Sunday, 28 April 2013

TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA, 'SENI ITU INDAH HANYA YANG MEMAHAMI MENGHARGAI'







NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (393) TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA(110)
SENI ITU INDAH HANYA YANG MEMAHAMI MENGHARGAI 

shared Art & Design's photo.
Niagara falls!
Photographer anyone?
Posted by @[1705266229:2048:Catalina Ochoa U]
Niagara falls!
Photographer anyone?
Posted by Catalina Ochoa U
Unlike ·  ·  · 42 minutes ago · 
  • You and Wizana Rahmat like this.
  • Ratu Rimba Niagara SUBHANALLAH SEMUANYA ADA YANG TERSIRAT DAN TERSURAT DISEBALIK PEMANDANGAN INI....SEOLAH BAGAIMANA BERBELITNYA JALANRAYA BEGITULAH BERBELITNYA AIR TERJUNAN NIAGARA...PERMANDANGAN YANG UNIK UNTUK DITERJEMAHKAN YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DI SEBALIK GAMBAR...INILAH SENI KREATIVITI JURUFOTO...TAHNIAH DARIPADA RATU RIMBA NIAGARA AMAT MENYANJUNGI KREATIVITI SETIAP FOTO YANG DIABADIKAN TELAH MENCETUSKAN KREATIVITI SUMBER INSPIRASIKU BERKARYA.



BISU DAN DIAM PILIHANMU PILIHANKU

Jika kamu diam
aku membisu
jika kamu membisu
aku pun bisu
sama sama diam
sama sama membisu
diam dan bisu
adalah pilihan kau dan aku
alangkah ruginya begitu
tidak ketemu di realiti
cuma di alam maya
kita saling diam
kita saling bisu
berpuisi dalam suara bisu
tapi dimengertikan
dalam hati pujangga
yang bisu lesu
tanpa pengertian
dalam hati penuh hampa
dihampakan oleh teman pujangga
yang tak bisa memahami
arti persahabatan
sebuah penghargaan
sebuan syair pantun gurindam puisi
yang dikarangkan penuh kasih dan sayang
dibiarkan hanyut
dihanyutkan ombak rindu
bergelora membadai
dan aku terlara dalam dunia pujangga ku sendiri
tanpa pengertian rakan pejuangga yang diharapkan
dalam pekat jingga merah yang memerah
di sudut hati sepi bagaikan pungguk rindukan bulan ....

RATU RIMBA NIAGARA
28 April 2013


SASTRA/SASTERA KANAK-KANAK DUNIAKU

PERSEMBAHAN TEATER BANGSAWAN DIRAJA PUTERA SANG KURIANG DI ZOO NEGARA

Ratu Rimba Niagara:

Apapun aku sangat suka dengan sang syifa, sang amsyar sang aqmar...nanti ada peluang aku mahu bawa mereka jalan-jalan ke zoo negara bersama sang kuriangku pasti ramai peminat menyerbu mereka mahu tandatangan...
di zoo pula segala sang pun suka berkawan dengan mereka...
aduh pasti gamat zoo hari itu dengan hiruk pikuk segala sang
meraikan satu pesta kegembiraan kanak-kanak yang tak terhingga! Apa tidaknya yang
berada di pentas 4 Sahabat mengadakan persembahan teater ,"PERSAHABATAN INDAH SANG KURIANG DENGAN SANG SYIFA, SANG AMSYAR DAN SANG AQMAR"
Mereka berempat mengadakan persembahan yang begitu mantap hinggakan panggung bangsawan ZOO NEGARA...hiruk pikuk dengan tempukan paling gemuruh daripada penonton yang terdiri daripada pengunjung zoo dan segala sang di zoo negara.

Kerana persembahan mereka begitu mantap dan tidak dapat dilupakan oleh semua yang menonton...KFC telah sudi menaja makan tengahari pada hari tersebut Amat meriah sekali.

Haslie Umar Ratu Rimba hahaha.....mantap..memang mantap...cayalah....nanti mat kr jadi pengarah....

Ratu Rimba Niagara Jadi...jangan tak jadi...sebab ratu rimba ni ini penuntut janji....

PUTERA SANG KURIANG (BAHAGIAN III)

Tersebutlah kisah di Rimba Nilam Puri telah berlaku perebutan kuasa di antara Raja Haslie Umar dengan Raja Ahmad Kamal.Raja Ahmad Kamal adalah sepupu kepada Raja Haslie Umar.

