Wednesday 1 May 2013

TRANSFORMASI KERAJAAN KOTA & RIMBA ,'BERSAMA BN KE ARAH MALAYSIA BARU MAJU AMAN MAKMUR'


Wednesday, 1 May 2013 0 comments

TRANSFORMASI KERAJAAN KOTA & RIMBA , " TRANSFORMASI KERAJAAN BN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT 1MALAYSIA TERCINTA!"



 
NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (437), TRANSFORMASI KERAJAAN KOTA & RIMBA (148)
'BERSAMA BN KE ARAH MALAYSIA MAJU AMAN MAKMUR'  

  • SAMA-SAMA PASTIKAN KEDAH MENJADI SEBUAH NEGERI YANG LEBIH MAJU,AMAN DAN MAKMUR
    Saya memulakan lawatan saya ke Kedah semalam dengan bersarapan pagi bersama masyarakat di Medan Selera Kubang Pasu semalam. Selepas itu, saya ke Program Bersama Rakyat di Padang Awam Kupang yang terletak dalam dalam kawasan Parlimen Baling. Di situ, saya menyeru rakyat Kedah supaya kembali memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negeri itu. Sekiranya di beri mandat, kami di BN akan sentiasa berusaha untuk membawa pelbagai kemajuan ke negeri Kedah selain mebarik kehadiran lebih ramai pelabur yang sekali gus akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Untuk itu, berilah peluang kepada kami di BN agar kita dapat sama-sama pastikan Kedah menjadi sebuah negeri yang lebih maju, aman dan makmur berbanding sebelum ini.
    By: Najib Razak
    Saya memulakan lawatan saya ke Kedah semalam dengan bersarapan pagi bersama masyarakat di Medan Selera Kubang Pasu semalam. Selepas itu, saya ke Program Bersama Rakyat di Padang Awam Kupang yang terletak dalam dalam kawasan Parlimen Baling. Di situ, saya menyeru rakyat Kedah supaya kembali memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negeri itu. Sekiranya di beri mandat, kami di BN akan sentiasa berusaha untuk membawa pelbagai kemajuan ke negeri Kedah selain mebarik kehadiran lebih ramai pelabur yang sekali gus akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Untuk itu, berilah peluang kepada kami di BN agar kita dapat sama-sama pastikan Kedah menjadi sebuah negeri yang lebih maju, aman dan makmur berbanding sebelum ini.
    Like ·  ·  · about an hour ago · 


Najib Razak added a milestone from June 23, 2011 to his timeline: Set up 1Malays...

TRANSFORMASI KERAJAAN BN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT 1MALAYSIA TERCINTA!

PM KE-6 PENCETUS GAGASAN 1MALAYSIA

Kau seperti sebutir bintang
yang turun ke bumi menyinari
hidup setiap rakyat Malaysia!

Kau kata,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan." kata-kata itu
membakar semangat setiap rakyat
yang lesu dan bisu sekian lama.

Setiap butiran kata-katamu
menjadi keramat setiap
yang mendengar...
Mereka terpaku!
Bukan kaku!
Mereka terus bangun dari lamunan mimpi
yang kini bukan mimpi tapi realiti!

Kau menggerakkan barisan kabinetmu
agar memberi khidmat bakti kepada rakyat
tak kira penat lelah asalkan nasib rakyat terbela.

Kau arahkan semua pentadbiran kerajaan
memahami denyut nadi rakyat!
Kata-kata itu bukan omongan kosong
Akan dibuktikan!
Lihatlah nanti!

Telah tercatat Di Sana, kau adalah
pewaris bangsa yang dinanti-nantikan
sejak sekian lama.

Kau pembawa pemikiran di luar kotak
bakat kepimpinan yang kau warisi
daripada ayahanda Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Kedua telah sebati
dalam jiwamu.

Kau mahu rakyat dan kerajaan
bersatupadu merealisasikan sebuah
kerajaan yang aman makmur bersatu
demi kepentingan rakyat dan negara
tercinta!

Kau peka dengan setiap masalah rakyat,
masalah rakyat adalah menjadi masalahmu
dan ingin diselesaikan agar tiada satu pun
yang tercicir daripada arus pembangunan.

Siapa sangka kau yang mempunyai kuasa kerajaan
pemimpin nombor satu mempunyai sikap seperti
rakyat biasa yang tak punyai apa-apa
menyelami dan memahami keluh kesah rakyat adalah
satu perkara yang mahu kau kongsi dan tangani
bersama

Demi rakyat tercinta , kau gunakan segala kudrat
yang ada untuk terus berkhidmat dengan senyum
gagah seorang perwira yang sedia berjuang dan
membantu!

Setiap keluh kesah rakyat membuatkan
kau gelisah dan bukan kosong mendengar
tetapi membantu selagi mampu

Jerih perih rakyat adalah bebanan yang
kau pikul untuk dikongsi bersama
Senyuman rakyat adalah satu
kepuasan buatmu!

Pening! Memang pening...
bagaimana hendak memikirkan
setiap masalah rakyat yang ingin
dikongsi bersama tapi berkat
kesepakatan barisan kabinetmu kau
pasti berjaya! Insya-Allah Aamiin

Lihatlah rakyat Malaysia!
Siapakah PM ke-6 ini?
Yang berhati waja lagi mulia
yang sedia mendengar setiap
rintihan kalbu rakyat Malaysia
tak kira kaum,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan".

Bersyukurlah banyak-banyak kerana kita
dikurniakan seorang pemimpin
yang memahami setiap denyut nadi rakyat Malaysia.

Terima kasih PM ke-6.
Pasti nanti negara tercinta ini
mempunyai rakyat yang bersatu padu
dalam ungkapan,'1Malaysia,
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

Karya Ratu Rimba Niagara
31 Mac 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK PM MALAYSIA KE-6 YANG DICINTAI OLEH SEMUA RAKYAT 1MALAYSIA TERIMA KASIH PM JASA BAIKMU KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA TANPAMU SIAPALAH KAMI UNTUK HIDUP DALAM NEGARA YANG AMAN DAMAI DAN SEJAHTERA. TERIMA KASIH PM SAYANG RAKYAT MALAYSIA PADAMU SEBAGAIMANA PM SAYANG KEPADA KAMI MOGA ALLAH SWT TEMUKAN KITA SEMUA DI SYURGA BERKAT KASIH SAYANG KITA YANG IKHLAS INI KERANA-NYA IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)





www

0 comments:

Post a Comment

 
;