Wednesday, 1 May 2013

TRANSFORMASI KERAJAAN KOTA & RIMBA , " TRANSFORMASI KERAJAAN BN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT 1MALAYSIA TERCINTA!"



 
NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (436), TRANSFORMASI KERAJAAN KOTA & RIMBA (147)
'TRANSFORMASI KERAJAAN BN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT 1MALAYSIA TERCINTA" 

Najib Razak added a milestone from June 23, 2011 to his timeline: Set up 1Malays...

TRANSFORMASI KERAJAAN BN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT 1MALAYSIA TERCINTA!

PM KE-6 PENCETUS GAGASAN 1MALAYSIA

Kau seperti sebutir bintang
yang turun ke bumi menyinari
hidup setiap rakyat Malaysia!

Kau kata,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan." kata-kata itu
membakar semangat setiap rakyat
yang lesu dan bisu sekian lama.

Setiap butiran kata-katamu
menjadi keramat setiap
yang mendengar...
Mereka terpaku!
Bukan kaku!
Mereka terus bangun dari lamunan mimpi
yang kini bukan mimpi tapi realiti!

Kau menggerakkan barisan kabinetmu
agar memberi khidmat bakti kepada rakyat
tak kira penat lelah asalkan nasib rakyat terbela.

Kau arahkan semua pentadbiran kerajaan
memahami denyut nadi rakyat!
Kata-kata itu bukan omongan kosong
Akan dibuktikan!
Lihatlah nanti!

Telah tercatat Di Sana, kau adalah
pewaris bangsa yang dinanti-nantikan
sejak sekian lama.

Kau pembawa pemikiran di luar kotak
bakat kepimpinan yang kau warisi
daripada ayahanda Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Kedua telah sebati
dalam jiwamu.

Kau mahu rakyat dan kerajaan
bersatupadu merealisasikan sebuah
kerajaan yang aman makmur bersatu
demi kepentingan rakyat dan negara
tercinta!

Kau peka dengan setiap masalah rakyat,
masalah rakyat adalah menjadi masalahmu
dan ingin diselesaikan agar tiada satu pun
yang tercicir daripada arus pembangunan.

Siapa sangka kau yang mempunyai kuasa kerajaan
pemimpin nombor satu mempunyai sikap seperti
rakyat biasa yang tak punyai apa-apa
menyelami dan memahami keluh kesah rakyat adalah
satu perkara yang mahu kau kongsi dan tangani
bersama

Demi rakyat tercinta , kau gunakan segala kudrat
yang ada untuk terus berkhidmat dengan senyum
gagah seorang perwira yang sedia berjuang dan
membantu!

Setiap keluh kesah rakyat membuatkan
kau gelisah dan bukan kosong mendengar
tetapi membantu selagi mampu

Jerih perih rakyat adalah bebanan yang
kau pikul untuk dikongsi bersama
Senyuman rakyat adalah satu
kepuasan buatmu!

Pening! Memang pening...
bagaimana hendak memikirkan
setiap masalah rakyat yang ingin
dikongsi bersama tapi berkat
kesepakatan barisan kabinetmu kau
pasti berjaya! Insya-Allah Aamiin

Lihatlah rakyat Malaysia!
Siapakah PM ke-6 ini?
Yang berhati waja lagi mulia
yang sedia mendengar setiap
rintihan kalbu rakyat Malaysia
tak kira kaum,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan".

Bersyukurlah banyak-banyak kerana kita
dikurniakan seorang pemimpin
yang memahami setiap denyut nadi rakyat Malaysia.