Raja Haslie Umar berkahwin dengan Permaisuri Atekah. Mereka dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri. Yang tua bernama Putera Sang Amsyar, Putera Sang Aqmar dan Puteri Sang Syifa. Selama ini mereka hidup aman bahagia sekeluarga.

"Anakanda bertiga... sebentar tadi ayahada baru saja menghantar pesanan kepada sahabat ayahanda Raja Mat Kr di Rimba Niagara untuk menumpangkan anakanda bertiga di Istana Rimba Niagara. Anakanda selamat di sana...Ayahanda dan bonda akan datang menjemput anakanda setelah negari kita aman damai...sekarang dalam kucar kacir...."

Mereka anak beranak saling berpelukan dan tangis pilu menyelubungi Istana Rimba Nilam Puri. Permaisuri Atekah mententeramkan tangisan anakanda Puteri Sang Syifa.

"Anakanda Puteri Sang Syifa...jangan nangis ye...nanti bonda datang..." pujuk Permaisuri Atekah sambil memeluk erat Puteri Sang Syifa dengan tangisan pilu.

Ketika sampai di Istana Niagara...Raja Mat Kr dan Putera Sang Kuriang menyambut kedatangan keluarga angkat mereka dari Istana Nilam Puri.

Sang Kuriang menjadi sahabat baik kepada Putera Sang Amsyar,
Putera Sang Aqmar dan Puteri Sang Syifa.

Mereka 4 sahabat diajar ilmu persilatan . Setelah enam purnama mempelajari ilmu persilatan mereka mahir dalam ilmu persilatan termasuk juga dengan Puteri Sang Syifa.

Sedang mereka duduk berehat...tanpa diduga kedatangan ayahanda Haslie Umar dan Permaisuri Atekah ke Istana Rimba Niagara.

Suasana sudah aman kembali. Raja Ahmad Kamal tewas dalam pertarungan dengan
Raja Haslie Umar.

Upacara menyambut kedatangan Raja Haslie Umar bersama Permaisuri Atekah disambut besar-besaran. Ketika itu juga diistiharkan pertunangan Puteri Sang Syifa dengan Putera Sang Kuriang.

Genap tiga bulan mengikat tali pertunangan Puteri Sang Syifa berkawin dengan Putera Sang Kuriang. Majlis amat meriah sekali disambut dengan penuh gilang gemilang.

Karya Ratu Rimba Niagara
3 November 2011

Ratu Rimba Niagara Apa pendapatmu duhai Raja Rimba Nilam Puri Raja Haslie Umar
tentang cerita Putera Sang Kuriang (Bahagian III) ini...ok tak...

Haslie Umar terlebih ok wahai ratu rimba semester alam....buat novel pun ok gak...

Ratu Rimba Niagara Iye ke Raja Haslie Umar Raja Rimba Nilam Puri Yang Gagah
Perkasa Yang Mempunyai Putera & Puteri Berjiwa Pahlawan Rakyat Rimba Nilam Puri...

(PETIKAN NOVEL TEATER BANGSAWAN DIRAJA PUTRA SANG KURIANG)
15 April 2013

PANTUN DINOSAUR SAYA BERNAMA DINO

Hari-hari saya ke sekolah,
Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
Sukanya hati cikgu tak marah,
Kerana saya berkawan dengan dinosaur.

Dinosaur saya bernama Dino,
Saya berkawan sejak dulu;
Pergi sekolah bersama Dino,
Melintas jalan Dino dahulu.

Dino tunggu di pintu sekolah,
Saya belajar penuh semangat;
Beg saya bewarna merah,
Guru mengajar saya mengingat.

Saya kenalkan Dino dengan kawan,
Kawan gembira tidak terkata;
Di waktu rehat dibelanja kawan,
Dino tersenyum tersebar berita.

Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
Kedatangan Dino disambut mesra;
Dino diberi makan sayur,
Kemesraan mereka amat ketara.

Dino sakit saya bimbang,
Diberi ubat sembuh sakitnya;
Menyayangi Dino bukan kepalang,
Tidak ke sekolah kawan bertanya.

Masa cuti berkelah di pantai,
Semasa di pantai ramai berkerumun;
Meminati Dino yang bijak pandai,
Ramah tamah Dino mereka terpegun.

Semasa mandi-manda kami gembira,
Seakan berpesta besar-besaran;
Gembiranya hati tidak terperi,
Kerana Dino dapat kenalan.

