Tuesday, 30 April 2013

TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA , ' KHASHAF CINTA ILAHI'

NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA,(418) , TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA
(134) KHASHAF CINTA ILAHI


    Like ·  · 



    CINTA SI NAGA SAKTI DENGAN SI PUTERI BUNIAN

    Si Puteri bunian
    gembira setiap hari
    bermain di tepian Pantai Cinta Rindu
    menyanyi lagu rindukan kekasih
    yang dia sendiri tidak tahu
    siapakah gerangan kekasihnya itu
    tapi di hatinya asyik berbunga-bunga
    kasih dan rindu yang tak terungkap

    kata-kata yang diungkap
    hanyalah rindu dan cinta
    cinta bertapak di hati
    seolah dirasakan hatinya
    sudah dimiliki cinta
    tapi masih tidak tahu siapakah
    gerangannya kekasih
    misterinya itu

    Puteri Bunianku
    Sebenarnya akulah kekasihmu
    yang selalu mengekorimu
    ke mana saja kau pergi
    aku bahagia melihat
    senyuman manismu
    duhai kekasihku
    aku wujud di sisimu
    tapi kau tidak
    diberi Khashaf Allah
    untuk melihatku
    duhai kekasih hatiku
    cinta yang kau rasakan tika ini
    adalah cintaku yang tak pernah
    padam padamu duhai kekasihku
    Si Puteri Bunian
    Sifat kasih sayangmu
    yang menyanyangi
    semua makluk Tuhan
    membuatkan aku jatuh cinta padamu
    beruntunglah aku mencintaimu
    kerana selama ini
    aku tak pernah jatuh cinta
    dan tak pernah pun
    kenal apa itu erti cinta sebenarnya

    Hakikatnya kekasihku
    kaulah yang telah membuatkan
    hatiku berbunga-bunga cinta
    sejujurnya kukatakan
    aku telah jatuh cinta padamu
    cinta...cinta...cinta sepenuh hati
    kau telah membuatkan aku taksub
    dengan dunia cinta

    Setiap waktu kau datang
    ke Pantai Cinta Rindu ini
    ku tunggumu dalam
    rindu yang membara

    Aku suka nyanyian syair-syair
    karanganmu yang menghiburkan
    hati seluruh penghuni lautan
    cinta dan rinduku ini
    terlalu membara-bara

    Setiap kali syairmu kau lagukan
    dengan suaramu yang merdu bak buluh perindu
    mereka semuanya gembira dalam syukur pada Illahi
    bilamana syair-syairmu mendayu-dayu memuji Illahi
    semua penghuni lautan termasuk aku meratap pilu
    sebagaimana air matamu berjuraian
    begitu juga aku dan penghuni lautan semuanya
    akulah yang menyapu air matamu
    duhai kekasihku Si Puteri Bunian

    Tak usahlah kau bersedih kekasihku
    aku selalu menyokongmu
    meniupkan semangatmu jika kau lemah tak bermaya
    melindungi kau jika ada yang ingin mendatangkan
    musibah padamu aku rela pertaruhkan nyawaku
    demi cinta suciku padamu duhai
    kekasihku Si Puteri Bunian
    yang kucintai seumur hidupku

    Saat-saat paling gembira ketika
    kau berlari-lari di gigi pantai
    aku di lautan mengekorimu
    sehingga air di laut membiru berkocak
    deras tapi tenang mengekori seiring
    larianmu di gigi pantai
    kau gembira
    aku ceria
    kau sedih
    aku berduka
    cintaku telah bertahta di hatimu
    tanpa kau sedari tapi dapat merasakan
    kehadiran cintaku
    kasihan kau tidak dapat melihatku
    tapi aku dapat melihatmu dengan jelas
    sabarlah suatu masa nanti
    jika Allah bukakan khashafNya padamu
    kau akan dapat melihatku sejelasnya
    tika itu cinta kita dalam RestuNya

    Di pagi Jumaat itu
    amat syahdu!
    Si Puteri Bunian rasa tak tenteram
    Pantai Cinta Rindu
    Memanggil-manggilnya

    "Tuan Puteri nak ke mana ya pagi-pagi ini..."
    tanya dayang istana dengan penuh hormat.

