Saturday, 26 May 2012

JANGANKAN MUNDUR....BERGESER SEJENGKALPUN TIDAK BAGIKU....ITULAH SUMPAH KAMI!




BERSAHABAT DAN BERCINTA KERANA ALLAH

Kumahu hidup bagaikan di Syurga,
Apabila berbicara seperti ahli Syurga;
Bersahabat mereka impikan Syurga,
Moga terpilih menjadi ahli Syurga.

Tiada lebih berharga di dunia ini,
Mendapat sahabat beroleh hidayah-Nya;
Biarpun jauh tapi tidak sendiri,
Saling ingat mengingat dalam Nur Kasih-Nya.

Tiada diduga perkenalan kita,
Semuanya kehendak Allah Yang Esa;
Moga saling berbaik sangka sesama kita,
Mengeratkan talisiraturrahim mendapat redha-Nya.

Bersahabat atas dasar kerana Allah,
Saling berkorban untuk redha-Nya;
Berkorban biar dipandang Allah,
Kupanjatkan syukur mendapat restu-Nya,

Seorang sahabat hatinya tulus,
Sentiasa ingat mengingati;
Demi persahabatan suci ikhlas,
Apabila tiada akan diingati.

Duhai sahabatku yang disanjungi,
Hidupmu seperti pelangi;
Apabila bertutur setulus hati,
Moga dikau menjadi sahabat sejati.

Hidup penuh keceriaan dalam keikhlasan;
Perkenalan kita tidak disengajakan;
Moga persahabatan berkekalan,
Dibalas Allah dengan keberkatan.

Jangan dipendam segala perasaan,
Sahabatmu ini sedia dengari;
Pasti hidupmu tiada kesepian,
Agar ceria hidupmu setiap hari.

Ibumu sakit hatimu bimbang,
Hatimu pilu bukan kepalang;
Jasa ibumu takkan hilang,
Kau jaganya dengan kasih dan sayang.

Sahabatku kalau itu bagai dikata,
Akulah sahabat paling bertuah;
Gembira hati tidak terkata,
Ikatan persahabatan jangan mengalah.

Kuucapkan salam perkenalan,
Untukmu semua sahabat fbku;
Di alam maya kita disatukan,
Senyumanmu menghiburkan hatiku.

Mas iman kau bagaikan anakku,
Rangkaian kasih ibumu yang tiada;
Justeru sentiasa doakan ibumu,
Budinya membawamu ke alam Syurga.

Duhai Putri ku yang dikasihi,
Balaslah cintanya kerana Allah;
Kerana itu kau akan dihormati,
Menjadi isteri soleha dalam Rahmat Allah.

Kita tak boleh menilai diri sendiri,
Tapi pandanganku kau seorang yang baik;
Jadikan usia remajamu hidup menyinari,
Moga dikau menjadi insan terbaik.

Tiga sahabat wajah berseri,
Melakukan ibadat umrah seikhlas hati;
Mendapat keredhaan Allah itu dihajati,
Murah rezeki panjang umur datanglah lagi.

Alhamdulillah syukur tidak terucap,
Kerana dikurniakan sahabat sepertimu;
Kehadiranmu penyeri hidup,
Moga sahabat dunia akhirat itu mahuku.

Semua orang berhak jatuh cinta,
Kerana itu lumrah manusia;
Cintamu ditolak jangan terasa,
Kerana hatinya sudah dimiliki cinta.

Cintailah dia kerana Allah,
Cinta seutuhnya membawamu ke Syurga;
Membalas cintamu kerana Allah,
Barulah cintamu seperti penghuni Syurga.

Rupamu menawan seindah budi,
Tutur katamu menawan hatiku;
Andai dikau menjauhkan diri,
Hancur segala ikatan murni.

Jika cinta telah tertulis di Sana,
Itulah cinta seutuhnya;
Kehadirannya membawamu ke Sana,
Bersyukurlah cintanya cintamu dalam restu-Nya.

Cintailah pilihanmu kerana Allah,
Jangan seiring kehendakmu;
Biarlah seiring kehendak Allah.
Pasti cintamu tiada rasa jemu.

Jangan ada benci di antara kita,
Kerana itu jauh dari rahmat Allah;
Tutur katamu seperti di Syurga,
Moga bersama di Syurga dimakbulkan Allah.

Yang baik itu dari Allah,
Yang kurang dari diriku sendiri;
Bertalisiraturrahim kita kerana Allah,
Tiada langsung perasaan iri.

Bersahabat bercinta kerana Allah,
Serasa hidup di alam Syurga;
Berkasih sayang kerana Allah,
Nikmat kehidupan seperti di Syurga.

