NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (462), TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA
(171) , SINARANKU DENGAN KEIZINAN-NYA
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
TAPAK SULAIMAN MENJADI BINTANG
Sejak berkurun lamanya Tapak Sulaiman
berada di dasar laut.
Tiba-tiba terdetik di hati Tapak Sulaiman,
‘Sampai bila aku jadi begini?’
Di dasar laut cuma nampak bebayang
bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.
“ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
Tiada bezanya aku dengan bintang
cuma aku di dasar lautan
tidak berkedipan!
Bolehkah aku jadi bintang?
Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
Di dasar ini aku tidak berfungsi
kepada penghuni laut
sedangkan aku ingin hidup
menyinari hidupku dan menyinari
hidup mereka yang memerlukan
kerdipan sinarku.” Tapak Sulaiman
mula menyedari kejahilannya.
Dia telah memasang impian.
Setiap hari Tapak Sulaiman
terus mengeluh...
Meratapi nasib diri…
Mencemburui kegemerlapan bintang
seolah-olah mereka mengejeknya
kerana berangan hendak
menjadi bintang.
“Kau siapa?
Jalan pun terhegeh-hegeh
di dasar laut ini… tanpa boleh berbuat apa-apa?
Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
kebijaksanaan aku.. Jangan nak beranganlah!
Ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
kejadiannya yang unik mempersonakan
seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
popular dan dihormati .
“Engkau jangan memperlekehkan
cita-cita aku. Akan kubuktikan!
Lihatlah nanti!” Jerit Tapak Sulaiman
memecah ketenangan malam itu.
Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
dengan gelombang ombak mengganas!
Gerakkan dasar laut telah membawa
Tapak Sulaiman ke dalam gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempasnya
ke pantai.
Kini Tapak Sulaiman berada di pantai
di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!
Seakan mimpi Tapak Sulaiman
berjalan ke sana ke mari
menari-nari.
Bila malam tiba Tapak Sulaiman
menikmati suasana malam sambil
memerhatikan kegemerlapan
bintang-bintang di langit di sinari
sinaran cahaya bulan.
Sungguh jelas permandangan tika itu
tidak perlu samar-samar lagi
tika berada di dasar laut.
“Bolehkah aku menjadi bintang?
Bolehkah? Bolehkah?
Bintang aku ingin berkawan denganmu?
Aku ingin menjadi sepertimu.”
“Tapak Sulaiman, kau boleh menjadi
seperti kami jika kau yakin dengan
kebolehanmu! Percayalah!
Kami menunggu kau di sini!
Kau boleh! Pasti boleh!”
Kata perangsang bintang kepada
Tapak Sulaiman pada malam itu.
“Pelik ya macam mana bintang boleh
mendengar suaraku? Sedangkan
Jarak dengannya…
Dia di langit aku di bumi
komunikasi aku dengan bintang
satu keajaiban!”
Tiba-tiba kedengaran
gauman entah mana datangnya
memecah ketenangan malam.
Pepasir di pantai berterbangan.
UFO rupanya sedang mendarat
dua makhluk asing datang
menghampiri Tapak Sulaiman.
“Tapak Sulaiman mahu ke engkau
ikut kami?” Tanyanya.
Ke mana?”
“Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
“Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”
Malam itu mimpi Tapak Sulaiman menjadi kenyataan!
Dia telah menjadi bintang!
Disambut bintang-bintang yang
Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
yang menakjubkan Tapak Sulaiman!
Siapa sangka impian Tapak Sulaiman menjadi kenyataan?
Tidak sia-sia impiannya selama ini!
Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
Ini jika digunakan keajaiban minda!
“Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
akan kukongsi bersama mereka yang ingin
menjadi sepertiku!”
Janji Tapak Sulaiman pada dirinya.
Karya : Ratu Rimba Niagara
3 Mei 2013
(PUISI TAPAK SULAIMAN MENJADI BINTANG DI SIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013)
3 Mei 2013Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
MENGGENGGAM IMPIAN SEPERTI MEMINTAL ILUSI MENJADI REALITI
Semua orang ada impian...
Impianku tinggi menggunung
Sudah puluhan tahun aku mendaki
Terlalu banyak onak dan duri kulalui
Biarpun onak dan duri sudah sebati dalam diriku
Adakalanya aku putus asa untuk menggapai impian
Ribut petir selalu membunuh anganku menggapai impian
Hinggakan aku tak mampu untuk bertahan lagi...
Tapi kerana misi dan visi ku yang sudah lama kudambakan
Ku terus...dan terus...memburu impian ....
Biarpun datang berjuta halangan tak kupedulikan lagi
Aku sudah kesuntukan masa untuk berleka memburu impian
Impian...oh! Impian....