    "Beta hendak pergi ke Pantai Cinta Rindu,"
    jawab Si Puteri Bunian penuh tegas tapi gelisah.

    "Tapi Tuan Puteri ...Ayahanda Tuan Puteri telah
    berpesan tidak membenarkan Tuan Puteri pergi
    ke Pantai Cinta Rindu kerana terlalu berbahaya,
    Demi keselamatan Tuan Puteri janganlah pergi
    ye Tuan Puteri,"

    "Tidak beta mesti pergi juga walau apapun
    terjadi...rahsiakan permergian beta ini
    daripada pengetahuan ayahanda beta," kata
    Si Puteri Bunian lalu terus menghilang
    dalam sekelip mata.

    Si Puteri telah berada di Pantai Cinta Rindu
    Dia melemparkan pandangannya ke
    lautan yang terbentang luas
    saujana mata memandang
    sambil menyanyikan syair cinta untuk kekasih
    misterinya yang tidak pernah dia kenali
    asal usul kekasihnya tapi dia dapat
    merasakan cinta yang terlalu amat mendalam
    antaranya dengan kekasihnya
    siapa namanya
    bagaimana wajahnya
    siapakah gerangannya itu
    dia tak tahu
    tapi hatinya benar-benar
    merasai cintanya telah dimiliki
    sedangkan ketika dia berfikir-fikir
    siapakah gerangan kekasih misterinya itu
    kekasihnya itu ada di sebelahnya di temani
    dengan pengawal istana

    Duhai Si Puteri Bunian
    Jika kau nak tahu
    Usul asal kekasih misterimu itu
    Dia adalah merupakan
    seekor naga yang gagah perkasa
    mempunyai kesaktian yang luar biasa
    mengusai seluruh penghuni lautan Cinta Rindu
    biarpun dia berkuasa dan mempunyai kesaktian
    kepada seluruh penghuni lautan
    kekecil mana pun dan serendah mana pun darjat
    dia tetap menghormati dan menyayangi
    sepertimana dia sayangkan dirinya sendiri
    hinggakan semuanya penghuni laut menyayangi dia
    Dialah yang mengilangkan sepimu di kala kau berduka
    dia menyanjungimu... melindungimu ...
    menerimamu apa adanya
    mencintaimu seumur hidupnya
    sekarang dia ada di sebelahmu Si Puteri Bunian
    Memandangmu dengan penuh kasih sayang

    Sedang si Puteri Bunian keasyikkan memandang
    keindahan ciptaan Allah sambil bersyair cinta
    keluar seekor dinosaur rasaksa dari dasar lautan
    ingin menyerang Si Puteri Bunian

    Sepantas kilat Si Naga Sakti meletakkan
    cengkerang siput di sisi Si Puteri Bunian
    dan mengilhamkan Si Puteri Bunian meniup
    cengkerang siput tersebut
    setelah ditiup timbullah seluruh penghuni lautan
    berenang-renang dengan laju meluru ke arah
    dinosaur rasaksa

    Si Puteri Buniaan meniup cengkerang siput
    dalam keterujaan dan kegembiraan melihat
    segala haiwan dan karangan laut pelbagai
    bentuk dan rupa timbul di permukaan laut
    berenang-renang pantas meluru ke arah
    dinosaur rasaksa
    indahnya permandangan laut Cinta Rindu
    di kala itu hanya Tuhan saja yang tahu
    tapi penuh debaran yang menakutkan
    sesiapa yang melihatnya tapi tidak
    dengan Si Puteri Bunian
    dia suka dirasakan penghuni laut mengikuti
    perintahnya....

