(129) INDAH-NYA CINTA DEMI-NYA
RAJA RIMBA ...
Aq akn membawa singgasana itu kepada'mu
Sebelum mata'mu berkedip >_~,,tring
Ơ̴̴̴̴̴̴͡.̮Ơ̴̴͡ ..
Hihi sedang apa d sanah,,,,,,aw''' ? — with Ratu Rimba Niagara.
Aq akn membawa singgasana itu kepada'mu
Sebelum mata'mu berkedip >_~,,tring
Ơ̴̴̴̴̴̴͡.̮Ơ̴̴͡ ..
Hihi sedang apa d sanah,,,,,,aw''' ? — with Ratu Rimba Niagara.
TERIMA KASIH CINTA
Terima kasih cinta kerna memilihku
Menjadi cinta hatimu untuk kau rindui selalu
Aku pun merindui mu selalu
Tapi takut tak terbalas cinta dan rindu
Nanti malu sendiri
Nanti dituduh si peraih cinta
Aku tak mahu jadi si peraih cinta
Yang aku mahu kau ikhlas mencintaiku kerna-Nya
Jika niatmu suci ikhlas mencintaiku keraa-Nya
Ayuh kita pertahankan cinta demi redha Ilahi....
Terima kasih cinta....
Selamat pagi cinta
Moga cintamu sentiasa mewangi
Sewangi hatimu berbunga cinta Syurga...
RATU RIMBA NIAGARA
30 April 2013
Terima kasih cinta kerna memilihku
Menjadi cinta hatimu untuk kau rindui selalu
Aku pun merindui mu selalu
Tapi takut tak terbalas cinta dan rindu
Nanti malu sendiri
Nanti dituduh si peraih cinta
Aku tak mahu jadi si peraih cinta
Yang aku mahu kau ikhlas mencintaiku kerna-Nya
Jika niatmu suci ikhlas mencintaiku keraa-Nya
Ayuh kita pertahankan cinta demi redha Ilahi....
Terima kasih cinta....
Selamat pagi cinta
Moga cintamu sentiasa mewangi
Sewangi hatimu berbunga cinta Syurga...
RATU RIMBA NIAGARA
30 April 2013
-
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' PENGANTIN RAJA RIMBA'
SINOPSIS ‘PENGANTIN RAJA RIMBA’
Mengisahkan perkahwinan harimau dengan monyet pada tahun 2020.
Betapa meriahnya hari tersebut kerana semua binatang di darat dan di laut meraikannya. Tidak kira binatang buas, jinak, besar dan kecil masing-masing membawa hadiah yang unik.
Pada sebelah malamnya pula berselerakkan bintang-bintang di langit di merata-rata tempat. Pelamin dihias dengan lampu-lampu berwarna-warni. Di hadapan pelamin penuh dengan hantaran kedua-dua belah pengantin. Sebelum monyet menyambut hari perkahwinan, monyet
menghadapi pelbagai cabaran.
Monyet mempunyai falsafah mengapa dia berkahwin dengan harimau. Di antaranya:
1. Menyatupadukan binatang buas dengan jinak.
2. Mewujudkan keharmonian masyarakat seluruh jenis binatang.
3. Mewujudkan masyarakat yang kuat membantu yang lemah.
4. Yang berlebihan membantu yang kurang.
5. Saling faham memahami di antara satu sama lain.
6. Saling sayang menyayangi di antara satu sama lain.
7. Saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
8. Saling memberi kerjasama dalam suasana harmonis.
9. Mewujudkan masyarakat yang berwawasan.
10. Menyatupadukan pelbagai kaum dengan semangat perpaduan demi kedamaian penghuni rimba dan lautan untuk selamanya.
Pada malam yang ditunggu-tunggu oleh semua penghuni rimba dan lautan iaitu menandakan masuknya tahun 1 hb 1 tahun 2020 mereka semua menyambut dengan sorakkan dan percikkan bunga api yang mengindahkan langit rimba meraikan,' Perkahwinan Raja Rimba’ yang menjadi simbol penyatuan kaum semua penghuni rimba mengecapi kehidupan aman damai selamanya.
Karya: Ratu Rimba Niagara
27 Disember 2012
BABAK PERTAMA (PERTENTANGAN)
Dimulakan dengan syair:
Tersebutlah kisah satu cerita,
Puteri Monyet yang cantik jelita;
Berhemah tinggi tidak terkata,
Di mana saja berdukacita.
Puteri Singa : Tuan puteri rimba! Cermin sikit
muka tu… dahlah hodoh ada hati nakkan Raja Harimau kekasih hamba.
Puteri Rimba: Kenapa tuan puteri singa sakit hati dengan beta..
kenapa? Beta tak pernah pun hina puteri singa atau sesiapa
saja. Walaupun beta tak cantik tapi beta tak pernah susahkan sesiapa
Puteri Singa : Puteri Rimba ni perasan sangat. Raja Harimau tengok wajah puteri rimba pasti tak minat.
Puteri Rimba: Puteri Singa cemburu dengan beta kan?
sebab selama ini tak ada putera-putera raja rimba yang minat dengan puteri singa.
Puteri Singa : Untuk mengetahuan puteri rimba, Raja Harimau
tak layak dengan puteri rimba tapi…kalau dengan beta bagaikan
pinang dibelah dua.(GELAK).
BABAK KEDUA (SEMANGAT)
Raja harimau pilihan hati,
Mengadu hasrat pada merpati;
Agar cinta jadi sejati,
Jasa si burung tetap diingati.
Burung : Tuan Puteri… patik tahu tuan puteri sedang
memendam rasa cinta terhadap harimau. Kenapa tuan puteri
tak mahu terus terang aje pada Raja Harimau?