Impianku menjadi bahan lawak
Impianku di luar kotak pemikiran
Siapalah aku untuk menggapai impian itu
Mana mungkin aku seorang untuk merealisaikan impianku itu
Impian ku tak pernah padam
Hingga saat ini ku masih pertahankan impianku biarpun
Berseorangan terkial-kial dalam pendakian yang entah bila Penghujungnya
Biarpun hangus terbakar jemariku...
Ku tetap menggenggam impian
Hingga sampai penghujungnya
Menggenggam impian seperti, ' Memintal Ilusi Menjadi Realiti
Mana tahu hadirmu tanpa dugaku...
Berganding bahu denganku...
Berkongsi segala bebanan yang kupikul
Bagaikan sinar pelangi yang takkan padam...
Mengiringi pendakianku memburu impianku
Kerana impianku seiring dengan impianmu
Kita punyai minat yang sama
Matlamat yang sama
Ingin jadikan impian menjadi kenyataan
Terima kasih pelangiku kerana sudi berganding bahu bersamaku
Moga indah warna-warni pelangimu takkan hilang hingga bila-bila
Selagi nafasku ada...Syukurku pada Alllah
Kehadiranmu selalu kunantikan dalam illusiku
Tapi kini bukan illusi lagi
Berkat keikhlasan hatimu padaku
Amat mengharukan aku...
Moga kau dan aku seia sekata
Senada seirama
Sama-sama menggenggam impian
Impianku impianmu berpadu menjadi realiti
Biarpun tak menjadi realiti
Setidaknya kita telah mempunyai impian yang sama
Ayuh...sama-sama kita jayakan
Mana tahu...impian jadi kenyataan!
Aku mesti bersangka baik dengan Tuhanku
Dia Maha Berkuasa Untuk Menjadikan Impianku Satu Realiti
Jika ianya satu realiti kusyukur dalam sujudku
Kerana tiada daya upayaku melainkan dengan Izin-Nya
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Mei 2013
KARYA DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE-13
PADA 5 MEI 2013
3 Mei 2013Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
PM BERKHIDMAT DEMI RAKYAT
PM BERKHIDMAT DEMI RAKYAT
PM BERJIWA RAKYAT
TELAH BANYAK BUDI YANG PM BERIKAN PADA RAKYAT
HINGGA RAKYAT TAK DAPAT HENDAK MEMBALAS BUDI
TIBA MASANYA RAKYAT MEMBALAS BUDI BAIK PM
AGAR PM TERUS BERBAKTI KEPADA RAKYAT
KAMI BENAR-BENAR TERHARU BILAMANA
PM SETULUS HATI MENGHABISKAN USIA DEMI
KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN NEGARA
MOGA ALLAH SWT MERAHMATI HIDUP MATI PM AAMIIN
SEBAGAI MEMBALAS SEGALA JASA DAN BUDI BAIK PM KEPADA KAMI...KAMI AKAN MENYOKONG BN HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR....
KEMENANGAN PM ADALAH KEMENANGAN UNTUK RAKYAT DAN HADIAH KEMENANGAN ITU ADALAH UNTUK GENERASI AKAN DATANG YANG AKAN MEWARISI MALAYSIA TERCINTA....
KAMI BERSAMAMU PM
KAMI MENYOKONGMU PM
IN SHAA ALLAH KEMENANGAN MENGIRINGIMU PM
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
3 Mei 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA)
(PUISI DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013)
3 Mei 2013Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
MELALUI SASTERA HAMBA MAHU BERBAKTI KEPADA TUHAN DAN MAHKLUK-NYA
TERIMA KASIH ATAS KESUDIAAN MENJADI RAKAN FB HAMBA. LAMAN FB HAMBA ADALAH LAMAN SASTERA YANG HAMBA MINATI. MAKANYA SALAH SATU TEMA YANG TERKUMPUL DI LAMAN FB HAMBA INI ADALAH BAHAN-BAHAN SEJARAH NENEK MOYANG YANG MAHU HAMBA KARANGKAN BERBENTUK SYAIR ,PANTUN, GURINDAM DAN PUISI. SEBAB ITU SETIAP RAKAN FB HAMBA AMAT BERHARGA DAN PENTING BAGI HAMBA...HAMBA PASTIKAN KEHADIRAN MEREKA SEBAGAI RAKAN FB MEMBERI IMPAK YANG BESAR DALAM DUNIA KARYA SASTERA HAMBA. BUKAN TAK MAHU TERIMA RAKAN FB YANG ADD HAMBA ATAU TERPAKSA REMOVEKAN MEREKA TAPI MEMANDANGKAN PEMIKIRAN HAMBA AMAT TERHAD. HAMBA CUMA MAHU MEMFOKUSKAN MATLAMAT KARYA YANG TERBAHAGI KEPADA PELBAGAI TEMA...
