi kuda putih....hehehehe
      Yesterday at 1:44pm ·  ·  2

    • Wan Suwandy knda Rabeah...bacakan mentera ya biar dua ekor kuda ni tumbuh sayap ajaibnya dan mampu terbang mencapai semenanjung
      tuk jumpai dua orang bidadari bumi, yang sentiasa melambai dalam mimpi...qiqiqi.. ya kan bro Werdys ...eh dimana dikau bro ? sinilah ada yg cari ne qiqiqi..:))

      Yesterday at 3:41pm ·  ·  3

    • Rabeah Mohd Ali Duhai kuda kembar sumpahan
      Mengenangkan rindumu sudah sampai tahap kritikal..oleh karna kamu nggak bisa berenang dan terbang
      Dengan belas ehsanku ...karna terlalu memahami cinta kalian
      Nah ambil sayap ajaib ini...terbanglah kepada kekasihmu yang sedang menanti tu...
      Tapi sudah sampai sana jangan tak ingat nak pulang ke tempat asalmu...
      Sampai di sana sumpahan kalian akan tamat dan kalian akan bertukar menjadi manusia seperti biasa....hehehehehe

      Yesterday at 3:50pm ·  ·  3

    • Rabeah Mohd Ali Ha...macam...dinda suwandy dan dinda teratai jadi tak menteranya...hehehe
      Yesterday at 3:51pm ·  ·  3

    • Wan Suwandy dindaku Teratai Abadi...kuda putih yang nakal ini tak mo ganggu org la , sekarang lagi nak belajar berenang di laut, agar nanti terbiasa berenang dan bermain dalam tasik bersama Teratai...hahaha..assyiik..:)) wew*
      Yesterday at 3:54pm ·  ·  2

    • Wan Suwandy kak Mirna Yudhaswara ..met siang kak ...makasih dah mampir..apa kabarmu ? hehe

    • Mirna Yudhaswara siang juga adek suwandy hehehe baek jak ni
      Yesterday at 4:01pm ·  ·  2

    • Wan Suwandy belum di cuba ni manteranya kak Rabeah...tunggu knda Werdys Kalbary datang jap lagi ,kita cuba ya...taksabar.com hehehehe
      Yesterday at 4:05pm ·  ·  2

    • Rabeah Mohd Ali Duhai dinda suwandy ...mentera ini akan berjaya sekiranya
      setiap yang terlibat menciptakan gurindam puisi masing-masing untuk kekasihnya agar kuda sumpahan ini bisa terbang tanpa halangan....Insya-Allah ...hehehehe

      Yesterday at 4:10pm ·  ·  2

    • Wan Suwandy ye ke kak Rabeah... hehehe...,kalau gitu nak buat puisi gurindam romantislah buat dindaku Teratai hhihihi...
      Yesterday at 4:22pm ·  ·  2

    • Rabeah Mohd Ali hehehe iya dinda...karanglah dengan sepenuh jiwa kasih sayangmu pada dinda teratai mu itu ye...masa mengarang tu pasti tersenyum sambil mengelamun jauh....jauuuhhhh nun di sana.....hehehehe
      Yesterday at 4:36pm ·  ·  1

    • Teratai Abadi kandaku Rabeah.. sempurna tidak cacat itu dah cukup bagiku...hee..manalah nak terlawan canteqnya paras dn budimu..jauh teratai tertinggal..apapun tetap bersyukurlah kak.. segalanya diberi tanpa cela...alhamdulillah...
      16 hours ago ·  ·  1

    • Teratai Abadi kanda Wan Suwandy... lahaii..lebay terus la tuh...heheh...teratai tu tak pandai gurindam...ajarkanlah nih...jangan nak berangan berenang jauh sangat... lemas nanti susah...heheh

      kanda Rabeah jangan diberi manteranya..susah nanti asyik nk bersayap jek ke sini..negeggegege

      16 hours ago ·  ·  2

    • Teratai Abadi kanda ways..Werdys .. nape jek senyum2 simpul balik kelambu tuh..nih kemarilah dah dipanggil buah hati pengarang jantungmu...negeggeg
      16 hours ago ·  ·  3

    • Rabeah Mohd Ali Duhai...dinda teratai
      Duhai...dinda wan suwandy
      Sudahkah siap gurindam cinta rindu kalian?
      Sebab selagi belum siap
      Kuda putih kembar siam ni nggak bisa terbang
      Karena mentera nya tak jalan selagi tak sempurna gurimdam
      Sekarang mahu tak mahu kalian berdua mesti siapkan ok
      Kanda werdys kalbary & kanda rabeah sudah siap dong gurindamnya
      (hehehe)

      8 hours ago ·  ·  1

    • Werdys Kalbary duhai dinda Wan Suwandy dan dinda Teratai Abadi, diriku memang berada di balik kelambu, tersenyum simpul sembari memendam rindu, kepada Adinda Rabeah kekasih hatiku yang manarik-narik rinduku...
      inilah SYAIR GURINDAM RINDU BUAT ADINDA :

      Dinda...kau pesona penuh cahaya
      Mawar yang berbinar di gelap gulita
      benderang wajahmu menyeri dunia
      cermin palitan cahaya jiwa

      Dinda..kau kuntuman mengharum taman
      putik mahkotamu taburan intan
      duhai adindaku paduka tuan
      kutitip rinduku di bayangan bulan