Puteri Monyet : Beta malulah… siapalah beta hidung tak
mancung pipi tersorong-sorong.
Burung : Zaman sekarang ni… zaman terus terang,
siapa cepat dia dapat.
Puteri Monyet : Bukan semudah itu burung, kalau beta jatuh
cinta dengan kaum sejenis dengan beta tak apalah.
Ini dengan keturunan garang lagi ganas.
Silap… silap haribulan beta yang dibahamnya.
Burung: Dah tahu ganas dan garang kenapa jatun cinta?
Puteri Monyet : Apa nak buat… hati dah terbekenan,
Asyik rindukannya dan terngigau-ngigau...
Burung : Begitu hebat sekali cinta tuan puteri sampai ngigau-ngigau tu..
weettt...weeet....(gelak)
Puteri Monyet : (Tersipu malu senyum)
Beta harap cinta yang tertanam di sanubari ini menjadi kenyataan.
Burung : Kasihan patik mendengarnya. Angan-angan puteri rimba
tinggi melangit. Kadang kala apatik fikirkan puteri ni
dah tak siuman kerana membuat keputusan yang tak
masuk akal.
Puteri Monyet: Bukan tuan hamba je yang kata aku macam tu. Boleh dikatakan semua mengatakan beta dah gila.(MENGELUH) Manalah tahu satu hari nanti tuah menyebelahi beta. Masa tu baru tuan hamba tahu siapa beta.
Burung : Tak payah tuanku cerita, semua rakyat rimba tahu…
siapa puteri rimba. Puteri rimba yang pintar, suka menolong
kawan, bercita-cita tinggi, berwawasan, berjiwa murni dan kuat
berpegang kepada falsafah.
Monyet: Ke situ pulak tuan hamba. Beta tak mintak pun tuan hamba puji beta. Yang beta mahu tuan hamba berikan beta pendapat bagaimana tuan hamba dapat menolong beta dalam mengeratkan lagi percintaan beta dengan Raja Harimau.
Burung : (KETAWA) Puteri rimba...puteri rimba... tuanku ni tak kenal erti putus asa. Baiklah… Puteri Rimba karang satu warkah menyatakan hasrat hati tuanku puteri pada Raja Harimau… biarkan patik poskan surat tu pada Raja Harimau.
Monyet : (SENYUM) Ha… macam tulah kawan.Sanggup menolong beta.
BABAK KETIGA (PERTENTANGAN)
Puteri Monyet memendam rasa,
Dihina kawan tidak berasa;
Tidak mudah berputus asa,
Korban cinta untuk berjasa.
Putera Monyet Kenapa dinda tak sukakan kanda? Sedangkan
kanda boleh berikan segala-galanya pada dinda. Kitakan satu jenis,
satu hati.
Puteri Monyet : Kanda ingat,cinta boleh dibeli dengan sekelip mata?
Putera Monyet : Bukan kanda saja yang menentang percintaan dinda tu, malah semua rakyat rimba niagara ini.
Puteri Monyet : Dainda tak kisah kanda... Yang bercintanya dinda… bukan mereka.
Putera Monyet : Apa kelebihan Raja Harimau tu hinggakan dinda sanggup melupakan asal usul dinda ...keturunan yang lemah?
Puteri Monyet : Cinta itu unik, murni… memerlukan pengorbanan.
Apa salahnya dinda korbankan diri dinda untuk cinta demi semata-mata…
Putera Monyet : Kepentingan dinda! Dinda ingin mengejar
glamor. Biarlah semua rakyat rimba niagara mengatakan betapa hebatnya dinda dapat memikat raja segala yang ada di rimba ini... Yalah punya kuasa, tampan dan digeruni oleh semua rakyat rimba. Macam kanda ni apalah ada.
Puteri Monyet: Betul kata kanda tu, kerana Raja Harimau mempunyai kuasa dan digeruni oleh rakyat rimba maka dinda jatuh cinta dengan tuanku raja.
Putera Monyet : Memang kanda dah agak dari awal jadi dinda ni
gilakan kuasa hingga sanggup menggadai cinta. Kanda jijik! Jijik!
Mempunyai kaum yang sejenis macam dinda ni!
Puteri Monyet : Kanda nak pandang jijik ke atau apa saja yang
kanda nak kata… katalah. Dinda tak kisah. Asalkan cinta dinda tercapai akhirnya.
Putera Monyet : Kanda pelik bin ajaib dalam sekelip mata dinda dah berubah. Dulu dinda tak macam ni. Dinda terlalu pentingkan kaum dinda. Dinda bersikap perkauman.
Puteri Monyet : Kerana ingin mengikis sikap perkauman yang
menebal dalam diri dinda inilah dinda mengambil keputusan untuk
jatuh cinta dengan Raja Harimau.
Putera Monyet : Maksud dinda?
Puteri Monyet : Cuba kanda fikir di dalam hutan ini terdiri
daripada pelbagai jenis rakyat rimba (binatang). Kalau masing-masing asyik
mementingkan kaumnya saja tanpa memikirkan kepentingan
rakyat rimba lain. Kalau macam tu bagaimana kita hendak bina
generasi kita yang berwawasan dalam keadaan huru hara.
Siapa yang susah? Anak cucu kita yang susah. Apa salahnya
kita merancang dari sekarang agar anak cucu kita mengecapi
kebahagiaan yang hakiki.
Putera Monyet : Kanda tak terfikir pun yang dinda berfikiran
sampai ke situ.
Puteri Monyet : Salahkah dinda… dinda korbankan cinta dinda untuk
anak cucu kita dan seterusnya kedamaian rimba ini. Jika kita
hidup dalam keadaan aman damai tak siapapun berani untuk
menceroboh rimba ini. Kita buktikan pada manusia, walaupun
kita haiwan tapi kita lebih mulia daripada mereka. Dinda ingin
memadamkan dalam kamus manusia kata istilah,
‘ Peragai seperti binatang.’