KETUHANAN
PEPERANGAN
INSTITUSI DIRAJA
KEPAHLAWANAN
RAKYAT
KEPUJANGGAAN
POLITIK TAPI POLITIK YANG MEMBINA
TUJUAN HAMBA MELANTIK RAKAN FB & GRUP MAHUKAN
BAHAN-BAHAN BERSANGKUTAN DENGAN MATLAMAT SASTERA
KOMENTAR YANG BERSANGKUTAN BAHAN YANG DISIARKAN
JIKA AHLI FB TIDAK MEMBERI APA-APA IMPAK
MEMANDANGKAN RAKAN FB HAMBA TERLALU TERHAD
MAKANYA HAMBA TERPAKSA BERUNDUR DIRI
BUKAN NIAT MEMUTUSKAN TALISIRATURRAHIM
HAMBA CUMA MAHU KOMENTAR YANG BERNAS DAN MANTAP KERANA KOMENTAR TERSEBUT AKAN DIBACA OLEH PEMBACA ALAM MAYA DAN BAKAL DITINGGALKAN KEPADA ANAK CUCU NANTI JADINYA SETIAP KOMEN YANG NEGATIF HARAP DAPAT DIELAKKAN OLEH RAKAN FB DAN GRUP...
BUDAYA UNTUK MENYEBARKAN FITNAH, KUTUK MENGUTUK, HINA MENGHINA...MENGGUNAKAN BAHASA YANG BIADAP LAGI KEJAM....MOHON DIJAUHKAN DARI LAMAN FB HAMBA...
BAGAIMANA HAMBA HORMAT DAN BERSANGKA BAIK DENGAN SEMUA AHLI GRUP DENGAN HARAPAN SALING BERKONGSI ILMU YANG MEMBERI MANFAAT DUNIA AKHIRAT CUMA ITULAH YANG DIFIKIRKAN....SELAIN DARIPADA ITU MAAFKAN HAMBA......MASA HAMBA UNTUK SANTAI-SANTAIKAN PEMIKIRAN TERLALU TERHAD.
DUNIA HAMBA ADALAH SASTERA DAN CITA-CITA....
MAKANYA HANYA MEREKA YANG MEMAHAMI DUNIA HAMBA SAJA YANG BOLEH MENJADI RAKAN FB HAMBA...YANG TAK SUDI MEMAHAMI ....MAAFKAN HAMBA JIKA HAMBA BERLALU PERGI...BUKAN HAMBA TAK SUDI MENERUSKAN PERSAHABATAN ALAM MAYA TAPI TOLONGLAH MAAFKAN HAMBA DAN TOLONGLAH FAHAMI DUNIA HAMBA....KERANA BAGI HAMBA KITA HIDUP APA YANG KITA MATLAMATKAN.....BAGI HAMBA ....MELALUI SASTERA HAMBA MAHU BERBAKTI KEPADA TUHAN DAN MAKHLUK-NYA.
RATU RIMBA NIAGARA
28 April 2013
(PUISI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PEJUANG SASTRA NUSANTARAKU TERSAYANG YANG TAK JEMU MEMBERI DUKUNGAN/SOKONGAN TANPAMU SIAPALAH AKU ....AKU BERKARYA KARNA MENGHARGAI KURNIAAN DARI-NYA DAN TANDA AKU PERNAH BERHIDUP DIMUKA BUMI INI ....KARYA-KARYAKU KUTULIS SEPENUH KASIH DAN SAYANG UNTUK TATAPAN ANAK CUCU SENUSANTARA TERCINTA...BIARPUN NENDA TIDAK MENGENALI KALIAN...KALIAN SENTIASA DI HATI NENDA BIARPUN NENDA SUDAH TIADA DI DUNIA INI....SAYANGKU PADA SEMUA PEMBACA KARYA-KARYAKU SAMPAI SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
(KARYA DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013)
3 Mei 2013Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
'BEKHIDMAT UNTUK RAKYAT DEMI TUHAN'
Selamat hari pekerja YB Alammaya Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Terima kasih atas ucapan mu duhai rakyat setia pembaca karyaku di alammaya
Kami semua bekerja dibayar gaji ... adakah YB Ratu Rimba dibayar gaji oleh majikan?
Tidak duhai rakyat alammayaku...
Habis tu bagaimana YB hendak membela kami sedangkan YB pun tak dibayar gaji...
