Thursday 24 May 2012

SALING BERKORBAN HARTA DAN NYAWA DEMI REDHA DAN CINTA ILAHI



DUHAI PUTERA KAYANGANKU WAHYU UTAMA

Wahyu Utama

Sair sair cinta nan indah agung membuatku semakin hayut terpesona kcantikan keagungan kelembutan kata kat sair nan begitu merdu indah agung penuah kasih sayang sejati...... tapi sesunngguh nya aku merindukan mendambakan bila mana sair sir itu adinda Rabeah .... kirimkan untuk pesona kerajaanku .....pesona negriku..... biarlah kehidupan kerajaan terrdengar lantunan nyanyian merdu dari bidadari sang putri Istana Rimba Niagara...... duhai pesona bidariku... aku ingin jiwaku bisa melayang layang oeh buaian sair sair keindahan kasih sayang dan cinta mu nan sejuk indah Agung... wahai putri Istana Rimba Niagara peson Bidadariku nynyikanlah sair sair cinta untuku penuh kelembutan hati nuranimu sebagai sepiritual kasihku dalam mewujutkanserial karya karya lukisan sair sair nanindah Agung Penuh kasih dan pesona bagai kan hidup dialam surga cinta nan indah Agung...dalam serial karya yang sangat aku kagumi....wahai bidadriku...
57 minutes ago · Unlike · 1

Rabeah Mohd Ali

Duhai putera kayanganku...
Yang disanjungi lagi dihormati...
Terkeduku lagi syahdu rasa hati ini pabila kau tak jemu menghargai karyaku ...lalu bersyukurlah aku pada Allah atas KurniaanNya mengurniakan rakan seperjuangan dalam dunia senimu seniku berpadu pastinya menghasilkan dunia Karya Maha Agungnya Cinta KeranaNya
jikalah jadi kenyataan dunia senimu dunia karyaku makanya cita-citamu dan cita-citaku dimakbulkan Allah SWT pastinya kau dan aku akan bersujud penuh syukur kerana menjadi peninggalan kepada anak bangsamu anak bangsaku ....khazanah yang ditinggalkan adalah lambang cinta seutuhnya kepada mereka setelah kita tiada di dunia ini. Bukan sanjungan atau nama yang diingin melainkan redhoNya yang diharapkan di kala hidup atau di kala mati.

Moga dengan pertemuan kita di alam maya ini yang pastinya telah diAturkan OlehNya membawa jalan-jalan ke SyurgaNya ...menjadikan dunia ini Syurga Cinta KerenaNya rela berkorban harta dan nyawa demi mendapat redho dan cintaNya.

Bukalah kita memberitahu dunia akulah ahli Syurga kerana akulah yang terbaik sekali....bukan....bukan...bukan...tiada niat pun begitu untuk membangga diri...dan aku sentiasa sedar siapalah aku cuma hamba yang selalu tidak sempurna...justru aku mesti selalu muhasabah diri agar aku tidak terlalai dengan pesona cinta dunia.

Biarpun kita tidak sebaik mereka yang baik-baik....apalah salahnya kita bercita-cita hendak menjadi hambaNya yang baik dan berkata-kata yang baik-baik sentiasa mahu mencari jalan-jalan ke SyurgaNya...menjadikan dunia ini Syurga dunia cinta keranaNya....berkata-kata pun seperti ahli Syurga....tiada sakit menyakiti...tiada luka melukai tiada iri di hati ....berkata seolah ini ucapan yang seindah dan setulus hati kuungkapkan pada semua yang dikasihi keranaNya...andaikata itu adalah kalimah terakhir....yang ditinggalkan terasa bahagia ...yang mengadap Illahi juga terasa tenang berjumpaNya....Insya-Allah Aamin.

Duhai putera kayanganku....
Itulah dunia yang aku dambakan
Dan semuanya terangkum dalam karya-karya syair gurindamku
Kepada semua watak-watak yang kuwujudkan saling
Berkasih sayang keranaNya
Berkata-kata nan indah keranaNya
Saling berkorban harta dan nyawa demi redho dan cintaNya

Duhai putera kayanganku
Kiranya kau boleh memahami dengan dunia yang kudambakan
Bolehlah kita berkerjasama untuk menjadikan watak-watak
Imaginasi sebagai dunia realiti jadinya
Tapi tunggulah saat dan ketikanya
Harap kau sabar menanti saat dan ketika
KUN FAYAKUN
Itulah saatnya cita-citamu cita-citaku menjadi realiti
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

Ikhlas daripada rakan seperjuanganmu yang sentiasa mengagumimu,
Putri Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara Malaysia
21 Mac 2012
7 minutes ago · Like
(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
21 Mac 2012
31

0 comments:

Post a Comment

 
;