Peminat Dino ramai tidak terkata,
Memberi hadiah tanda persahabatan;
Dino terima dengan hati terbuka,
Terima undangan tidak keberatan.

Hari-hari hidup gembira,
Kerana Dino sentiasa lucu;
Pergi ke sekolah membara-bara,
Ilmu ditimba terus maju.

Seekor kucing melintas jalan,
Dino selamatkan dari dilanggar;
Syukurlah kerana dapat berjalan,
Dibawa pulang saya bersyukur.

Kucing diberi nama Si Seberang,
Kerana tidak pandai menyeberang;
Baiknya kucing tidak menyerang,
Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.

Dino tidak bersikap garang,
Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
Dari dahulu hingga sekarang,
Dino bersabar dengan kerenahnya.

Si Seberang tidak lalu makan,
Risaunya saya bukan kepalang;
Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
Sembuh terus sakit Si Seberang.

Kami ketawa terbahak-bahak,
Apabila Si Seberang dipakai baju;
Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
Dino nasihatkan makanlah keju.

Sudah enam tahun kami berkawan,
Kehidupan kami amat membahagiakan;
Dino ke sungai menangkap ikan,
Si Seberang makan saya pun makan.

Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
Kami bergurau setiap hari;
Tiada keluar perkataan bodoh,
Kasih sayang kami tidak terperi.

Bersiar di padang kami bertiga,
Si Seberang dengan saya sangat gembira;
Dibawa Dino berjaga-jaga,
Agar kami terus gembira.

Ikatan kami amat mesra,
Kami gembira hidup begini;
Bersenda gurau gembira sentiasa,
Saling sayang menyayangi sesama sendiri.

Indahnya hidup setiap hari,
Moga bahagia milik kami bertiga;
Berkasih sayang antara kami,
Hari-hari berbunga cinta Syurga.

Karya Ratu Rimba Niagara
15 April 2013
(PANTUN DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SELURUH KANAK-KANAK DI SELURUH DUNIA MOGA TERHIBUR DAN CERIA TIKA MEMBACANYA TANDA NENDA SAYANG PADA KAMU SEMUA.... HINGGA KAPANPUN SAYANG SAMA KAMU DI KALA NENDA HIDUP BIARPUN NENDA SUDAH TIADA DI DUNIA INI LAGI)

PUISI IMAGINASI KANAK-KANAK MINDA KREATIF 1MALAYSIA

KIKI

Kiki suka berada di bulan.
Di bulan Kiki main sorok-sorok dengan awan.
Kiki ada sayap.
Kiki terbang ke sana ke mari
bermain dengan bintang.
Di kepulan awan biru Kiki meniup seruling
sambil menyanyi lagu, ‘Ibu Oh! Ibu’.

BULAN DAN BINTANG

Bulan tersenyum melihat anak burung
berbulu biru terbang mencari rezeki.
Bulan suka tengok gelagat tiga ekor
kucing yang suka bermain dengan bintang,
duduk di pelangi dan seekor lagi
duduk di tunggul kayu berangan bermain
sorok-sorok dengan bintang dan bulan.

HARI JADI JOHN

Setiap tahun John meraikan hari jadi.
Hari ini hari jadi John yang kesembilan.
Ayah John membeli kek tiga tingkat.
Hari jadi John sungguh meriah kerana
diadakan di sebuah taman bunga
di kelilingi rama-rama pelbagai warna.

TIKAR AJAIB

Puteri Aliya dengan Putera Aliba
sangat gembira kerana dapat terbang
dengan ‘Tikar Ajaib’.

Mereka dapat terbang setelah terjumpa
dengan ‘Pelita Ajaib’ yang boleh memberi
kesaktian kepada si pemiliknya.

Apabila penat mereka pulang berehat
di Istana Kayangan yang indah
lagi permai.

NINA SAYANGKAN BAYI DINOSAUR

Nina tinggal di sebuah pulau bersama
bayi Dinosaur. Mereka berdua
berkawan baik.
Nina sangat sayangkan bayi
Dinosaur.

Bayi Dinosaur sangat comel.
Telinganya panjang seperti arnab.
Kukunya tajam seperti harimau.

Nina suka cium Bayi Dinosaur.
Bayi Didosaur tersenyum malu.
Bayi Dinosaur sangat gembira.
Hidupnya hari-hari ceria.

Dia gembira kerana keluarganya
sangat baik dengan keluarga
angkatnya.
Walaupun dia cumalah haiwan
dan keluarga angkatnya manusia
tetapi mereka saling hormat
menghormati dan sayang
menyanyangi di antara satu
sama lain.
Nina adalah kakak angkat yang
sangat sayangkan ‘Bayi Dinosaur’.