    Ketika perlawanan penuh dramatik itu antara
    penghuni lautan dengan dinosaur rasaksa
    pepasir di dasar lautan berterbangan ke udara
    dan kocakan air laut amat dahsyat sekali
    perlawanan berlarutan hingga ke petang
    suara dinosaur bagaikan halilintar...
    kekuatannya tiada tandingan tapi akhirnya
    kalah ditewaskan oleh penghuni lautan
    yang banyaknya tak terkira

    Gembiralah tidak terkata Si Puteri Bunian
    melihat kekalahan dinosaur rasaksa
    lautan bertukar menjadi merah
    darah dinosaur rasaksa hanyir pekat
    amat meloyakan Si Puteri Bunian

    Si Puteri Bunian memejamkan mata
    ketakutan melihat pemandangan
    lautan yang dipenuhi darah memekat

    Apabila dibukakan mata
    alangkah terperanjat Si Puteri Bunian
    apabila didapati lautan Cinta Rindu
    telah menjadi sedia kala
    indah aman tenang

    Lagi memeranjatkan apabila
    didapati di sebelahnya ada
    seekor naga tersenyum
    melemparkan senyumannya
    "Sudikah kau menjadi suri hidupku
    wahai Si Puteri Bunian yang kucinta."

    Si Puteri Bunian tidak menjawab.
    Dia menadah tangan ke langit lalu berdoa,

    "Ya..Allah siapalah aku untuk menolak
    apa yang telah Kau telah takdirkan padaku
    aku terima dengan redha apa saja aturanMu
    kerana hidup dan matiku sudah kepasrahkan
    padaMu sejak azali lagi."

    "Duhai Cinta Kalbuku kerana keikhlasanmu
    pada Tuhammulah maka dibukakan Khashaf
    Dzat cintaNya padamu dan kerana itu juga
    kau dapat melihatku," Habis saja Si Naga
    Sakti berkata-kata dia bertukar menjadi
    seorang teruna gagah perkasa.

    Mereka berdua menadah tangan ke langit,
    "Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agong Lagi
    Maha Berkuasa Dengan kurniaan cinta yang
    Kau limpahkan kepada kami berdua berilah
    kami peluang untuk melakukan amal kebaikan
    yang kau redhai agar kami dapat sama-sama
    menyambung percintaan suci ini hingga
    ke SyurgawiMu
    Amin Ya Rabbal A'Lamin
    DiAminkan juga seluruh penghuni lautan
    dengan rasa kesyukuran tidak terucap!
    Bergema suara lautan yang menakjubkan
    di kala itu!Membahagiakan!Subhanallah!
    Syukur tak terucap padaMu Tuhanku.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    30 April 2013




  • Ratu Rimba Niagara shared Paduka Ayahanda Tokwan's photo.
    Dragon
    Dragon
    Like ·  ·  · Promote · 5 minutes ago · 
  • BERBAHASA AHLI SYURGA & BERHATI SYURGA DAMBAANKU

    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    DARI ALLAH KITA DATANG DARI ALLAH JUGA KIIA DIKEMBALIKAN
    RASA TERTUNDUK MALU MENDAPAT PENGHARGAAN SEPERTI ITU DARI PANGERAN... MOGA TIDAK TERKESAN UNTUK ALASAN MEMBANGGA DIRI...

    MENULIS ADALAH MINAT RATU SEJAK DI ZAMAN KANAK-KANAK LAGI...RATU DITAKDIRKAN LAHIR KEDUNIA INI UNTUK MENGHADAPI SEGALA DUGAAN ...SEBELUM MENDAPAT NUR HADAYAH KASIH-NYA MENGANGGAP SEMUA MANUSIA INI TIADA MATA HATI BERCAKAP SESUKA HATI...KELEMAHAN RATU APABILA MEREKA BERCAKAP KASAR DAN MENYAKITI HATI...PASTI RATU MENJADI EMOSI UNTUK MEMBIDAS BALIK SEDANGKAN ITU BUKANLAH KEMAHUAN RATU...KERANA TAK MAHU MEMBUATKAN JIWA RATU MEMBERONTAK...RATU BERKAWAN SAJA DENGAN ALAM CIPTAAN TUHAN...MEREKA SEMUA BERBAHASA INDAH...DENGAN BULAN BINTANG MATAHARI OMBAK LAGI RATU BERBICARA DENGAN MEREKA ...MEREKA MEMBALAS DENGAN BAHASA-BAHASA NAN INDAH-INDAH SEINDAH SYURGA RATU RASAKAN...TERUJA UNTUK TERUS UNTUK JATUH CINTA DENGAN PENCIPTA BULAN BINTANG MATAHARI BUMI PLANET...BILA SUDAH JATUH CINTA TERASA DIRI INI TERLALU KEDIL RASANYA SETIAP HARI HENDAK BERBAHASA YANG INDAH-INDAH BAK SEPERTI AHLI SYURGA. DALAM AMAL YANG SEDIKIT INI SIAPALAH RATU UNTUK MENJADI AHLI SYURGA...MALU PADA TUHAN....DAN JIKA BERAMAL UNTUK MENDAPAT BALASAN SYURGA ITU BERMAKNA RATU TELAH TERPEDAYA DENGAN CINTA ..MENCINTAI TUHAN BUKAN KERANA TUHAN TAPI KERANA SYURGA...MALANGNYA JIKA BEGITU...CUMANYA MAHU JADI SEPERTI AHLI SYURGA DAN BERHATI SYURGA DAN KALAU BOLEH SEMUA YANG RATU KENALI JUGA SEPERTI ITU BERBAHASA AHLI SYURGA DAN BERHATI SYURGA...BARULAH RASA DUNIA INI TEMPAT PERSINGGAHAN SEPERTI BERADA DI TAMAN-TAMAN SYURGAWI SEBELUM BERTEMU DENGAN ALLAH SWT BILA TIBA MASANYA NANTI....