Putera Monyet : Sekarang baru kanda faham, mengapa dinda
jatuh cinta dengan Raja Harimau. Mulai sekarang kanda akan memberi
sokongan/dukungan agar cita-cita dinda tercapai.
BABAK KEEMPAT (JATUH CINTA)
Raja harimau termakan budi,
Sakitnya kekasih tidak terperi;
Menentang sawa kuat menjadi,
Cinta dibalas patut diberi.
Raja Harimau : Sedapnya buah durian tu… kalau beta dapat makan…alangkah…
Puteri Monyet : Dinda faham kanda inginkan buah durian, biarlah dinda tolong ambilkan.
Raja Harimau : Sungguh baik hati dinda… kanda kuat tapi kanda
tak boleh memanjat. Sungguhpun kanda binatang yang hebat tapi
kanda ada kekurangan.
Puteri Monyet : Tuhan itu Maha Adil. Semua makhluk yang
dijadikan mempunyai kelebihan dan kekurangan. Justeru
apa salahnya kelebihan yang ada pada dinda ini dapat dinda
membantu binatang-binatang lain.
Raja Harimau : Kata-kata dinda tu menyedarkan kanda.
supaya kita jangan hidup sombong dan bongkak.
Tiada yang kekal di dunia ini melainkan Allah.
Puteri Monyet : Ha… makanlah sepuas hatimu harimau.
( MONYET MEMBERIKAN DURIAN)
Raja Harimau : (CUBA MENGOPEK DURIAN GAGAL LALU MENGELUH)
Puteri Monyet : Nanti luka … kanda harimau.
Raja Harimau : Selalunya kanda melukakan mangsa kanda tapi kopek
durian pun kanda tak boleh.
Puteri Monyet : Kali ni biarlah kuku kanda yang tajam tu hanya akan
berbisa bila hendak menyelamatkan penghuni rimba ini ye.
Biar dinda tolong kopekkan durian ni.
Raja Harimau : Hati-hati dinda… nanti luka tanganmu.
Puteri Monyet : Tak apa dinda sudah biasa terluka.
Raja Harimau : Lain macam bunyi nye tu. Mulai hari ini
tiada siapa akan berani melukakan hati dinda lagi. Kalau berani…
mari bertarung dengan kanda dulu.
Puteri Monyet : Ha… dah buka pun kulit durian ni …makan puas-puas kanda..
Kalau tak cukup dinda ambilkan lagi.
(TERUS MEMANJAT POKOK TANPA MENYEDARI ADA
SEEKOR ULAR SAWA)
Puteri Monyet : Tolong lepaskan hamba! ( DIBELIT OLEH ULAR SAWA).
Raja Harimau : Hai ular sawa! Kalau tuan hamba benar-benar gagah mari turun ke mari. Jangan dengan binatang yang lemahtuan hamba nak tunjukkan kekuatan.
Ular Sawa: Tuanku hendak mencabar patik ya Raja Harimau.
Baiklah sekarang patik turun.
(HARIMAU BERLAWAN DENGAN ULAR SAWA AKHIRNYA
ULAR SAWA TEWAS)
Ular Sawa : Tuanku memang gagah. Ampunkan patik.
Patik mengaku kalah.
Raja Harimau: Tuan hamba tak salah dengan beta tapi dengan puteri rimba.
Baik tuan hamba pergi minta maaf dengannya.
Ular Sawa : Puteri rimba maafkan patik kerana mengganggu puteri rimba.
Puteri Monyet : Beta maafkan . Lain kali jangan tunjuk kuat pada
binatang yang lemah. Sepatutnya binatang yang kuat membantu
yang lemah. Barulah aman. Sudahlah tu mari kita makan bersama-
sama.
(KETAWA BERSAMA-SAMA)
BABAK KELIMA (SURAT)
Raja Harimau menerima surat,
Surat dibaca menyatakan hasrat;
Cinta membara bertambah sarat,
Kalau jodoh telah tersurat.
Harimau: Surat siapa yang tuan hamba bawa tu burung?
Burung : Surat istimewa ni untuk tuankulah.
Raja Harimau: Siapa ya… yang berani hantar surat istimewa
pada beta?
Burung : Surat cinta.
Harimau : Eh! Siapa pulak yang berani jatuh cinta dengan beta?
.
Burung : Kalau tak percaya … bacalah. (MEMBERI SURAT)
Selamat tinggal! Selamat membaca…
Raja Harimau : (Membuka surat lalu membaca)
Surat Puter Monyet : Salam sejahtera buat kanda harimau,
janganlah terperanjat apabila membaca warkah
pertama dinda ini. Biarlah dinda berterus terang
pada kanda bahawa dinda telah jatuh cinta pada kanda
ketika pertemuan yang tidak disengajakan tempoh
hari. Maaf!Kerana jatuh cinta tanpa pengetahuan kanda.
Kegagahan kanda melawan ular sawa amat mengagumkan dinda.
Syabas! Kanda telah menggunakan kekuatan kanda untuk
menyelamatkan nyawa dinda. Dinda harap kegagahan kanda
berkekalan selamanya untuk menyelamatkan nyawa
beribu-ribu binatang di rimba ini tanpa mengira
siapa pun mereka. Iyalah kalau difikirkan siapalah
dinda untuk jatuh cinta pada kanda. Ah! Malunya dinda.
Dinda harap kanda tidak memarahi dinda setelah
mendengar pengakuan ikhlas dari dinda.
Sekiranya kanda balas cinta dinda betapa bahagianya dinda.