Terima kasih PM ke-6.
Pasti nanti negara tercinta ini
mempunyai rakyat yang bersatu padu
dalam ungkapan,'1Malaysia,
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

Karya Ratu Rimba Niagara
31 Mac 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK PM MALAYSIA KE-6 YANG DICINTAI OLEH SEMUA RAKYAT 1MALAYSIA TERIMA KASIH PM JASA BAIKMU KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA TANPAMU SIAPALAH KAMI UNTUK HIDUP DALAM NEGARA YANG AMAN DAMAI DAN SEJAHTERA. TERIMA KASIH PM SAYANG RAKYAT MALAYSIA PADAMU SEBAGAIMANA PM SAYANG KEPADA KAMI MOGA ALLAH SWT TEMUKAN KITA SEMUA DI SYURGA BERKAT KASIH SAYANG KITA YANG IKHLAS INI KERANA-NYA IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)

SYAIR 1MALAYSIA SAYANGKAN NEGARA

Tersebutlah kisah sebuah negara,
Malaysia digelar diberi nama;
Perdana Menteri bekerja bersama-sama,
Agar Malaysia jadi ternama.

Satu Malaysia ilham Perdana Menteri,
Galakkan rakyat bersatu hati;
Demi kerana negara dicintai,
Moga hidupmu terus diberkati.

PM mengajak rakyat bersatu,
Pelbagai kaum bersatu padu;
Memupuk minda generasi baru,
Demi kerana Malaysia yang satu.

PM bekerja tak kira masa,
Pentingkan rakyat dari segala;
Kerahkan menteri beri kerjasama,
Asalkan rakyat hidup bahagia.

PM dan menteri kerja bersungguh,
Demi rakyat negara teguh;
Petah bicara bila berhujah,
Agar rakyat dapat berteduh.

PM kita pencetus revolusi,
Galakkan rakyat berkreativiti;
Minda penuh daya imaginasi,
Lahirkan produk berinovasi tinggi.

Menteri kabinet beri perhatian,
Ikut arahan dalam panduan;
Ada kuasa jangan disia-siakan,
Hilang kuasa dalam penyesalan.

Apalah ada pada kuasa,
Salah guna bawa binasa;
Jalankan tugas hati yang waja,
Hidupmu pasti rasa bahagia.

Rakyat perlu pemimpin berjasa,
Menabur jasa sudahlah biasa;
Ramah tamah tak gila kuasa,
Moga hidupmu aman sejahtera.

Melayu Cina India janganlah iri,
Segala usaha tidak menjadi;
Bila bersatu wajah berseri,
Pelbagai bangsa jadi menteri.

Sabah Sarawak tidak dilupakan,
Sama rata diberi peruntukan;
Justeru itu kekalkan perpaduan,
Pasti hidup dalam kesejahteraan.

Mari semua hidup berdamai,
Fikirkan negara amanlah damai;
Indah sungguh hidup yang permai,
Segala budi sama disemai.

Kementerian Pelajaran iktirafkan guru,
Guru berkualiti amat diseru;
Biar murid berminda baru,
Demi kerana Malaysia yang satu.

Ilmu itu pelita hati,
Hati gelap akan diterangi;
Bila gagal cubalah lagi,
Kejayaan cemerlang sedia menanti.

Penjawat awam ubahlah minda,
Jadikan minda kelas pertama;
Seiring dengan kehendak arus perdana,
Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.

Majikan perlukan pekerja ikhlas,
Sungguh-sungguh melakukan tugas;
Janganlah ada bersikap malas,
Majikan pun tidak akan bertegas.

Usahawan cemerlang negara terbilang,
Azam bersungguh tak pernah hilang;
Usahakan hati terang benderang,
Barulah usaha jadi terbilang.

Budi bahasa budaya kita,
Adab sopan apabila bicara;
Bila begitu ramai yang suka,
Hidup pasti lebih ceria.

Sifat jujur haruslah ada,
Ke mana pergi senanglah rasa;
Takkan ada rasa kecewa,
Hati pun bersih hasad pun tiada.

Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,
Berkat kepimpinan yang bijaksana;
Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.

Pos Malaysia lambang merdeka,
Kerana terpanggil untuk berjasa;
Demi kerana Negara tercinta,
Moga jasamu dikenang hingga bila-bila.

PM mahu PDRM berintegriti,
Jalankan tugas penuh teliti;
Agar rakyat rasa dilindungi,
Jasa baktimu tetap dihargai.

