PUISI NOVEL CINTA DEMI-NYA (429) TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA (140)
YB ALAMMAYA BERKHIDMAT UNTUK PENGHUNI RIMBA & KOTA
Ratu Rimba Niagara shared Existing Actuality's photo.
BOS PENYAYANG PEKERJA CEMERLANG
Datuk Jem bos yang penyayang,
Prihatin kepada masalah pekerjanya;
Semua pekerjanya dihargai dan disayang,
Pekerja cemerlang berbakti seikhlasnya.
Dari zaman menjadi pekerja bawahan,
Hingga kini menjadi bos nombor satu;
Tak pernah wujud rasa kebaggaan,
Hanya ada rasa syukur pada Allah Yang Satu.
Nak jadi bos mesti tegas dalam kelembutan,
Berbicara tak boleh melulu-lulu;
Fikir sedalamnya setiap perkataan,
Barulah yang mendengar menusuk di kalbu.
Jadi bos bukannya mudah,
Setiap hari kerja menimbun banyaknya;
Nak cari rezeki bukannya mudah,
Rezeki berkat menjadi idamannya.
Tujuan bekerja untuk mencari sesuap rezeki,
Tapi datuk jem memberi bersuap-suap rezeki;
Kerana pekerjanya adalah sumber rezeki,
Saling bekerjasama demi setiap rezeki.
Masa bekerja jangan ada curi tulang,
Nanti rezeki tak menjadi berkat;
Datuk jem suka pekerja ringan tulang,
Syarikatnya maju mendapat rezeki yang berkat.
Pergi bekerja jangan cari masalah,
Sesama rakan saling beri kerjasama;
Saling hormat menghormati berkongsi masalah,
Segala masalah diatasi berkat berkerjasama.
Datuk jem bos yang tiada masalah,
Ada masalah beritahu saja padanya;
Akan diselesaikan segala masalah,
Begitulah hebatnya ikatan bos dengan pekerjanya.
Senyuman pekerja adalah kebahagian bos ,
Senyuman bos adalah kebahagian pekerjanya;
Senyuman adalah amalan bos,
Sebab itu rezeki datang mencurah banyaknya.
Bos selalu memikirkan akan kejayaan syarikatnya,
Mahukan syarikatnya cemerlang gemilang terbilang;
Menjadi idaman bos demi kepuasannya,
Moga syarikatmu sentiasa cemerlang gemilang terbilang.
Setiap pekerja, sahabat dan rakan bisnes,
Semuanya disanjungi oleh datuk jem;
Ikatan sentiasa mesra penuh ikhlas,
Itulah watak yang ada pada datuk jem.
Semoga datuk jem sentiasa menempa kejayaan dalam berbisnes,
Bisnesmu berjaya di peringkat glokal dan global itu diharapkan;
Itulah berkat usaha yang penuh ikhlas,
Kejayaan dan kebahagianmu dunia akhirat kudoakan.
Greatcool nama syarikat Datuk Jem,
Sudah terkenal di serata dunia;
Idola Usahawan Gigih adalah Datuk Jem,
Greatcool sentiasa mencipta nama.
GREATCOOL!
Greatcool...
Kau dibangunkan oleh seorang usahawan gigih
Yang tak pernah kenal erti kalah! Putus Asa! Jemu!
Berusaha terus berusaha untuk sampai ke mercu
Biarpun tsunami datang membadai semangat juangnya
Tapi itu tidak dihiraukan olehnya
Bertahun lamanya dia mengumpul kudrat kekuatan
Semata-mata ingin memperjuangkanmu hingga jaya
Keranamu hidupnya sentiasa sibuk ...sibuk...sibuk...
Mujurlah dia mempunyai sikap yang sempoi dan berjiwa sepoi-sepoi bahasa membuatkan rakan taulan berasa gembira dan itu menggembirakannya!
sama-sama gembira sama-sama gelak ketawa
hilanglah segala tekanan kerja buat seketika...
Berkat kegigihan dan ketabahannya
Greatcool berjaya sampai ke mercu kejayaan
Disambut dengan penuh kesyukuran
Moga Greatcool...
Cemerlang Gemilang Terbilang!
Di persana dunia glokal dan global!
Karya Ratu Rimba Niagara
9 Febuari 2012
Zulkafli Mohd datuk ni memang hebat la ramai perminat siap bersajak berpantun lagi....ilmu hitam ape kah yg di milikinye ye
Ratu Rimba Niagara Ini bukan ilmu hitamlah...ini tali pinggang hitam...lah teman...hihihi
Datuk Jem Hahahaha...Tergelak beso saya, Pandai lah Tuan Zulkafli Mohd buat dose kering....kan gitu Penasihat ku Ratu Rimba Niagara.......Saya ni kan kah peramah..
Ratu Rimba Niagara Sebab Datuk Jem terlebih peramahlah makanya rezekinya melimpah ruah...hingga semua bank-bank di malaysia ni penuh dengan duit datuk jem...hihihihi saya penasihat datuk jem...saya tahulah ...hihihihi
Takut duitnya di rompak...sebab itu saya dihantar belajar ilmu persilatan...hingga dapat tali pinggang hitam... ilmu hitam dijauhkan sebab akan merosakkan bisnes datuk jem nanti dikuatiri tak berkat!