Secara tak lansung segala cita-cita dinda menjadi
kenyataan. Oleh itu agar dinda tidak ternanti-nanti
kanda balaslah warkah dinda ini.
Akhir kata sambutlah salam hormat dari dinda,
Yang perasan,
Puteri Rimba Niagara,
Raja Harimau : (SENYUM) Sambil melekapkan surat di dadanya.
Ya… Beda bedu….! ( GEMBIRA YANG BUKAN KEPALANG)
Puteri Harimau : Surat siapa tu? Sukanya kanda?
Kenapa? (TERUS MERAMPAS SURAT DARI RAJA HARIMAU)
Oh! Surat cinta rupanya! Patutlah tersengih-sengih.
Habis tu kanda terima cintanya?
Raja Harimau : Diam.
Puteri Harimau Kalau kanda terima puteri rimba…
cinta dinda ni kanda nak campak mana?
Raja Harimau: Dinda jadi permaisuri kedua kandalah (GELAK).
Puteri Harimau : Kanda ingat dinda suka berkongsi suami? (MARAH)
Raja Harimau Kalau tak suka… diam-diam ajelah!
Puteri Harimau : Mana dinda boleh diam kekasih dinda diambil binatang lain .
Dinda akan tentang habis-habisan!
Raja Harimau : Hei! Sejak bila kanda jadi kekasih dinda ye! Setahu kanda dinda cuma teman biasa aje. Jangan lekas perasanlah.(GELAK)
Puteri Harimau : (SAKIT HATI LALU PERGI).
BABAK KEENAM (BALAS CINTA)
Raja Harimau membalas cinta,
Gembiranya hati Puteri Jelita;
Siang dan malam bertemankan tinta,
Agar cinta terus bertahta.
Raja Harimau : (MEMBALAS SURAT KEKASIH HATI)
Buat tatapan adinda puteri rimba.., warkah dinda telah kanda terima
dan diucapkan jutaan terima kasih di atas pengakuan ikhlas dinda itu.
Biarlah kanda katakana di sini niat dinda untuk menjadikan kanda
kekasih dinda ...kanda terima dengan rela hati. Biarpun kanda
tahu keputusan yang kanda ambil ini akan menggemparkan seluruh
binatang di darat mahupun di laut. Kanda sedar, betapa pentingnya
kedamaian.
Memang kanda akui kanda bongkak, sombong dengan kekuatan
yang kanda miliki untuk membunuh mangsa-mangsa kanda tapi
setelah berkenalan dengan dinda tempuh hari segala
kebongkakkan kanda terpadam dengan tiba-tiba.
Kehadiran dinda pada hari itu telah melembutkan keganasan kanda.
Terima kasih dinda puteri rimba , semoga dinda tetap menjadi
kekasih kanda yang setia.
Akhirkata sambutlah salam hormat daripada kanda.
Yang Mencintaimu,
Kanda Harimau.
BABAK KETUJUH (POS)
Jasa si burung tidak dilupa,
Terbang tinggi bertegur sapa;
Mengalir keringat tidak mengapa,
Tanda kasih sedemikian rupa.
Burung : Sudah siap ke surat balasan?
Raja Harimau : Sudah…bawa tu baik-baik ye… jangan sampai tercicir.
Burung : Tuanku taka tak percayakan patik ke?
Raja Harimau: Beta cuma beri ingatan je! Kan elok saling ingat
mengingati.
Burung : Terima kasih atas nasihat tuanku tu. Patik akan pastikan
surat ini selamat sampai kepada tuan puteri rimba .
(MENGAMBIL SURAT)
* * * * *
Burung : (MENGAH) Tuan puteri rimba… ini surat tuan puteri bacalah cepat.
Monyet : Terima kasih burung. Semoga Tuhan membalas budi baikmu, (MEMBACA KEMUDIAN SENYUM PANJANG)
Burung : Macam mana ada tindak balas tak?
Puteri Monyet: Syukur Alhamdulillah ! Cinta beta berbalas.
Burung : Tahniah tuan puteri ! Patik .. doakan cinta tuan puteri rimba berjaya.
Kalau makan nasi minyak tu jangan lupa jemput patik.
Puteri Monyet : Takkanlah beta nak lupakan tuan hamba. Beta
akan jemput semua binatang di darat mahupun di laut.
Burung : Dapat patik bayangkan betapa meriahnya perkahwinan
puteri rimba tu.... Urusan kad jemputan kahwin patik
yang uruskan. Patik minta kerjasama kawan-kawan patik untuk
kirimkan kad jemputan kahwin kepada semua jenis binatang
yang ada di darat mahu pun di laut.
BABAK KELAPAN (JEMPUTAN)
Kad jemputan terus diedar,
Semua terkejut tiadalah sedar;
Ada yang memandang terus tersandar,
Asalkan pengantin cinta tak pudar.
Siput : Surat siapa yang kau bawa tu burung?
Burung : Ini bukan surat… ini kad jemputan kahwin.
Siput : Siapa pulak yang nak kahwin?
Burung : Puteri Monyet dengan Raja Harimau.
Siput : (KETAWA)
Burung : Eh! Kenapa engkau ketawa?
Siput : Aku tak percaya.
Burung : Kalau engkau tak percaya… ha…
engkau baca kad jemputan kahwin ni!
(MENGHULURKAN KAD JEMPUTAN KAHWIN KEPADA SIPUT)
Siput : (TERPERANJAT) Iya betullah. Ini satu keajaiban!
Burung : Kalau dah jodoh tak ada siapa yang menghalangnya!
Itu namanya jodoh dah tersurat .
Siput : Siapa-siapa lagi yang dijemput?
Burung : Seluruh binatang di laut dan di darat.
Siput : Hebat!
Burung : Nanti, engkau jemputlah sanak saudara engkau datang ye.