BERMIMPI JADI ANAK GERGASI

Pada suatu hari Ramasamy pergi
berkelah di sebuah pulau.
Dia membawa bekalan.
Ramasamy tertidur kekenyangan.
Dia tidur dengan nyenyaknya,
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Ketika tidur Ramasamy bermimpi
menjadi anak gergasi.

CITA-CITA SAYA

Cita-cita saya hendak menjadi
seorang doktor.
Saya mesti belajar bersungguh-
sungguh.
Apabila sudah menjadi doktor
nanti, saya boleh nasihatkan
pesakit saya supaya amalkan
makan makanan sihat seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan.

TAMAN BUNGA IBU SAYA

Ibu saya suka tanam pokok bunga.
Halaman rumah saya penuh dengan
pokok-pokok bunga.

Setiap petang saya menyiram pokok-
pokok bunga.

Halaman rumah saya seperti taman
bunga yang sangat indah di pandang
mata.

Ibu dan ayah saya suka hati melihat
pokok-pokok bunga yang segar dan
cantik.
Ibu saya kata,‘Taman bunga
membuatkan hatinya berasa aman
dan tenang.’

KERETA TERBANG

Pagi Ahad itu Ah Chong bangun pagi.
Dia sangat gembira sambil menghirup
udara segar di jendela.

Setelah mendapat kebenaran ibu dan
ayahnya, dia terbang ke awan biru.
Ah Chong sangat gembira kerana
tanpa sokongan kedua orang tuanya
Ah Chong tidak akan dapat terbang
di awan biru bersama dengan kereta
terbang ciptaannya.

KEINDAHAN TAMAN BUNGA

Sungguh indah taman bunga yang
menghijau ini.

Menghidu bauan bunga-bungaan
yang mewangi setiap pagi.

Dihiburkan dengan kicauan burung-
burung seolah-olah sedang menyanyi-
nyanyi lagu merdu.

Diindahkan lagi dengan Sang Rama-Rama
yang berwarna-warni.
Sungguh indah!
Sungguh aman!
Buat hati rasa tenang!

KAMBING GURUN AJAIB

Ini Kambing Gurun Ajaib.
Kambing Gurun Ajaib ini namanya Lito.
Lito boleh terbang ke mana dia suka.
Lito suka bermain dengan bintang-bintang
yang bergemerlapan di langit malam.

Kadang-kadang dia menanduk bintang.
Bintang suka berkawan dengan Lito.
Lito baik hati dan tidak pandai bercakap
bohong.

HARIMAU KEMBAR SIAM

Ini Harimau Kembar Siam.
Mereka telah selamat menjalani
pembedahan pemisahan semasa
bayi lagi.

Kini Harimau Kembar Siam telah
dewasa.

Ke mana pergi mereka selalu
bersama.

Setiap petang, Harimau
Kembar Siam pergi ke sebuah
tasik untuk menghilangkan
dahaga.

Harimau Kembar Siam sayang
menyayangi di antara satu sama lain.

KELUARGA ZIRAFAH

Ini sekumpulan keluarga zirafah.
Keluarga zirafah ini sangat bahagia.
Ke mana pergi mereka berkumpulan
bersama.

Ibubapa mereka penyayang dan
bertanggungjawab.

Anak-anak dididik supaya hormat
menghormati di antara satu
sama lain.

Mereka hidup aman damai dan
berkasih sayang selamanya!

KUDA BELANG

Kesian sungguh dengan sekumpulan
kuda belang ini.

Mereka berlari sekuat hati daripada
ditembak oleh manusia yang tiada
perasaan belas kasihan.

Manusia kejam itu hanya mahu
mengaut keuntungan sahaja.

Mereka akan menjual kulit kuda
belang dengan harga yang tinggi.

Kuda belang akan pupus di muka
bumi ini jika tidak dibanteras
jenayah membunuh kuda belang.

ZOO NEGARA

Saya suka pergi ke Zoo Negara.
Di Zoo Negara ada pelbagai
haiwan hidupan liar.

Singa senyum kepada saya.
Anak zirafah sangat comel.

Saya suka tengok anak gajah
pakai topi. Sungguh comel!
Anak gajah senyum kepada saya.

Saya sangat sayang semua haiwan
yang ada di Zoo Negara.

Nanti ada peluang saya akan
datang lagi ke Zoo Negara.