(PETIKAN DARIPADA WALL DATUK JEM DISIARKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PEKERJA SEDUNIA PADA 1 MEI 2013 & SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013 DI WALL PERDANA MENTERI)
1 Mei 2013
YA ALLAH JADIKAN LAMAN FBKU SEPERTI TAMAN-TAMAN SYURGA
YA ALLAH KUPOHON BELAS EHSAN DARI-MU YA ALLAH
JADIKANLAH RAKAN-RAKAN FBKU RAKAN-RAKAN
YANG MENYAYANGIKU KERANA-MU DAN SALING
BERBAGI ILMU YANG DIMILIKI PADAKU JAUHKAN KAMI
DARI SIFAT-SIFAT MAZMUMAH YANG MANA BOLEH
MEMISAHKAN KAMI ...KAMI SALING BANTU MEMBANTU
DAN SALING BERKORBAN KERANA MASALAH
RAKANKU ADALAH MASALAH AKU JUA SUSAHNYA SUSAHKU JUA
BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK MEMBANTUNYA
JAUHKAN HATINYA UNTUK MEMBENCI DIRIKU KERANA
SIAPAPUN YANG KAU HADIRKAN DALAM HIDUPKU BIARPUN CUMA
DI ALAM MAYA ADALAH PERMATA YANG BERHARGA BAGIKU...
BUKAKAN HATINYA UNTUK MENERIMA PERSAHABATAN INI IKHLAS
KERANA-MU DAN BERKATILAH PERSAHABATAN KAMI INI DAN
PATRIKAN PERSAHABATAN KAMI INI HINGGA KE SYURGA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
YA ALLAH KUMERAYU PADA-MU JADIKANLAH LAMAN FBKU
SEPERTI TAMAN-TAMAN SYURGA YANG PENGHUNI-NYA
BERKATA MENGIKUT IMAN BUKAN MENGIKUT PERASAAN
BERKATA-KATA INDAH MENGUNDANG IMAN MENGUNDANG
NUR HIDAYAH KASIH-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
'KUSAYANGMU DEMI-NYA'
RATU RIMBA NIAGARA
1 Mei 2013
DALAM HUJAN TERUSKAN PERJUANGAN KEMPEN UNTUK PARTI BN & RAKYAT MALAYSIA
sebelumnya. Mujurlah hujan yang turun telah menjadikan cuaca agak nyaman. Ikuti perjalanan saya merentas dari Kubang Pasu ke Kupang, dan seterusnya menyeberangi Jambatan Kedua Pulau Pinang untuk melawat Kepala Batas, Juru dan Padang Tembak.
By Najib Razak
Najib Razak shared a link.
Dari Kedah ke Pulau Pinang, semalam juga sibuk seperti hari sebelumnya. Mujurlah hujan yang turun telah menjadikan cuaca agak nyaman. Ikuti perjalanan saya merentas dari Kubang Pasu ke Kupang, dan seterusnya menyeberangi Jambatan Kedua Pulau Pinang untuk melawat Kepala Batas, Juru dan Padang Tembak.
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
a few seconds ago near Kuala Lumpur
SURAT CADANGAN KEPADA PM MENGENAI ZOO NEGARA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
YAB Perdana Menteri yang disanjungi,
Di sini saya ingin melahirkan rasa dukacita yang amat sangat pabila diberitahu keadaan sebenar zoo negara. Luahan hati mereka membuatkan saya merasa sedih . Antara luahan hati mereka itu:
1) Zoo Negara sudah diswastakan. Bukankah zoo negara adalah aset negara yang harus dijagai agar rakyat jelata mengasihi haiwan...memahami kehidupan haiwan di rimba dan dapat memupuk kasih sayang antara alam manusia dan alam haiwan.
2) Kerana telah diswastakan bayaran yang dikenakan terlalu mahal. Ini akan membebankan rakyat...rakyat yang tidak mempunyai wang pasti tidak mampu hendak pergi ke zoo negara.
3) Haiwan-haiwan yang ada di zoo negara tidak banyak lagi...suasana tidak seceria dulu ketika zoo negara tidak diswastakan.
4) Kerana zoo negara adalah harta dan aset negara makanya saya harap ZOO NEGARA diambil semula oleh kerajaan ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia berkunjung ke ZOO NEGARA dengan bayaran yang berpatutan .
5) Haiwan-haiwan hendaklah ditambah dan banyakkan aktiviti persembahan haiwan-haiwan yang telah dijinakkan ini pasti menceriakan hati pengunjung yang datang terutama kanak-kanak.
Pertimbangan yang sewajarnya dari Perdana Menteri amatlah diharapkan untuk mengambil semula ZOO NEGARA...jika tidak mahu diambil semula tukar sahaja nama ZOO SWASTA .
"DUNIA HAIWAN ADALAH DUNIAKU MENGHARGAI KUNIAAN TUHAN"
Sekian . Wassallam.
RATU RIMBA NIAGARA
15 April 2013

WWW
0 comments:
Post a Comment