Siput : Sampaikan salam aku pada Puteri Rimba. Katakan aku ucapkan tahniah dan terima kasih atas jemputannya.
Gajah : Bila ditetapkan tarikh perkahwinan monyet dengan harimau,
tu burung?
Burung : Satu haribulan satu tahun 2020.
Gajah : Tepat pada masanya. Satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh
semua binatang untuk meraikan satu kejayaan.
Burung : Kejayaan apa pulak tu?
Gajah : Iyalah dengan sahnya perkahwinan Raja Harimau dengan Puteri monyet secara tidak langsung pasangan pengantin tersebut telah menyatupadukan seluruh binatang.
Burung :Sungguh bijak engkau gajah.
Gajah : Apa engkau ingat selama ini aku bodoh ke?
Biarpun aku berbadan besar, tenaga pun besar…otak aku pun
besar juga.
Burung : (GELAK) Iyelah aku tahu engkau tu semuanya besar.
Gajah : Engkau jangan nak sindir aku pulak!
Burung : Jangan marah… aku bergurau aje.
Takkan itupun nak ambil hati. Maaf ye … aku pergi dulu…
jangan tak datang bawa saudara mara engkau ya gajah.
BABAK KESEMBILAN (GOTONG ROYONG)
Semua haiwan bergotong royong,
Sediakan pelamin pengantin tersayang;
Bergurau senda semakin matang,
Gembiranya hati semua yang datang.
Kucing : Macam mana dengan kain pelamin yang aku
buat ini cantik tak?
Itik : Apa yang engkau buat kucing semuanya cantik.
Singa : Siapa yang pilih warna?
Arnab : Siapa lagi pengatinlah. Katanya warna unggu adalah
lambang kedamaian. Penyatuan rasa cinta yang sukar dimengertikan.
Ayam : Romantik sungguh pengantin kita tu. Siapa pulak yang
mengantung lampu-lampu yang berwarna-warni itu? Sungguh cantik?
Kucing : Keluarga monyetlah. Mereka mahir dalam panjat memanjat.
Itik : Kamu semua terfikir tak bagaimana muka anak pengantin
kita nanti?
Singa : Rupa ibu dan bapak dialah!
Kucing : Rupa mounyetlah. Mau tu bapak dia dan nyet ibu dia.
(SEMUA TERGELAK BESAR)
BABAK KESEPULUH (TETAMU DATANG)
Malam dinantikan penuh debaran,
Persandingan Pengantin Raja Rimba yang dinantikan;
Semua gembira menantikan tibanya perkahwinan,
Majlis perkahwinan yang dibanggakan.
Tetamu datang dari daratan dan lautan,
Berpakaian cantik meraikan pengantin kesayangan;
Mengucapkan tahniah penuh kesyukuran,
Kerana pengantin idola perdamaian.
Pelbagai hadiah dibawa tetamu,
Tetamu disambut dan dijamu;
Dijamu makanan pelbagai menu,
Sambil makan menantikan pengantin rasa tak jemu.
Itik : Cantiknya pasangan pengantin bagaikan pinang
di belah dua.
Burung : Engkau engok tu… bintang-bintang di langit
bergemerlapan dan bertaburan di sana sini seolah-olah
menyerikan lagi majlis perkahwinan ini, mari kita
tengok barang-barang hantaran harimau kepada monyet.
Kucing : (MEMBELEK HANTARAN)
kasut Cinderella pun ada, hai… bertuah Puteri Rimba dapat
bersuamikan Raja Harimau.
Itik : Entah-entah satu hari nanti pulak, engkau
kahwin dengan aku.
Kucing : (KETAWA) Engkau ni mengarutlah.
Itik : (KETAWA) Dalam dunia sekarang tiada yang pelik.
BABAK KESEBELAS (SAMBUTAN MAJLIS PERKAHWINAN DAN MASUK
TAHUN 2020)
Tepat Jam 12 Malam semua bersorakkan,
Tahun baru 2020 diraikan seiring majlis pengantin;
Di langit rimba bunga api berpercikkan ,
Meraikan Pengantin Raja Rimba yang budiman.
Pengantin diarak menuju pelamin,
Gajah membawa pasangan pengantin:
Paluan kompang bernyanyi-nyanyian,
Di malam itu penuh kemeriahan.
Duduk bersanding jeling menjeling,
Sambil menjeling tersenyum sayang;
Sayangnya pengantin kepada tetamu yang datang,
Dilemparkan senyuman mesra tanda kasih sayang.
Semua kumpulan tetamu membuat persembahan,
Dipersembahkan kepada pengantin kesayangan;
Pengantin gembira keterharuan,
Melihat persembahan yang mengasyikkan.
Perkahwinan Pengantin Raja Rimba lambang kebanggaan.
Kebanggaan penghuni rimba dan lautan;
Pelbagai kaum dapat disatukan,
Hidup aman damai dalam perpaduan.
Kancil (Wakil Haiwan): Terima kasih Pengantin Raja Rimba
yang kami sayangi. Tuanku telah menyatukan penghuni
rimba yang selama ini mementingkan kaum sendiri dan
hanya mementingkan diri sendiri. Dengan perkahwinan
ini penghuni rimba dan lautan menjalani hidup bersatupadu
tolong menolong dan aman damai selamanya. Terima kasih
Pengantin Raja Rimba.
Raja Harimau : (TERSENYUM SAMBIL MEMANDANG PERMAISURINYA)
Ucapkan terima kasih kepada permaisuri beta. Dialah yang telah
membuka hati beta untuk kedamaian rimba ini dan kedamaian
penghuni lautan juga.