Satu Malaysia sayangkan negara,
Rasa cinta terus membara;
Teruskan perjuangan walau di mana,
Biarpun terpaksa bekorban nyawa.

Sekian sahaja syair Malaysia kusayang,
Rakyatnya hidup tolong menolong;
Budi yang baik tak akan hilang,
Moga negara terus gemilang.

Karya: Ratu Rimba Niagara
(31 Ogos 2010 Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-53)

PANTUN 1MALAYSIA RAKYAT PATRIOTIK

Nabi Muhammad S.A.W lambang perpaduan,
Berbudi pekerti mulia berhemah tinggi;
Semasa hidup memberi panduan,
Akhir kalam umatnya disayangi lagi diingati.

Sultan Mizan Agong berwibawa,
Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tercinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

Tunku Abdul Rahman PM pertama,
Digelar rakyat Bapa Kemerdekaan;
Impian Tunku telah terlaksana,
Menjadikan Malaysia pesat membangun.

Allahyarham Tun Abdul Razak PM kedua,
Mohd Najib anak kesayangan;
Matlamat perjuangan tidak berbeza,
Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.

Tun Hussein Onn PM ketiga,
Tertib sungguh bila berbicara;
Masalah rakyat diurus dijaga,
Agar rakyat hidup terbela.

Malaysia maju idea Tun Mahathir,
Digelar rakyat Bapa Pemodenan;
Pejuangan beliau tidak berakhir,
Malaysia maju dalam pembangunan.

Tun Abdullah Ahmad Badawi PM kelima,
Pentingkan rakyat berminda kelas pertama;
Satu Malaysia bermuafakat bersama,
Menjadi warga dunia yang teristimewa.

Transformasi kerajaan idea PM keenam,
Rakyat letakkan harapan yang tinggi;
Saling bertoleransi biarpun pelbagai kaum,
Agar semuanya saling hormat menghormati.

Lambai Limbai bukan lambaian kosong,
Melambangkan hati nurani rakyat Sabah;
Satu Malaysia rakyat cemerlang,
Akan semuanya menjadi indah.

Negeri Sarawak terus membangun,
Bajet pembangunan dibuat telus;
Nasib rakyat tidak dibiarkan,
Biar cemerlang terus menerus.

Tentera Darat mendukung aspirasi rakyat dan negara,
Demi rakyat dan negara tercinta;
Rela berkorban jiwa dan raga,
Jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.

PLKN generasi patriotik,
Itulah asas benteng negara;
Tiada terlibat agenda politik,
Hanya semata untuk negara.

Rosmah pencetus Permata Negara,
Bagi membentuk generasi berjasa;
Cita-cita dipupuk terus membara,
Memahat nama di antarabangsa.

Tahun Baharu Cina disambut meriah,
PM dan rakyat beramah mesra;
Idea pembangunan kian bercambah,
Demi kepentingan rakyat dan negara.

Hari Thaipusam tidak dilupakan,
PM datang menyerikan majlis;
Kaum India gembira sakan,
Kerana PM berwajah manis.

Kerajaan dan media rakan kongsi,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
Gagasan 1Malaysia akan direalisasi,
Malaysia pasti jadi ternama.

Karya seni warisan negara,
Kerajaan hargai rakyat banggai;
Pelancong yang datang dilayan mesra,
Produk terkenal berkualiti tinggi.

Rakyat faham Satu Malaysia,
PM tersenyum tanda gembira;
Mari kita pakat sama-sama,
Gemilangkan Malaysia di persada dunia.

Satu Malaysia jadi kenyataan,
Pasti PM tersenyum bangga;
Menabur jasa janganlah bosan,
Biarpun terkorban jiwa dan raga.

Malaysia ini milik semua,
Rakyat hidup dalam sejahtera;
Tercipta sudah negara bangsa,
Pemimpin dan rakyat seiring sekata.

Satu Malaysia rakyat patriotik,
Bersatu padu bersatu hati;
Rakyat sejahtera tanpa konflik,
Negara makmur Malaysia dihormati.

