NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (478), TRANSFORMASI KERAJAAN KOTA & RIMBA (184)
"NASIB NEGARA DI TANGAN ANDA"
 - 1 hari lagi...nasib Negara di tangan kita...tunaikan kewajipan pada negara tercinta...mari kita mengundi yang paling terbaik untuk mentadbir bumi bertuah ini...5 Mei detik bersejarah....tarikh keramat...demam pilihanraya ni lebih panas dari demam musim perayaan...masing masing dah pulang ke destinasi masing masing untuk mengundi....
 - INDAHNYA CINTA ADAM & HAWA
 Duhai Adam...
 Keputusan ada di tanganmu
 Karena kamu ada kuasa untuk memilih
 Hawa bukanlah untuk dicandakan cinta
 Karena Hawa diciptakan untuk Adam cintai sampai Syurga
 Hawa redho apa takdir Ilahi pada siapa yang ditakdirkan untuknya
 Jadi Adam...
 Hati-hati dalam melafazkan rindu dan cinta
 Bila kamu katakan rindu dan cinta
 Tahukah kamu gelombang cinta di Lauhmahfaz bergetar di hati Hawa...
 Tidak ingatkah kamu Adam....
 Tika Nabi Adam as berada di Syurga kesepian
 Pabila dia melihat sepasang burung syurga sedang berzikir kepada Allah
 Maka Adam ingin ada pasangan seperti burung di Syurga
 Agar dapat bersama berzikir kepada Allah
 Bilamana terdetik saja di hati Adam...
 Allah Azzawajallah Yang Maha Mendengar bisikan hati hamba-Nya
 Menciptakan Hawa dari tulang rusuk kiri Adam...
 Maka terciptalah Hawa untuk Adam cintai...
 Adam bersyukur pada Allah sebanyak-banyak-Nya
 Kerana baru terdetik saja sudah dimakbulkan
 Bertambahlah Adam taat kepada Tuhan
 Hawa cinta yang diKurniakan Allah pada Adam...
 Penyeri iman Adam...
 Hidup bahagia dalam mengecapi suasana indah-Nya Syurga
 Karena hianatnya iblis akan kebahagiaan cinta Adam & Hawa...
 Menghasut Adam & Hawa memakan buah Quldi larangan di Syurga
 Hawa terperdaya dengan hasutan iblis karna jika Adam & Hawa memakan buah Quldi
 Mereka akan selamanya tinggal di Syurga dan tak terpisah
 Karena cinta tak mahu berpisah mereka berdua memakan buah larangan Syurga
 Allah murka dan Adam & Hawa di usir dari Syurga
 Ketika di dunia Adam & Hawa terpisah dipisahkan
 Adam bertaubat pada Allah karna tak tahu bersyukur.
 Hawa bertaubat pada Allah karna utamakan cinta daripada Allah
 Adam & Hawa redho dipisahkan...
 Adam mencari Hawa
 Hawa menunggu Adam....
 Berkat kesabaran
 Adam mencari Hawa bidadari yang dicintai...
 Akhirnya ditemukan Allah di Jabbar Rahmah
 Adam & Hawa bersyukur kepada Tuhan atas pertemuan itu
 Adam & Hawa ..hidup bahagia
 Bermula sebuah keluarga manusia berkembang biak sampai sekarang...
 Adam bapa kita...
 Hawa ibu kita...
 Moga Cinta Adam & Hawa menjadi idola cinta semua yang bercinta
 Moga Cinta Siti Khadijah & Nabi Muhammad saw menjadi ikutan mereka yang bercinta
 Moga Cinta Nabi Sulaiman & Ratu Balqis menjadi contoh mereka yang bercinta
 MEREKA BERCINTA SEMUANYA KARENA ALLAH KARNA CINTA ITU ANUGERAH DARI ILAHI YANG DISYUKURI SAMPAI SYURGA. SAMPAI SYURGA BERCINTA.
 RATU RIMBA NIAGARA
 4 Mei 2013

 
 


 

0 comments:
Post a Comment