Saturday 26 May 2012

MAHU TERBANG SEPERTI ELANG RAJAWALI




  • MAHU TERBANG SEPERTI ELANG RAJAWALI

    Pabila aku berteriak
    Dikatakan teriakanku percoma saja
    Tak akan siapa yang sudi mendengarnya
    Di pikiran mereka... mahu memadamkan sejarah
    Para pejuang kemerdekaan Indonesia

    Dan kerana terlalu kecewa pada mereka itu
    Aku padamkan saja namanya
    Kerna dia pengkhinat bangsa sendiri

    Dan aku menanam azam baru
    Mahu terbang seperti elang rajawali
    Membantu garuda mencapai
    Segala cita ibu pertiwi Indonesia
    Moga Allah bersamaku
    Biarpun mereka tak sudi terimaku
    Namun aku percaya
    Masih ada yang sudi terimaku
    Sebagai rakan seperjuangan mereka
    Yang sedia berbakti
    Melayangkan daunan ukiran-ukiran
    Cinta untuk rakyat Indonesia tersayang

    Karya Putri Rimba.
    30 April 2012
    April 30 at 6:05pm ·  ·  1
(PETIKAN DARIPADA WALL LAKSAMANA  MAS)
26 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;