Karya: Ratu Rimba Niagara
(31 Ogos 2010)
(Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-53)

PANTUN SATRIA

Hajat hati nak jadi perwira,
Tiada kudrat apalah dayaku;
Namun begitu bersemangat satria,
Relaku mati demi negaraku.

Kata ibu datukku seorang pahlawan,
Keturunan hulubalang Raja Bugis;
Aku bersyukur berdarah pahlawan,
Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

Rupanya aku tidak keseorangan,
Di luar sana menyokong perjuanganku;
Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

Takkan hilang melayu di dunia,
Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
Melayu bersatu bermuafakat bersama,
Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

Berjuang tetaplah berjuang jua,
Pantang undur sebelum berjuang;
Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
Jasamu mewangi hingga ke mati;
Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.

Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
Bersiap siaga setiap masa;
Menangani jenayah begitu cermat,
Agar negara dan rakyat aman sentiasa.

Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
Keamanan Malaysia di puncak jaya.

TLDM tidak kurang hebatnya,
Berada di laut bersiap siaga;
Musuh yang datang akan ditentangnya,
Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

Pasukan RELA rela berkorban,
Berkorban masa dan juga tenaga;
Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
Demi rakyat dan negara tercinta.

Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
Semangat perjuangan terus membara.

PERKASA kusanjung jasamu,
Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
Tidak pernah berputus asa di hatimu,
Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
Roh perjuangan tepat dan jelas;
Semangat membara-bara hidup di hatimu,
Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

Seni persilatan melayu amat dikagumi,
Kepahlawananmu tiada tandingannya;
Generasi muda minat mempelajari,
Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
Jutaan rakyat bangkit memberontak,
Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
Pemimpin Malaysia cintakan negara;
Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
Saling berkorban demi negara.

Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
Negara sentiasa terus aman,
Kedaulatan negara sejak berzaman.

Pahlawan melayu pantang berundur,
Rela bermandikan darah dihujani peluru;
Demi pewaris takkan berudur.
Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

Berkibarlah benderaku terus berkibar,
Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
Rakyat Malaysia jangan dicabar,
Roh perjuangan meniti zaman.

Karya: Ratu Rimba Niagara
25 Mac 2013
(Bersempena Memperingati Hari Polis Malaysia Ke-206 Tahun)

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA

Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

Salam sejahtera untuk Datuk Seri,
Semoga perjuanganmu membawa keberkatan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Perjuangan terdahulu masih diteruskan.

Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-56 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

Karya Ratu Rimba Niagara
2 Mei 2013
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Hari Kemerdekaan
Malaysia Tercinta Ke-57 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2013)

TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA

Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
di serata pelosok bumi Malaysia

Biarpun kumengerti menempuh gelombang
ombak mengganas!
lalu menghempas ke pantai!

Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
“Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
untuk anak cucu kita menumpang teduh!

Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
akan kuingat pesananmu itu!
akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
di hati setiap rakyat Malaysia tercinta!

Demi cintaku pada Malaysia
akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu!
hingga ke titisan darah terakhir!

Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Karya Ratu Rimba Niagara
2 Mei 2013
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Tercinta Ke-57 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2013)

(PUISI DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE-13
PADA 5 MEI 2013
2 Mei 2013


  1. TRANSFORMASI KERAJAAN BN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT 1MALAYSIA TERCINTA!

    PM KE-6 PENCETUS GAGASAN 1MALAYSIA

    Kau seperti sebutir bintang
    yang turun ke bumi menyinari
    hidup setiap rakyat Malaysia!

    Kau kata,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
    Pencapaian Diutamakan." kata-kata itu
    ...
    See More
    Like · · Promote

  2. PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT AKAN MENJUARAI UNDIAN

    IKUTLAH POLITIK CARA RASULULLAH BERPOLITIK CARA BERHIKMAH DAN SANTUN TANPA MEMBURUK-BURUKKAN PARTI LAWAN PARTI MANA YANG MENANG ITU ADALAH PILIHAN RAKYAT...HORMATI PILIHAN RAKYAT KERANA NEGARA KITA MENGAMALKAN DEMOKRASI.