KARYA PUTRI RIMBA.
27 April 2012
 · 
      • like this.

        • Laksamana Mas prosa yg bagus,..tinggal penekanan pada penggalan kalimat tertentu, sehingga menjadi lebih hidup lagi,..nuwun

        • Rabeah Mohd Ali Kalu gitu boleh tak dinda perbaiki jadi lebih hidup...kanda ok je dong...hihi
          Boleh tak kirimkan puisi kanak-kanak yang kanda karang semalam minta putri sekar tanjung beri pendapatnya
          dan editlah dulu ejaan bagi betul-betul ejaan dan bahasa Indonesia...sajak mengenai pemimpin Malaysia tukar kepada pemimpin Indonesia....apa pendapat mu dinda?

          April 27 at 5:06pm ·  ·  1

        • Laksamana Mas Aduh,..waktunya kanda saya yang belum siap,...ini masih konsen pada tugas , nanti kalau ada repres akan dinda kirim,.ok..

        • Rabeah Mohd Ali Ok...panglima...aku paham dengan tugas mu itu....hihihi tapi walau pun sibuk gimana pun di hati mu mesti ada senyuman pelangi ok!!! baru nampak awet muda...hihihi jiwang2
          April 27 at 6:11pm ·  ·  1

        • Laksamana Mas Siap,..Daulat Tuan Putri,..akan sy laksanakan,..xixixi

        • Rabeah Mohd Ali Duhai ...Laksamana Mas anak jantan yang paling berani di Indonesia...
          Jika Laksamana tidak menjalankan tugas mu membela rakyat akan beta
          Jatuh hukuman tidak makan selama sepurnama....ada faham....hihihihi

          April 27 at 6:21pm ·  ·  1

        • Laksamana Mas Hahaha terlalu berlebihan xixixixi, tugas ku hanya membuka jalan untuk perang,..itu saja koq,..hehe
          April 27 at 6:26pm ·  ·  1

        • Rabeah Mohd Ali Jaman sekarang tak ada perang lah...jaman sekarang berperang dengan otak gimana mahu fikirkan rakyat beta di Indonesia sejahtera segalanya dong....hihihihi
          April 27 at 6:29pm ·  ·  1

        • Laksamana Mas PERANG DENGAN KEMISKINAN.........
          April 27 at 6:30pm ·  ·  1

        • Laksamana Mas AKU INGIN SEMUA SEJAHTERA TIDAK MENDERITA......
          April 27 at 6:31pm ·  ·  1

        • Laksamana Mas AKU INGIN SEMUA ANAK2 BISA SEKOLAH, BISA MERAIH CITA2NYA,..BISA BERBUAT YG TERBAIK UNTUK KEHIDUPANNYA,,,
          April 27 at 6:34pm ·  ·  1

        • Rabeah Mohd Ali Sebab jiwa mu beginilah makanya aku senang banget tauliahkan kau pangkat Laksamana Yang Terhormat!...hihihi
          April 27 at 6:34pm ·  ·  1

        • Rabeah Mohd Ali Kalau itu pengakuan mu pada anak bangsa...jangan sekali kau mundur biar pun setapak!
          April 27 at 6:35pm ·  ·  1

        • Laksamana Mas TIDAK..JANGANKAN MUNDUR,..BERGESER SEJENGKALPUN TIDAK BAGI KU,...ITULAH SUMPAH KAMI.....
          April 27 at 6:36pm ·  ·  1

        • Rabeah Mohd Ali Jika kau mundur setapak bererti apa yang di usahakan comalah tinggal angan-angan yang nggak bisa jadi realiti...pastinya kau akan menyesal seumur hidup mu Laksamana Mas...
          April 27 at 6:36pm ·  ·  1

        • Rabeah Mohd Ali Jika sumpah mu sama seperti moyang mu sejak ratusan tahun dahulu...makanya aku lah orang yang pertama mengkalungkan kalungan bunga-bunga merah putih ibu bertiwi padamu dan menganugerah selendang merah putih ibu pertiwi kepada mu tanda aku hargai pengorbanan mu pada ibu pertiwi dan anak bangsa Indonesia...duhai Laksamana Mas...tak sia-sialah aku memberi gelaran Laksamana pada mu...kerana gelaran itu amat tepat sekali pada mu.
          April 27 at 6:41pm ·  ·  1

        • Rabeah Mohd Ali Laksamana Mas selamat solat Maghrib...moga solat mu dan doa mu diterima Allah SWT. AAmin.
          April 27 at 6:53pm ·  ·  1

          (PETIKAN DARIPADA WALL LAKSAMANA MAS)
          26 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;