IKAN LUMBA-LUMBA

Ikan Lumba-Lumba sangat cerdik.
Perangainya suka melompat-lompat
sambil menyumpit air.
Sungguh melucukan!

Saya suka sangat dengan ikan lumba-lumba.
Saya pernah bermimpi, saya duduk
di belakang ikan lumba-lumba.

Dalam mimpi tersebut ikan lumba-
lumba membawa saya mengembara
ke dasar laut yang indah lagi permai.

Ibu kata saya tidur sambil tersenyum.
Saya ceritakan mimpi saya kepada ibu
saya. Ibu pun tersenyum geli hati.

Sungguh indah permandangan di dasar aut.
Di penuhi dengan batu karang, ikan pelbagai
jenis dan warna, tapak sulaiman, siput dan
bermacam-macam lagi.

Mereka hidup bersatupadu tanpa ada
pergaduhan. Masing-masing mencari
rezeki tanpa mengambil hak penghuni
lain.

Saya suka dengan kehidupan penghuni
laut yang aman, damai dan permai.

HADIAH WAU

Ayah membeli wau untuk saya.
Wau saya cantik.

Saya suka melihat wau saya terbang tinggi.
Wau saya terbang tinggi ditiup angin.
Saya gembira.
Ayah suka hati.
Ibu senang hati.

Wau! Sukanya hati saya hari ini.
Hendaknya kegembiraan saya ini
dapat dikongsi bersama dengan
rakan-rakan yang seusia dengan saya.

Ibu-ibu …Bapa-bapa…Di luar sana
hadiahkan wau untuk anak kesayangan
anda!

Mereka pasti gembira.
Percayalah cakap saya.
Tak percaya cubalah!
Anak anda pasti gembira seperti saya.

SAYA WARGANEGARA MALAYSIA

Saya warganegara Malaysia.
Rakyat negara saya terdiri daripada
pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
India. Walaupun berbeza agama,
bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
aman damai tanpa sebarang sengketa.

Kami hidup bersatupadu, tolong
menolong dan hormat menghormati.

Perdana Menteri saya yang ke-6
namanya YAB Dato' Sri Mohd Najib
Bin Tun Haji Abd Razak.

Saya menghargai Perdana Menteri
saya kerana dapat mencetuskan
Gagasan 1Malaysia iaitu,
1Malaysia Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan.
Saya percaya Gagasan 1Malaysia
akan berjaya! Ini membuatkan negara
saya aman makmur selamanya!
Saya sayang negara saya!

Karya : RATU RIMBA NIAGARA
15 April 2013
(PUISI-PUISI IMAGINASI KANAK-KANAK KREATIF INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KANAK-KAKAK DI MALAYSIA & SELURUH BUMI NUSANTARA )

GAJAH
Karya Ratu Rimba Niagara

"KURA-KURA DALAM PERAHU,
PURA-PURA BUAT TAK TAHU;
SUDAH TIBA MASANYA PRU,
KUASA RAKYAT SEBAGAI PENENTU."

Hari itu satu mesyuarat agong KUBITAK
diadakan. KUBITAK adalah singkatan
nama kumpulan Binatang Tasik Kenyir.
KUBITAK telah diwujudkan dua puluh
dua tahun yang lalu.

Selama sudah dua puluh dua tahun
bermesyuarat agong, pada kali ini
pemilihannya begitu sengit. Ketua
Satu KUBITAK selama ini tidak pernah
tercabar tetapi pada kali ini benar-
benar tercabar.

Rata-rata mengatakan Ketua Satu KUBITAK
tidak ada harapan untuk menang justeru
mereka secara peribadi berjumpa dengan
Ketua Satu KUBITAK.

"Maafkan saya... saya ingin memberikan
cadangan kepada tuan hamba agar meletakkan
jawatan sebagai Ketua Satu KUBITAK secara
terhormat daripada gugur di mesyuarat Agong
kelak.Pihak kami akan memberi saguhati yang
amat berharga tanda terima kasihnya kami
terhadap pengunduran tuan hamba," kata wakil
KUBITAK.

"Tidak...! Hamba tidak akan mengundur diri
walau apapun yang disogokkan. Hamba
berjuang bukanlah kerana material tapi
adalah minat yang terlalu mendalam,"
tegas Ketua Satu KUBITAK.