      Duhai..ratuku di rimba cinta
      kutadah kasihmu di daun surga
      semoga kelak di suatu masa
      kita bersama menganyam rasa

      Aduhai dinda...kuraba hatimu di tabir rindu
      berdetak syahdu mengalun sayu
      adakah waktu bisa menunggu
      saatnya berlabuh di haribaanmu

      Dinda...dengarlah gelora ombak rindu
      berdebur-debur di pantai hatiku
      meraba jauh ke dasar hatimu
      menyeru hasrat ingin bertemu

      dinda ..kuimpikan sinar purnama
      mencium paras wajah adinda
      bertabur wangi sejuta aroma
      duduk bersanding di pelaminan cinta
      -------------
      Sintang West Borneo, 22 Mei 2012
      Werdys Kalbary

      6 hours ago ·  ·  1

    • Rabeah Mohd Ali GURINDAM PUISI UNTUK KANDA

      Oh! Kanda...
      Dinda ingin jadi temanmu yang setia
      Sesetia ombak pada pantai

      Oh! Kanda...
      Kenapa dinda memilih kanda
      Sebagai teman dunia akhirat dinda
      Kerana kanda
      Cintakan Allah
      Lelaki soleh
      Dalam hati ada taman iman
      Membuatkan hati dinda
      Berbunga-bunga cinta iman

      Oh! Kanda...
      Terima kasih kerana sudi mencintai dinda kerana-Nya
      Hati dinda terharu penuh syahdu
      Kerana di usia yang tersisa ini Tuhan hadirkan
      Seorang bidadara Syurga untuk dinda

      Oh! Kanda...
      Biar siapapun dinda kanda terima dengan hati yang redha
      Biar siapapun kanda dinda terima dengan hati yang redha
      Ketentuan Ilahi kita sama terima dengan hati saling meredhai
      Kerana siapalah kita untuk menafikan
      Apa yang telah ditakdirkan-Nya pada kita

      Oh!Kanda....
      Selagi namanya manusia
      Mahukan kesempurnaan
      Tapi kita dambakan kesempurnaan iman
      Yang boleh membawa jalan-jalan
      Ke Syurga-Nya

      Oh! Kanda...
      Kehidupan ini setitis cuma
      Makanya kita manfaatkan
      Sebaik mampu
      Beramal soleh
      Yang ada nilaian
      Di Sisi-Nya
      Agar kita tidak menyesal
      Di akhirat nanti

      Oh! Kanda...
      Allah meletakkan tanggungjawab yang berat padamu
      Makanya berlaku adillah jika tak mahu ditanya di akhirat nanti
      Jangan ada terdetik di hatimu untuk mempersiakan cinta dinda
      Kerana kehadiran dinda dalam hidup kanda
      Adalah satu anugerah yang patut kanda syukuri
      Dan dinda juga bersyukur pada-NYa kerana kanda adalah
      Anugerah Ilahi pada dinda
      Kita saling syukur mensyukuri
      Atas anugerah Cinta Syurga ini

      Oh! Kanda...
      Kita saling kasih
      Kita saling sayang
      Kita saling cinta
      Setulus hati
      Kerana-Nya

      Oh! Kanda
      Sebagai balasan penganugerahan
      Cinta Syurga ini
      Marilah kita bersumpah
      Untuk bersama
      Mempersiapkan
      Bekalan akhirat
      Selagi nyawa di kandung badan

      Oh! Kanda
      Dengan terpatri cinta kita dalam redha Ilahi
      Kita sama-sama bergandingan menuju
      Ke pelamin Cinta Syurga
      Di Taman Firdausi
      Mawaddah Warahmah
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
      Betapa indahnya kanda
      Semua-Nya Ketentuan Ilahi

      Gurindam Puisi Untuk Kanda Werdys Kalbary
      Daripada Dindamu Putri Rimba Niagara Rabeah Mohd Ali
      23 Mei 2012

      6 hours ago ·  ·  1

    • Rabeah Mohd Ali GURINDAM RINDU SEPENUH JIWA

      Duhai kanda yang jauh di sana,
      Dekat di hati jauh di mata;
      Bayanganmu sentiasa tersirna,
      Dalam kalbu rindu tak terkata.

      Siang dan malam terbayang-bayang,
      Wajahmu kanda penyejuk jiwa;
      Semakin hari semakin sayang,
      Gurindam rindu sepenuh jiwa.

      Semakin hari semakin rindu,
      Rindukan kanda di benua sana;
      Bila nak datang kutahu,
      Jika datang sukalah semua.

      Duhai kuda kembar jelmaan,
      Datanglah ke sini kekasihmu menunggu;
      Sumpahan mu tamat menjadi putera idaman,
      Buat kekasih yang lama menunggu.

      Moga Allah Perkenankan hajat,
      Untuk bersama menjayakan cita;
      Bersamalah kita bermunajat,
      Agar dimakbulkan segala cita.

      Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      GURINDAM PUISI UNTUK KANDA WERDYS KALBARY
      DARIPADA DINDA PUTRI RIMBA NIAGARA
      23 Mei 2012

      6 hours ago ·  ·  1
  • (PETIKAN DARIPADA WALL WAN SUWANDY)
    23 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;