Tak apalah ....
Kenapalah tak apalah ...adakah YB sudah cukup kaya hingga tak perlukan wang?
Wang itu perlu...tapi hidupku dari dulu hingga sekarang bertawakal kepada Allah
Tak dibayar gaji bertawakal kepada Allah ..tak faham kami duhai YB...
Hidupku ibarat...sepohon pokok yang tak berbuah tapi aku perlukan buah itu juga kugegar semampu dayaku pohon yang tak berbuah itu ...dan yang gugur itulah gajiku
Lagi kami tak faham....pokok yang tak berbuah diguncang semampu daya yang gugur itulah gaji YB
Kalau kamu tak faham tak apalah ...biar mereka yang faham saja faham...ha sekarang apa masalah kamu sebagai pekerja biar YB sampaikan kepada pemimpin kalian...manalah tahu didengari....semua masalah selesai lagipun kerajaan dahulukan rakyat
Masalah kami akan selesai jika YB sudah dibayar gaji...itu barulah win...win...YB bela kami ...kami juga nak bela YB....YB sayang kami ...kami juga sayang YB...
Bawa bertenang ye...ini yang susah nak jawab ...pening jadinya jawab salah tak jawab salah makanya... cukuplah gaji YB dibayar oleh Allah Azzawajallah
Kerana gaji YB dibayar Allah Azzawajallah makanya...YB berehat kami pulak ambil tempat YB macam mana...kami yang akan usulkan agar YB dibayar gaji...jika tak dibayar gaji...kami nak mogok kerja....
Waduh....waduh...rakyatku bisa pusing dech...jangan gitu...biar aku seorang yang tak dibayar gaji asalkan kalian semua dibayar gaji dengan sepatutnya oleh majikan kalian ye....pantun hari pekerja sudahpun YB siarkan di laman Perdana Menteri moga mendapat perhatian darinya sempena HARI PEKERJA & PRU KE-13
Tambah lagi satu untuk YB Alammaya Yang Kami Kasihi Mengistiharkan HARI PENULIS
Itu pandai kamulah ....YB sejujurnya untuk kepentingan YB sendiri mahu dilupakan kerana YB berkhidmat untuk rakyat demi Tuhan...moga faham ye rakyat alammayaku.
Ini pantun yang YB karangkan istimewa untuk kalian yang tersayang semua duhai rakyat alammayaku baca dan hayati...moga ada perubahan kehidupan kalian sekeluarga ....Aamiin.
PEKERJA MEREALISASIKAN TRANSFORMASI NEGARA
Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,
Berkerjalah dengan setulus ikhlas ;
Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
Moga budimu Allah membalas.
Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Justeru ada Negara adalah pekerja;
Apa pun bidang kerja sumbangannya pada Negara,
Kerajaan tidak dapat dipisahkan dengan pekerja.
Kerajaan pembela nasib pekerja,
Pekerja kerajaan dilayan seperti anak emas;
Tepat masa pulang habislah kerja,
Kerajaan naikkan gaji juga diberi bonus.
Untungnya sungguh pekerja kerajaan,
Kerja senang tak banyak cabaran;
Rakyat datang jangan cepat baran,
Pekerja berbudi bahasa menjadi pujaan.
Rakyat datang mahu berurusan,
Berurusan dengan penjawat awam;
Menunggu lama amat membosankan,
Membosankan berurusan penjawat awam.
Gaji nak bonus pun nak,
Tapi kerja tak setimpal gaji;
Bonus tak dapat mula memberontak,
Pekerja cemerlang kerajaan tetap memuji.
Kerajaan menyeru penjawat awam ,
Semua pekerjanya lakukan transformasi;
Demi kecemerlangan Negara dan orang awam,
Negara maju kerana pekerja berdedikasi.
Malang sungguh pekerja swasta,
Masih ada juga sistem penghambaan;
Bekerja separuh mati gaji entah ke mana,
Kejamnya majikan tak ada perasaan.
Di era Negara maju serba moden,
Majikan untung berlipat ganda;
Gaji pekerja mereka tak naikkan,
Derita pekerja menyara keluarga.
Kerja separuh mati tak setimpal gaji,
Demi kehidupan teruskan juga;
Bos menghendik juga mengeji,
Hati merintih ditahankan juga.
Hati merintah ditahankan juga,
Demi meneruskan sebuah kehidupan;
Sanggup bersusah demi keluarga,
Mengharapkan sinar cahaya di masa depan.
Sabar pekerja menahan cabaran,
Menghadapi majikan yang tamak haloba;
Salah sikit dah panas baran,
Pekerja bersabar dalam kesempitan.