"Tapi... tuan hamba telah memegang jawatan
Ketua Satu KUBITAK sejak bermula KUBITAK
ditubuhkan, banyak rungutan daripada
para ahli yang didengari iaitu tiada
membaharuan dalam KUBITAK masih di takuk
lama, tuan hamba kena faham itu.Tuan hamba
pun sudah tua, janganlah terlalu tamak...
berilah peluang kepada ahli lain untuk
menerajuinya."

"Tidak! Hamba akan tetap bertanding walaupun
hamba kalah dalam pengundian kelak. Tapi
hamba yakin hamba boleh menang."

Ketua Satu KUBITAK sedar kedudukannya kini
tegang kerana dia terpaksa bersaing dengan
wakil dari RASAKSA iaitu kumpulan gajah.

Desas desus yang didengari bahawa besar
kemungkinan wakil RASAKSA akan menang kerana
dalam banyak perkara RASAKSA banyak membantu
kumpulan binatang lain dari segi material.

Dalam zaman sekarang idea saja tidak mencukupi
jika tiada kekuatan yang kukuh. Telah banyak
jasa yang ditaburkan oleh Ketua Satu RASAKSA
kepada ahli-ahli bawahannya. Begitu juga
kepada ahli-ahli binatang yang lain.

Mesyuarat Agong KUBITAK dirasmikan oleh
Yang Mulia Merak. Sebelum Yang Mulia berucap
Ketua Satu KUBITAK memberi ucapan.

Ucapan kali ini amat berbeza sekali jika
dibandingkan ucapan tahun-tahun sebelumnya.
Ucapannya banyak berbaurkan sindiran sinis!
Memuji diri dari apa yang telah dikorbankan
selama ini, kekecewaan kerana ada pencabarnya
lebih-lebih lagi jika dia tewas bererti tewasnya
nanti sebagai mati seorang pejuang. Ucapannya
hampir memakan masa empat puluh lima minit.

"Ini nak berucap ke atau nak berkempen?" bisik
salah seorang pemerhati dari kumpulan seladang.

"Agaknya dia sudah kelewatan!" jawab rakannya.

"Engkau agak siapa yang menang?"

"Rata-rata mengatakan RASAKSA yang menang!
Di akhbar-akhbarpun mengatakan RASAKSA boleh
menang mengikut dari ramalan wakil yang
mengundi."

"Engkau tengok sejak dia memerintah selama
dua puluh dua tahun mana ada perubahan dalam
KUBITAK. Sepatutnya setiap tahun dia mesti
menerima cadangan-cadangan para perwakilan
tapi tidak! Cadangan perwakilan hanyalah
mencurah ke daun keladi! Cadangannya...hanya
untuk jenis binatang yang sealiran dengannya
hingga dia dikurniakan darjah kebesaran."

"Engkau dengar tu... untuk menerajui tampuk
pemerintahan mestilah mempunyai ilmu yang
kukuh kalau hanya gagah tidak akan sempurnalah!"

"Mentang-menanglah dia tu kancil yang bijak
dia tidak langsung memahami perasaaan gajah."

"Gajah dulu bukan gajah sekarang! Gajah sekarang
di samping mempunyai kekuatan, dia juga mempunyai
pengaruh yang besar untuk menaikkan nama KUBITAK
yang selama ini tidak dikenali ramai di kalangan
manusia. Kerana daya usaha gajahlah Tasik Kenyir
yang selama ini tidak dikenali ramai menjadi
tumpuan para pelancong. Dulu binatang-binatang
di sini menjadi buruan manusia tapi kini dilindungi
dan menjadi tontonan manusia."

Setelah Ketua Satu KUBITAK habis berucap,
Yang Mulia Merak pula berucap.

Antara ucapannya sedia memberi sokongan kepada
setiap aktiviti yang diadakan oleh KUBITAK dan
sedia membantu jika ada masalah yang hendak
diselesaikan. Yang Mulia dengan senang hati
menghadiahkan kepada KUBITAK sebuah Taman Bunga
seluas dua ratus hektar untuk ahli-ahli KUBITAK
beristirehat tanpa diganggu oleh manusia.
Beliau juga berharap KUBITAK akan terus maju
untuk mengharumkan nama Tasik Kenyir.

Mahupun pihak perwakilan dan pemerhati begitu
resah tidak sabar-sabar lagi menantikan keputusan.
Melihat dari suasana itu rata-rata mengatakan kancil
akan tewas yang menang gajah. Melihat dari air muka
kancil yang resah ternyata dia akan tewas manakala
gajah begitu yakin akan menang kerana penyokong-
penyokongnya begitu banyak.