Puteri Monyet : (TERSENYUM BANGGA SAMBIL MEMBALAS
SENYUMAN KEPADA SEMUA TETAMU HADIR YANG
BERSORAKKAN PENUH GEMBIRA YANG AMAT SANGAT
DAN DI TAMATKAN DENGAN PERCIKKAN BUNGA API)
TAMAT
Karya: RATU RIMBA NIAGARA
16 Muharram 1434H
30 November 2012M
·
(DISIARKAN DI WALL SULTAN HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK & RATU RIMBA NIAGARA , GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING", RAJA NOR JAN SHAH, ANAKANDA PUTERA RAJA BONGSU, WARISAN KELANTAN , WANGSA MAHKOTA SELANGOR, KESULTANAN JOHOR, KESULTANAN KELANTAN, GRUP SRI PEMANGKU ADAT & GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA & PANGERAN KAMARUDDIN HAJI YUSOF SANI, KESULTANAN INDRAPURA, KESULTANAN MATARAM, KESULTANAN SIAK, PERKUMPULAN KRATON NUSANTARA, KRATON NUSANTARA, SULTAN BROTOWIJOYO YUSODIPURO, KEDATON KRATON WAHYU UTAMA & TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ & KRATON KERAJAAN SURGA PESONA DUNIAMAYA, SASTRA MATARAM, KHAIRUDDIN AL YOUNG II GRUP PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA ,PANGERAN ITOE OELY'X , KHAI NOOR (KERABAT DIRAJA JEMBAL) , DATUK MOHD FAIZ ABDULLAH BUKHARI ,@ HARIMAU PERANG, DATUK SETIA PANGLIMA HANIF, LT KOL AHMAD TAJUDDIN , LAKSAMANA PENDEKAR TEMASEK, LEFTENAN ADAM SAKEENAH, PANGLIMA PERANG, KUMBANG SEGAK, SANG HELANG, AYAHANDA LAKSAMANA PANGERAN ADUKA BADAR AL -AHMAD, ARJUNA AKMALIAH,ANDI ASPAR ARUNG DIDI, DEN MAT MANGKUBUMI)
(DISIARKAN JUGA DI WALL NAJIB RAZAK @ YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK PENDANA MENTERI MALAYSIA)
4 April 2013
(PETIKAN DARIPADA SKRIP NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA)
3 April 2013
Like · · Unfollow Post · March 30 at 5:18pm
Sri Pemangku Adat, Andi Aspar Arung Didi and Silat Pengantin like this.
(PETIKAN DARIPADA GROUP SRI PEMANGKU ADAT & DISIARKAN DI GROUP RAJA & SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING)
3 April 2013
KARYA DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013
30 April 2013
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
MOGA TAK TERSALAH MEMILIH PEMIMPIN
SIAPA PEMIMPIN YANG HENDAK KITA PILIH TERPULANG KEPADA KITA TAPI JANGAN SAMPAI KERANA TAKSUB DENGAN PEMIMPIN KITA, KITA BURUKAN PEMIMPIN LAIN BERLAKULAH PERMUSUHAN SESAMA KITA...TERUS PUTUS TALISIRATURRAHMI SEDANGKAN PEMIMPIN SAMA PEMIMPIN BERDAMAI GELAK KETAWA...MEREKA TETAP JUGA JADI PEMIMPIN ADAKAH KITA PASTI PEMIMPIN YANG KITA PILIH ITU TIDAK MENJADI KACANG LUPAKAN KULIT...AKAN MENEPATI JANJI-JANJINYA PADA RAKYAT...MOGA KITA TIDAKTERSALAH MEMILIH PEMIMPIN MOGA PEMIMPIN YANG KITA PILIH ITU BILA DINOBATKAN SEBAGAI PEMENANG DALAM UDIAN RAKYAT TERUS MEMIMPIN MEMBAWA PERUBAHAN BESAR KEPADA NEGARA DAN RAKYAT...BEGITULAH HENDAKNYA....
"KURA-KURA DALAM PERAHU,
PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
SUDAH TIBA MASANYA PRU,
KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU."
RATU RIMBA NIAGARA
30 April 2013
KARYA DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE-13
PADA 5 MEI 2013
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
PIALA PERDANA MENTERI DINOBATKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA
Parti apa yang dipilih oleh rakyat Malaysia...Perdana Menteri itulah yang mendapat PIALA PEMIMPIN dinobatkan oleh rakyat Malaysia..pasti itu adalah pilihan tepat. Pilihan rakyat tidak salah memilih kerana rakyat memilih daripada mata hati...mata hati tak pernah menipu...pasti tika itu ada perubahan demi perubahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri..rakyat Malaysia tika itu pasti tersenyum indah kerana sudah tiada yang kabur-kabur lagi semuanya jelas sepertimana yang dikehendaki rakyat Malaysia.
'KURA-KURA DALAM PERAHU.
PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
SUDAH MASANYA TIBA PRU,
KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU'
UNDI JANGAN TAK UNDI,
UNDI RAKYAT AMAT BERHARGA;
DEMI MASA DEPAN GENERASI,
LAMBANG KESEJAHTERAAN NEGARA.
KEKALKAN KEMERDEKAAN NEGARA KITA,
JANGAN BIARKAN KITA MEMUSNAHKAN SENDIRI;
PEMIMPIN DICARI YANG UTAMAKAN NEGARA KITA,
SELAIN DARIPADA ITU HANYALAH KEPENTINGAN SENDIRI.
RAKYAT DAN PEMIMPIN BERSATU HATI,
MAHUKAN NEGARA AMAN SEJAHTERA;
MENJADI PEMIMPIN UNTUK NEGARA DICINTAI,
RAKYAT MAJU NEGARA AMAN SEJAHTERA.
RATU RIMBA NIAGARA
30 April 2013
KARYA DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE-13
PADA 5 MEI 2013
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
AKU YB NUSANTARA ALAMMAYA YANG PRIHATIN TENTANGMU!