    DI FB BUKAN RATU TAK MAHU MEMPUNYAI RAKAN YANG RAMAI...TAPI MASA RATU TERLALU TERHAD DAN RATU KALAU BOLEH MAHU SEMUA RAKAN-RAKAN FB RATU BERBAHASA DAN BERHATI SYURGA ...BUKANLAH BERMAKNA RATU INI SEMPURNA BAIK KERANA HENDAK MENDAPATKAN RAKAN-RAKAN FB YANG BAIK...TAPI ITU SUDAH KEHENDAK HATI RATU...DUNIA BERBAHASA SYURGA DAN BERHATI SYURGA ITULAH YANG RATU IMPIKAAN SELAMA INI...MAKANYA DI FBLAH TEMPAT RATU BERKARYA SEMAHU-MAHUNYA ...DAN RAKAN FB RATU SEBAGAI RAKAN MENIUPKAN SEMANGAT PADA RATU UNTUK TERUS BERKARYA DENGAN BAHASA-BAHASA SYURGA...MANALAH TAHU BERKAT BERBAHASA AHLI SYURGA DAN BERHATI SYURGA...RATU DAN RAKAN-RAKAN FB SERTA RAKAN GRUP YANG RATU KASIHI SEPENUH JIWA...DAPAT BERTEMU DI SYURGA JUGA...IN SHAA ALLAH AAMIIN.

    RATU RIMBA NIAGARA
    30 April 2013
    Like ·  ·  · Promote · about an hour ago · 

1Unlike ·  · 
Like ·  · 
Like ·  · 

 was tagged in Hasmy Zurina's photo. — withNurHamidah Abdul Hamid and 48 others.
Teruslah berbuat BAIK..
Berniat untuk BAIK..
Berkata yang BAIK-BAIK......
Memberi nasihat yg BAIK..
Meskipun TIDAK banyak orang yg Mengenali mu,teruslah berbuat BAIK..
(Antara nasihat Allahyarham Ustadz Jefry Al Buchory-AL FATIHAH buat Allahyarham)

SELAMAT MALAM <3 SELAMAT BERISTIREHAT <3 SWEET DREAMS <3
SALAH SILAP MOHON DIAMPUN .....
Teruslah berbuat BAIK..
Berniat untuk BAIK..
Berkata yang BAIK-BAIK......
Memberi nasihat yg BAIK..
Meskipun TIDAK banyak orang yg Mengenali mu,teruslah berbuat BAIK..
(Antara nasihat Allahyarham Ustadz Jefry Al Buchory-AL FATIHAH buat Allahyarham)

SELAMAT MALAM ♥ SELAMAT BERISTIREHAT ♥ SWEET DREAMS ♥
SALAH SILAP MOHON DIAMPUN .....
Like ·  · 14 minutes ago · 
WWW

0 comments:

Post a Comment

 
;