Pengundian dijalankan secara tertutup. Setelah selesai
pembuangan undi, mereka berehat selama satu jam setengah.
Masing-masing bercerita sesama sendiri mengatakan kancil
akan tewas kali ini. Jika kancil tewas bererti banyaklah
perubahan KUBITAK akan berlaku secara mendadak.

Semua jenis binatang baik besar mahupun kecil akan sedia
diberi bantuan baik dari segi moral mahupun materiel agar
tidak ketinggalan untuk dikenali sebagai binatang popular.
Itulah janji gajah sekiranya dia menang.

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman siapakah
yang dipilih oleh perwakilan untuk menerajui Ketua Satu
KUBITAK yang baru.

Semuanya seperti terpaku apabila diumumkan kancil menang
42 undi manakala kajah 15 undi, undi rosak 1. Seakan tak
percaya dengan keputusan itu. Tapi itulah yang benar.
Suasana yang riuh pada awalnya menjadi muram. Seakan mereka
tidak dapat menerima dengan keputusan itu.

Jelas terbayang di wajah masing-masing kekecewaaan.
Yang mana kecewa lekas-lekas keluar dari situ.
Tidak mahu lebih lama.

Kancil tersenyum lebar apabila diumumkan sebagai pemenang.
Tapi hatinya Tuhan saja yang tahu betapa bimbangnya dia di
awal pertarungan. Kini dia boleh meneruskan perjuangannya
kembali. Barangkali dia akan membuat perubahan kerana dia
takut peristiwa ini berulang kembali.

"Saya dari kumpulan seladang ingin mengatakan yang kalah
tak semestinya ia tewas! Dan yang menang tak semestinya
ia berjaya, justeru marilah kita sama-sama berganding
bahu untuk berkerjasama di antara satu sama lain.
Janganlah jadikan pertandingan ini sebagai jalan untuk
menuju perpecahan sesama sendiri. Jadikan pemilihan pada
hari ini sebagai ikhtibar di masa-masa akan datang."

Ketua Satu RASAKSA keluar dari dewan. Di wajahnya tidak
langsung menampakkan kekecewaan. Beberapa wartawan dari
pelbagai media massa meluru kepadanya.

"Apa pendapat tuan hamba mengenai kegagalan tuan hamba
menjadi pucuk pimpinan?" Tanya merbuk dari akbar Burung.

"Ini menandakan bahawa ahli KUBITAK tidak mahu adanya
perubahan," jawabnya tenang.

"Adakah tuan hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK?"
sampuk zirafah wartawan dari majalah, "ZIRA"

"Iya hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK
walaubagai manapun idea yang ingin hamba serapkan kepada
KUBITAK akan hamba serapkan kepada RASAKSA juga. Hamba buat begini asalkan dapat mempopularkan binatang-binatang
Tasik Kenyir keseluruhannya."

Karya Ratu Rimba Niagara
28 April 2013
(CERPEN ,'GAJAH' DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU13
PADA 5 MEI 2013)

Puisi Cakarawala Sumber Inspirasi Saya

Saya suka kepada bulan kerana
bulan suka senyum kepada saya.
Saya suka bintang kerana
bintang tak jemu bersinar.

Saya suka matahari kerana
tanpa matahari hidup saya
gelap gelita.

Saya suka pelangi kerana
pelangi menceriakan hidup saya.

Saya suka semua yang ada di cakarawala
kerana semuanya telah memberi inspirasi
kepada saya untuk menghargai Pencipta saya!

Saya Bahagia
Hidup saya indah…
Seindah bulan di langit.
Hidup saya terang
Seterang bintang bergemerlapan.
Hidup saya ceria…
Seceria pelangi yang berwarna-warni.

Hidup saya bahagia...
Sebahagia matahari yang memancarkan
sinar untuk penghuni bumi.

Hidup saya setia...
Sesetia pengedaran bumi berputar
mengikut paksinya.

Hidup saya aman...
Seaman planet di galaksinya yang
berputar mengelilingi matahari mengikut
orbit masing-masing.

Kalau planet tidak mengikut orbit masing-masing
sudah pasti berlakulah pelanggaran planet-planet
di cakarawala. Akan musnahlah segalanya.

Justeru saya tidak mahu begitu!
Yang saya mahu penghuni bumi ini bahagia!
Dan sentiasa bersyukur kepada
Tuhan saya Pencipta Semesta Alam!