Hari-hari aku siarkan puisi, pantun, syair, gurindam untuk pembaca di alam maya. Aku tidak mempunyai rakan fb yang ramai cuma boleh dibilang dengan jari ...aku tak pentingkan kuantiti ramainya rakan fb yang aku pentingkan kualiti mempastikan mereka memberi impak yang tinggi dalam dunia sasteraku...sebab itu bagiku rakan fbku terlalu berharga lebih berharga daripada permata berharga dan indahnya seperti pelangi di malam hari. Kehadiran mereka sebagai rakan fb pendorong menyubur semangat untuk aku terus berkarya dan memberi komentar-komentar yang positif...andainya mereka sibuk hingga karya yang kusiarkan tak wujud makanya aku pergi tinggalkan mereka kerana aku tiada masa untuk menunggu walaupun begitu aku tiada niat untuk memutuskan talisiraturrahim kerana tujuanku mengambil mereka sebagai rakan fb adalah untuk memberi komentar pada karya-karyaku mengikut tema karya...begitulah aku terlalu serius dengan dunia sastera yang kuminati ini.
Walaupun rakan fb tak ramai...tapi aku punyai lebih kurang 30 group mewakili Nusantara.Group Kerabat diRaja, Pahlawan,Parti Politik, Pujangga ,Rakyat yang mana semua group bersangkut paut dengan dunia penulisan yang kuminati. Dikumpul-kumpul ahli group termasuk pembaca alam maya yang meminati karya-karyaku adalah ratusa ribu juga...sesuatu yang di luar jangkaan. Bahan-bahan yang mereka siarkan itulah sumber inspirasi aku berkarya...dunia yang memang aku minati. Selagi membaca selagi itulah idea datang tak putus-putus tapi semua-Nya dengan izin Allah aku dapat berkarya.
Sepanjang bersiaran karya . Banyak juga cabaran yang dihadapi. Aku ingat hendak saja berkarya yang tenang-tenang...
Tanpa diduga ada juga suara-suara yang tak suka dengan karya-karyaku....bahasa pedih-pedih pulak tu....kerana aku sudah anggap aku ini seorang pejuang sastera karya-karyaku sendiri makanya aku jawab mengikut kemampuanku tapi masih berlarutan mereka tidak berpuas hati dengan karya-karyaku makanya aku berlalu pergi daripada group tersebut. Berundur bukan bererti aku kalah tapi aku sejujurnya cuma mahu berkarya bukan mahu bermusuh. Aku tak mahu bila aku berkarya membuatkan orang benci padaku itu bukanlah matlamat aku berkarya jika begitu lebih baik aku berkarya di wall aku saja...
Memandangkan aku ini minat berkarya dan minat membantu mereka di alam maya mengikut kemampuanku...kemampuanku cuma berkarya makanya aku siarkan masalah-masalah mereka berbentuk pantun, syair , gurindam dan puisi agar dibaca oleh pemimpin-pemimpin mereka manalah tahu mendapat perhatian...
jika karya-karya yang aku tulis itu didengari dengan penghayatan bahawa itulah kehendak rakyat...mahu tak mahu pemimpin harus mentransformasikan pemerintahannya selari dengan kehendak rakyat. Bila itu berlaku...jika di hari pengundian...pemimpin itu pasti-pastilah menang kerana dialah pemimpin pilihan rakyat.
Aku sebagai pujangga di alam maya aku bersyukur apabila Raja , Rakyat dan Pemimpin SeNusantara bersatu hati memerintah negara dalam ikatan perpaduan yang kukuh untuk sama-sama memajukan rakyat dan negara Nusantara tercinta.
Aku cuma seorang YB Alam maya bersedia berkhidmat untuk rakyat di alam maya. Rakyat cuma berurusan denganku di alam maya saja....In Shaa Allah masalah mereka selesai diuruskan pemimpin Nusantara .
Yang lucunya....
Aku wakil rakyat alammaya
Masalah rakyat dikemukan padaku
Aku kemukakan masalah itu kepada pemimpin di alam maya
Tapi dalam bentuk bahasa pujangga
Gurindam, pantun. syair dan puisi
Raja dan pemimpin baca
Jika mereka tak lakukan transformasi pemerintahan lapuk
Makanya sudah pastilah mereka akan kalah
Kerana mereka bukanlah calon pemimpin pilihan rakyat
Rakyat cuma mahukan pemimpin yang berani melakukan
Transformasi corak pemerintahan mereka
Sentiasa berubah ke arah yang lebih baik
CEMERLANG GEMILANG TERBILANG
Untuk dinobatkan sebagai sebuah negara
Yang Pesat Membangun Pembangunan Negara seiring dengan
Pembangunan Manusia mengecapi nikmat erti kemerdekaan .
Itulah rakyat SeNusantara yang mahukan kepada pemimpin mereka.
SALAM SANTUN ERAT SILATURRAHIM & UKHUWAH FILLAH
DARIPADA YB NUSANTARA ALAMAYAMU,
"BIARPUN TERPISAH BENUA & ALAM KASIHKU PADAMU TAK AKAN BERUBAH TETAP SEPERTI DULU MENYAYANGIMU KARNA-NYA
MAKANYA SUDILAH MAAFKAN AKU JIKA AKU YANG BERSALAH DALAM SEMUA HAL AKU INSAN YANG TAK SEMPURNA YANG TAK TAHU MENJAGA HATIMU HINGGA TERLUKA...
YANG PENTING KAU SUDI MAAFKAN AKU TAK KIRA
SEBESAR MANA SALAHKU PADAMU....
