Thursday, 24 May 2012

BERKARYA SEDAYA MAMPU AGAR APA YANG DICITA-CITAKAN MENJADI KENYATAAN DAN BEROLEH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT. AAMIN YANG RABBAL A'LAMIN



WARKAH UNTUK KANDA WAHYU UTAMA
YANG TERSANJUNG DI HATI

Salam sejahtera buat kanda Wahyu Utama...
Membaca warkahmu buat dinda terharu...
Tiada apa lagi yang hendak dilafazkan
Melainkan Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar
Sokongan yang kanda berikan pada dinda amat
Dinda hargai...
Terlalu syahdu hati ini kerna ada juga hamba Allah yang sudi
Menghargai karya dinda....
Hinggakan dinda menangis terharu
Seakan bermimpi di siang hari
Tapi menjadi realiti Insya-Allah jika Allah mengatakan KUN FAYAKUN
Tentu sekarang ini kanda sedang sibuk
Mengatur strategi
Bagaimana mahu menjayakan sebuah cita-cita yang suci murni
Percayalah setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT
Makanya kanda teruskan saja cita-cita murni itu tanpa menoleh ke belakang lagi...dinda di sini sentiasa menyokong dan berdoa agar apa yang kita usahakan membuahkan hasil yang ada nilaian-Nya di sisi Allah Taala Aamin
Tuhan temukan kita bukanlah sia-sia
Pasti ada hikmah di sebalik-Nya
Dan dinda percaya inilah hikmah sebalik-Nya
Apabila kanda mahu berkerjasama dengan dinda bagi merealisasikan
sebuah perjuangan suci murni yang hanya Tuhan saja yang tahu
betapa kita muliakan hati nurani nan murni sesama insan
bahagianya pabila hidup seperti di alam Syurga
mana tahu berkat kita sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT
impian kita mahu hidup di dunia bagaikan Syurga dan di Akhirat mendapat balasan Syurga..Aamiin
Memanglah kita bukanlah insan baik seperti ahli Syurga
Tapi apalah salahnya kita pujuk hati untuk menjadi seperti ahli Syurga , bercakap seperti ahli Syurga...sentiasa bersangka baik kerna dapat mengikis prasangka buruk kepada orang yang ingin berbuat baik...
Bukankah Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hamba kecuali hamba itu mengubah sendiri...
Jika kita mengejar dunia...dunia akan tinggalkan kita
Jika kita mengejar akhirat..dunia akan mendapatkan kita
Makanya kita mengejar akhirat agar cinta kita dibalas oleh Allah Aamin.
Bila cinta kita dibalas Allah ...Insya-Allah Syurga balasan-Nya
Minta dijauhkan bila kita beramal mahukan Syurga
Kita beramal mahukan redho dan cinta Allah
Mahukan cinta dan redho Allah pastinya kita mestilah menjadi seperti ahli Syurga...berkata-kata seperti ahli Syurga tanpa ada niat untuk menyakitkan hati sesiapa ...kalau ada .. minta dijauhkan dari sifat itu pada sanubari kita....
Kerna taksubnya memburu cinta dan redho Allah makanya dinda menghasilkan karya tentang kasih sayang cinta sejati semuanya kerna Allah...dan ketika menulis pasti dinda menangis kerana terlalu syahdu hati ini...serasa dunia indah cinta kerana-Nya yang mahu dinda gambarkan terlalu indah bagaikan di Syurga...biarpun indah-Nya Syurga tidak dapat dibayangkan dan difikirkan kerana terlalulah indah-Nya...tapi apalah salahnya kita Mengagungkan cinta yang boleh membawa jalan-jalan ke Syurga Allah...pastinya Allah tahu niat sebenar kita mahu mengajak diri kita dan semua yang membaca karya kita mencari jalan-jalan ke Syurga-Nya
Moga niat kanda ikhlas...niat dinda ikhlas. niat pembaca dan yang menghayati lukisan kanda pun ikhlas ...Insya-Allah, Allah Maha Memerhati, Allah Maha Menilai isi hati...kita buatlah yang terbaik mampu kerana semuanya itu akan kita persembahkan kepada Allah SWT nanti dan jika Ditanya nanti, Insya-Allah kita telah menjalankan tanggungjawab kita sebagai khlalifah di muka bumi ini.

Kerna terharunya rasa di hati dinda dengan sokongan kanda tidak berbelah bagi...mempromosi karya dinda pada pelajar universiti Gadjah Mada...dinda mahu mengucapkan jutaan terima kasih dinda yang tidak berbelah bagi kepada mereka semua...memang dinda tidak sangka dinda dihargai oleh mereka di sana...kirimkan salam semurni kasih sayang dinda pada mereka semua ...dan kepada semua yang mengenali karya dinda ...percayalah karya yang dinda hasilkan adalah lambang kasih sayang dinda kepada semua yang berhidup di muka bumi ini...sayang sesungguhnya sayang tanpa mengharapkan balasan apa-apa kecuali Redho dan Cinta Allah.

KITA BUKANLAH INSAN YANG SEMPURNA BAIK
TAPI APALAH SALAHNYA KITA BERCITA-CITA
MENJADI BAIK KERANA SYURGA ADALAH
BAGI ORANG YANG BAIK -BAIK. BERSANGKA BAIK
DAN SENTIASA BERKATA YANG BAIK-BAIK
MOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG BAIK
PADA PANDANGAN ALLAH SWT. SEISI BUMI
DAN LANGIT MENDOAKAN KITA AGAR MENJADI
PENGHUNI SYURGA BERKAT KEBAIKAN KITA
PADA ALLAH DAN SEMUA MAKHLUK TUHAN
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,
Dinda Rabeah Mohd Ali
Putri Rimba Niagara
MALAYSIA
1 Mei 2012
 · 
    • Rabeah Mohd Ali Terima Kasih Kanda Wahyu Utama yang selalu memberi dukungan/sokongan pada dinda...
      Insya-Allah dinda akan berkarya sedaya mampu yang boleh agar
      Apa yang dicita-cita menjadi kenyataan dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Aamin Ya Rabbal A'Lamin
      2 hours ago · 
    • Kedaton Kraton Wahyu Utama Sunngguh Aku terharuu Adindaku....

      (PETIKAN DARIPADA WALL KEDAON KRATON WAHYU UTAMA)
      25 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;