    TANYA PADA DIRI APA MATLAMAT UNTUK MENJADI PEMIMPIN
    JIKA KITA TAHU TANGGUNGJAWAB MENJADI PEMIMPIN ITU
    BESAR DAN TAK AKAN TERPIKUL KITA UNTUK MENANGGUNG
    TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN TAPI JIKA ADA PEMIMPIN SANGGUP
    BERSUSAH PAYAH DEMI SEMUA RAKYAT MALAYSIA TANPA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI...MEMIMPIN UNTUK RAKYAT DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA...ITULAH PEMIMPIN PILIHAN YANG AKAN DINOBATKAN OLEH RAKYAT SEBAGAI PEMENANG YANG TAK MENANG ITU JANGAN PUTUS ASA TETAP MEMBERI SUMBANGAN JASA KEPADA RAKYAT DAN NEGARA ITULAH PEMIMPIN SEJATI BIARPUN KALAH TETAP BERAZAM MEMBELA RAKYAT....

    RATU RIMBA NIAGARA
    2 Mei 2013

    DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRI-13 PADA 5 MEI 2013
    2 Mei 2013
    Like · · Promote
  3. SEMOGA PILIHANRAYA MENJANJIKAN SEBUAH REVOLUSI YANG BERMAKNA PADA NEGARA YANG TERCINTA

    Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari Semoga pilihanraya kali ini menjanjikan sebuah revolusi dan perubahan yang lebih bermakna buat negara kita yang tercinta...marilah sama sama kita mengundi yang terbaik yang kita yakin mampu menjadi pemimpin terbaik dalam menjulang martabat Daulatul Islamiyyah,bangsa dan tanahair pertiwi.

    Ratu Rimba Niagara KURA-KURA DALAM PERAHU,
    PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
    SUDAH TIBA MASANYA PRU,
    KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU.

    DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013
    2 Mei 2013
    Like · · Promote
  4. CITA-CITA RAKYAT MENJADI REALITI

    Datuk Mohd Faiz Abdullah Bpkhari Di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta Kuala Lumpur - Seminar Integriti Profesionalisme Malaysia.

    Ratu Rimba Niagara SELAMAT BERSEMINAR....MOGA BERSINARLAH INTEGRITI PROFESIONALISME SEMUA KAKITANGAN KERAJAAN DI MALAYSIA SEIRING DENGAN KEHENDAK KERAJAAN YANG MAHU RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. CEMERLANGNYA PERKERJA KERAJAAN DI SEMUA PERINGKAT SEGALA CITA-CITA KERAJAAN KEPADA RAKYAT BARU MENJADI REALITI IN SHAA ALLAH AAMIIN.

    DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA HARI PEKERJA & PRU KE -13 PADA 5 MEI 2013
    Like · · Promote
  5. PRU-13 AMAN JIKA KITA TAK JADI PENGKHIANAT TANAH AIR SENDIRI

    Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari Agak agak anda Pru13 ni berjalan dengan aman ke tak?

    Zaza Mahat insya-Allah....kalau rakyat yang berfikiran.

    Honey Tutti Aman... InshALLAH...

    Maimunah Fadel In sha Allah.aman .

    Masri Abu Bakar In syaa allah klau kita berfikiran matang

    Puteri Balqis in sha allah mudah2an..

    Ratu Rimba Niagara IN SHAA ALLAH AMAN ASALKAN KITA TIDAK JADI PENGKHIANAT TANAH AIR SENDIRI.

    Reen Ayin alhamdulillah kat putrajaya masih lg aman .......

    DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU-13 PADA 5 MEI 2013
    2 Mei 2013
    Like · · Promote
  6. DEMAM PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

    PASTIKAN POLITIK YANG MEMBAWA KESEJAHTERAAN DUNIA AKHIRAT

    Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari Politik hanyalah madah atau alat dalam memperolehi kuasa untuk mentadbir....berpolitiklah dengan cara yang sihat...tidak memfitnah,mengumpat,menghasut,memutuskan silaturrahim sesama Islam... contohi cara Rasulullah Saw berdakwah...penuh hikmah bukan politik ciptaan Yahudi hari ini...segalanya halal asalkan demi kuasa.....mengumpat,fitnah,hasut menghasut,memutuskan silaturrahim dan mengaibkan saudara seagama sendiri menjadi halal...sedangkan apa hukumnya menzalimi saudara se Islam sendiri?..

    Ratu Rimba Niagara YANG PENTING KITA JAGA SILATURRAHMI AGAR TAK TERCALAR ... gara-gara politik... politik itu bersih suci murni ...tapi pastikan politik yang membawa kesejahteraan dunia akhirat...itu yang dimahukan oleh rakyat yang beragama Islam.

    DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE 13 PADA 5 MEI 2013
    2 Mei 2013
    Like · · Promote
  7. RAKYAT MALAYSIA DAMBAKAN PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT

    Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari Apabila segalanya cuba dipolitikkan... maka konpirasi,fitnah,hasut menghasut,berpuak-puak menjadi "halal" ... asalkan musuh politiknya berjaya dijatuhkan dan diaibkan...asalkan orang yang didengkinya di benci orang lain juga....inilah peranan politik ciptaan Yahudi sehingga silaturrahim sesama Islam putus..Rasulullah Saw mengajar kita berpolitik agar kaum Arab Jahiliah yang Assobiah (berpuak-puak) bersatu...bukan dari elok2 bersatu jadi berpuak2 seperti zaman jahiliah balik..ketara berbeza sangat politik cara Islam & politik ciptaan Yahudi ni...demi kuasa,tahta dan nama...segalanya menjadi "Halal"

    PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT AKAN MENJUARAI UNDIAN

    IKUTLAH POLITIK CARA RASULULLAH BERPOLITIK CARA BERHIKMAH DAN SANTUN TANPA MEMBURUK-BURUKKAN PARTI LAWAN PARTI MANA YANG MENANG ITU ADALAH PILIHAN RAKYAT...HORMATI PILIHAN RAKYAT KERANA NEGARA KITA MENGAMALKAN DEMOKRASI.

    TANYA PADA DIRI APA MATLAMAT UNTUK MENJADI PEMIMPIN
    JIKA KITA TAHU TANGGUNGJAWAB MENJADI PEMIMPIN ITU
    BESAR DAN TAK AKAN TERPIKUL KITA UNTUK MENANGGUNG
    TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN TAPI JIKA ADA PEMIMPIN SANGGUP
    BERSUSAH PAYAH DEMI SEMUA RAKYAT MALAYSIA TANPA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI...MEMIMPIN UNTUK RAKYAT DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA...ITULAH PEMIMPIN PILIHAN YANG AKAN DINOBATKAN OLEH RAKYAT SEBAGAI PEMENANG YANG TAK MENANG ITU JANGAN PUTUS ASA TETAP MEMBERI SUMBANGAN JASA KEPADA RAKYAT DAN NEGARA ITULAH PEMIMPIN SEJATI BIARPUN KALAH TETAP BERAZAM MEMBELA RAKYAT....

    RATU RIMBA NIAGARA
    2 Mei 2013

    DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRI-13 PADA 5 MEI 2013
    2 Mei 201
    Like · · Promote
  8. Bila orang bercakap mengenai dasar-dasar kerajaan, mereka sering menyebut jumlah-jumlah yang besar serta konsep-konsep yang abstrak. Sebenarnya apa yang lebih penting adalah bagaimana dasar-dasar itu menyentuh kehidupan dan memberi kesan kepada rakyat. Cuba dengarkan kisah-kisah peribadi individu-individu ini dan amati apa yang mereka katakan.
    50Like · ·
    • 3,372 people like this.

      (PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
      2 Mei 2013



WWW

0 comments:

Post a Comment

 
;