SUDAH KUBUANG JAUH-JAUH KEBENCIANKU PADAMU
MANALAH TAHU AKU TAK BERKESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF DARIMU ANDAINYA INI ADALAH HARI TERAKHIR AKU BERHIDUP DI BUMI-NYA INI...
MAKANYA SUDILAH MAAFKAN AKU ...
IZINKAN AKU HIDUP DAN MATI TANPA DENDAM DAN MARAHMU PADAKU....KEMAAFANMU UNTUKKU LEBIH BERHARGA DARI ALAM DAN SEISINYA.
JIKA RAYUAN KU INI MASIH KAU SEPIKAN SIAPALAH AKU DI HATIMU...
YB NUSANTARA ALAM MAYAMU YANG PERASAN,
RATU RIMBA NIAGARA
30 April 2013
KARYA DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE -13
PADA 5 MEI 2013
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
PIALA PERDANA MENTERI DINOBATKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA
Parti apa yang dipilih oleh rakyat Malaysia...Perdana Menteri itulah yang mendapat PIALA PEMIMPIN dinobatkan oleh rakyat Malaysia..pasti itu adalah pilihan tepat. Pilihan rakyat tidak salah memilih kerana rakyat memilih daripada mata hati...mata hati tak pernah menipu...pasti tika itu ada perubahan demi perubahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri..rakyat Malaysia tika itu pasti tersenyum indah kerana sudah tiada yang kabur-kabur lagi semuanya jelas sepertimana yang dikehendaki rakyat Malaysia.
'KURA-KURA DALAM PERAHU.
PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
SUDAH MASANYA TIBA PRU,
KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU'
UNDI JANGAN TAK UNDI,
UNDI RAKYAT AMAT BERHARGA;
DEMI MASA DEPAN GENERASI,
LAMBANG KESEJAHTERAAN NEGARA.
KEKALKAN KEMERDEKAAN NEGARA KITA,
JANGAN BIARKAN KITA MEMUSNAHKAN SENDIRI;
PEMIMPIN DICARI YANG UTAMAKAN NEGARA KITA,
SELAIN DARIPADA ITU HANYALAH KEPENTINGAN SENDIRI.
RAKYAT DAN PEMIMPIN BERSATU HATI,
MAHUKAN NEGARA AMAN SEJAHTERA;
MENJADI PEMIMPIN UNTUK NEGARA DICINTAI,
RAKYAT MAJU NEGARA AMAN SEJAHTERA.
RATU RIMBA NIAGARA
30 April 2013
KARYA DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE-13
PADA 5 MEI 2013
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
PILIH PEMIMPIN YANG TERBAIK UNTUK TANAH AIR KITA
Ratu Rimba Niagara shared Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari's status update.
Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari
Ramai yang inbox fb,call ,sms wechat dan seboleh bolehnya cuba bertanya saya dan ingin tahu... apa Parti Politik pilihan saya dan pendapat saya Parti Politik mana yang terbaik dan parti politik mana yang tak betol dan jahat.jawapan saya mudah kepada soalan mereka dan sekali lagi saya ingin tegaskan : hak mengundi...hak setiap individu..dan undi saya adalah rahsia.. saya hormati setiap pendapat anda semua mengenai parti politik pilihan masing masing...tapi atas nama syahadah ... saya dan anda tetap bersaudara walaupon perbezaan ideologi dan kefahahaman politik antara anda dan saya..jujur saya katakan setiap misi & visi serta manifesto tujuan asal mana-mana politik cantik...yang merosakannya cara pembawakan & lari dari matlamat sebenar perjuangan kerana kepentingan individu-individu tertentu...jadi pilih yang terbaik untuk tanahair kita...
Ratu Rimba Niagara PIALA PERDANA MENTERI DINOBATKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA
Parti apa yang dipilih oleh rakyat Malaysia...Perdana Menteri itulah yang mendapat PIALA PEMIMPIN dinobatkan oleh rakyat Malaysia..pasti itu adalah pilihan tepat. Pilihan rakyat tidak salah memilih kerana rakyat memilih daripada mata hati...mata hati tak pernah menipu...pasti tika itu ada perubahan demi perubahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri..rakyat Malaysia tika itu pasti tersenyum indah kerana sudah tiada yang kabur-kabur lagi semuanya jelas sepertimana yang dikehendaki rakyat Malaysia.
'KURA-KURA DALAM PERAHU.
PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
SUDAH MASANYA TIBA PRU,
KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU'
UNDI JANGAN TAK UNDI,
UNDI RAKYAT AMAT BERHARGA;
DEMI MASA DEPAN GENERASI,
LAMBANG KESEJAHTERAAN NEGARA.
KEKALKAN KEMERDEKAAN NEGARA KITA,
JANGAN BIARKAN KITA MEMUSNAHKAN SENDIRI;
PEMIMPIN DICARI YANG UTAMAKAN NEGARA KITA,
SELAIN DARIPADA ITU HANYALAH KEPENTINGAN SENDIRI.
RAKYAT DAN PEMIMPIN BERSATU HATI,
MAHUKAN NEGARA AMAN SEJAHTERA;
MENJADI PEMIMPIN UNTUK NEGARA DICINTAI,
RAKYAT MAJU NEGARA AMAN SEJAHTERA.
RATU RIMBA NIAGARA
30 April 2013
KARYA DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013
Najib Razak shared a link.
Kita sudahpun memasuki minggu terakhir berkempen untuk PRU13. Penat lelah tidak dihiraukan kerana masih ramai lagi yang perlu saya temui serta mengajak bersama memperjuangkan keamanan, kestabilan dan kemajuan. Ikuti perjalanan saya ke beberapa lokasi di Selangor termasuk Bestari Jaya, Kuala Selangor, Rawang dan Klang pada hari kesembilan berkempen.
0 comments:
Post a Comment