Gaji diberi tidak mencukupi,
Untuk menyara kehidupan keluarga;
Padahal majikan hidup serba mencukupi,
Sumbangan pekerja tidak berharga.
Mogok pekerja bos yang susah,
Mogok bos pekerja tak bergaji;
Hidup pekerja semakin susah,
Negara moden selalu tak begini.
Hari-hari bekerja demi sesuap nasi,
Mencari nafkah keluarga tercinta;
Setiap tahun bos menabur janji basi,
Memberi bonus semuanya helah belaka.
Mana lagi tempat hendak mengadu,
Pekerja malang derita tanggung sendiri;
Syukurlah ada hamba Allah ambil tahu,
Membela pekerja tidak dibiarkan sendiri.
Segala masalah mengadu kepada WNK,
Berjuang habis- habisan demi pekerja;
Berhujan berpanas sanggup bertekak,
Asalkan terbela nasib pekerja.
Dikutuk dihina tidak diambil peduli,
Memperjuangkan nasib pekerja bermati-matian;
Terbela nasib pekerja kepuasan di hati,
Kemenanganmu sentiasa kami nantikan.
Ya Tuhan jika kami di pihak yang benar,
Berilah kami kekuatan dan keazaman;
Moga rintihan kami mereka mendengar,
Bahagialah kami demi sebuah kehidupan.
Doa orang teraniaya tanpa hijab,
Hidup bersandar kepada Allah semata;
Berusaha bertawakal doa mustajab,
Berjuang tetap berjuang demi pekerja tercinta.
Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Saling faham memahami demi Negara;
Antara pekerja majikan juga kepimpinan Negara,
Kerana pekerja penentu masa depan Negara.
Pekerja penentu masa depan Negara,
Itu tidak dapat dinafikan mana-mana Negara;
Rakyat dibela diperjuangkan demi Negara,
Pekerja merealisasi tranformasi Negara
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Mei 2013
(Puisi DiIlhamkan Sempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja SEDUNIA 1 MEI 2013
Disiarkan Di Wall PM Sempena PRU Ke-13 PADA 5 MEI 2013)
3 Mei 2013Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
KAMI SOKONG BN HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR!
KAMI ORANG KUAT BN
JANGAN NAK CEMBURU
DAH KAMI SUKA BN NAK BUAT MACAM MANA
BN SOKONG MELAYU
BN SOKONG CINA DAN INDIA JUGA
SEBAB SUDAH DITAKDIRKAN MALAYSIA INI MILIK BERSAMA
TAPI TANAH MELAYU INI MELAYU YANG PUNYA
MAKANYA PM NYA MESTI MELAYU
TAK BOLEH DIPERTIKAIKAN OLEH KAUM CINA DAN INDIA
KALAU NAK JUGA KENALAH BALIK NEGARA NENEK MOYANG SENDIRI
TANAH MELAYU SUDAH TERCATAT DALAM SEJARAH MELAYU
PERDANA MENTERINYA ORANG MELAYU
RAJA-RAJA MELAYU KEKAL DIMARTABATKAN
MAKANYA KAUM LAIN MESTI HORMAT FALSAFAH MELAYU
JANGAN NAK PERTIKAIKAN
SEBAB MELAYU TAK AKAN DITUMBANGKAN
JIKA DITUMBANGKAN AKAN PENUHLAH BUMI MELAYU INI
DENGAN DARAH FISABILILLAH MELAYU
KERANA JIKA TUMBANG MELAYU
TUMBANGLAH ISLAM DI BUMI MELAYU
KAMI TAK AKAN IZINKAN ITU BERLAKU
JIKA KAMU HENDAK JUGA
LANGKAH MAYAT KAMI DULU
TAK AKAN IZINKAN...TAK AKAN IZINKAN....TAK AKAN IZINKAN...
SAMPAI BILA-BILA PUN TAK AKAN IZINKAN....
SEBAB KAMI CINTAKAN ISLAM AGAMA KAMI
KAMI CINTAKAN TANAH MELAYU NEGARA MOYANG KAMI
KAMI CINTAKAN BANGSA MELAYU SAUDARA SEISLAM KAMI
MAKANYA FAHAM-FAHAMLAH SENDIRI JIKA KAMU BERANI
PERTIKAIKAN HAK-HAK YANG SUDAH TERMAKTUB
KEISTIMEWAAN ORANG-ORANG MELAYU....
ADA FAHAM......YANG BUKAN MELAYU?
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
3 Mei 2013
(PUISI DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013)
3 Mei 2013
(PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
3 Mei 2013
WWW
0 comments:
Post a Comment