Karya Ratu Rimba Niagara
23 Disember 2012

PERI KECIL YANG PALING CANTIK!
DEWI SEKAR TANJUNG

Dewi Sekar Tanjung...
Kau adalah harapan ayahanda bunda
Kau harapan ibu pertiwi
Milikilah ilmu dunia akhirat
Ilmu yang mesti
Dipasakkan dalam pegangan iman mu
Yang bisa membawa mu ke Surga-Nya
Yang bisa membawa ayahanda dan bunda mu ke Surga-Nya
Yang bisa membawa seluruh umat Muhammad SAW Ke-SurgaNya
Hidup berkasih sayang karena-Nya
Berjasa bukan untuk mengharap pangkat dan ganjaran dunia
Ayahanda mu mesti berbangga denganmu
Bundamu mesti berbangga denganmu
Eyang Uti dan Eyang Kakung pun berbangga denganmu
Malah seluruh rakyat Indonesia berbangga denganmu
Kerna memiliki seorang putri bak bidadari Surga
Menabur bakti pada ibu pertiwi
Makanya senyum mu adalah
Senyuman Srikandi Indonesia
Untuk dititipkan
Pada semua anak cucu
Setelah kau tiada
Di dunia ini nanti
Makanya
Selagi ayahanda
Dan bunda mu masih ada
Teruskan perjuangan mereka sayang
Jangan pernah berputus asa
Dalam meniti hari-hari
Yang masih panjang buat mu
Duhai Peri kecil
Yang paling cantik di dunia ini...

Karya Ratu Rimba Niagara
15 April 2012
(KARYA PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK PERI KECIL YANG PALING CANTIK DI BUMI INI, ' DEWI ARUM AYU LAKSMI LAKSITARUKMI KUSUMONINGRAT
' DEWI SEKAR TANJUNG')

PUISI OH! PUISI

hehehehe
selamat siang mas....sayang...
aku nggak bisa nulis puisi...
tapi aku suka baca puisi...
puisi bikin hati ku senang
aku ketawa bila baca puisi
puisi bikin aku kenal diriku
puisi bikin aku kenal Tuhanku
puisi bikin aku sayang pada semua
puisi bikin aku sayang pada penulis puisi
hehehehe aku suka...suka...suka banget...
hehehehhehee
puisi....puisi...oh puisi ku sayang...
aku sayang kamu...
aku akan baca mu selalu
aku akan doakan si penulis puisi
diRahmati Allah dikala hidup dan matinya
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Ratu Rimba Niagara
28 April 2013
(Istimewa Buat Semua Peminat Sastra Nusantara Karyaku Di alammaya ini)

Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak

SURAT CADANGAN KEPADA PM MENGENAI ZOO NEGARA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

YAB Perdana Menteri yang disanjungi,

Di sini saya ingin melahirkan rasa dukacita yang amat sangat pabila diberitahu keadaan sebenar zoo negara. Luahan hati mereka membuatkan saya merasa sedih . Antara luahan hati mereka itu:

1) Zoo Negara sudah diswastakan. Bukankah zoo negara adalah aset negara yang harus dijagai agar rakyat jelata agar mengasihi haiwan ...memahami kehidupan haiwan di rimba dan dapat memupuk kasih sayang antara alam manusia dan alam haiwan.

2) Kerana telah diswastakan bayaran yang dikenakan terlalu mahal. Ini akan membebankan rakyat...rakyat yang tidak mempunyai wang pasti tidak mampu hendak pergi ke zoo negara.

3) Haiwan-haiwan yang ada di zoo negara tidak banyak lagi...suasana tidak seceria dulu ketika zoo negara tidak diswastakan.

4) Kerana zoo negara adalah harta dan aset negara makanya saya harap ZOO NEGARA diambil semula oleh kerajaan ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia berkunjung ke ZOO NEGARA dengan bayaran yang berpatutan .

5) Haiwan-haiwan hendaklah ditambah dan banyakkan aktiviti persembahan haiwan-haiwan yang telah dijinakkan ini pasti menceriakan hati pengunjung yang datang terutama kanak-kanak.

Pertimbangan yang sewajarnya dari Perdana Menteri amatlah diharapkan untuk mengambil semula ZOO NEGARA...jika tidak mahu diambil semula tukar sahaja nama ZOO SWASTA .

"DUNIA HAIWAN ADALAH DUNIAKU MENGHARGAI KUNIAAN TUHAN"

Sekian . Wassallam.

RATU RIMBA NIAGARA
28 April 2013

(SURAT UNTUK PM DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU13
5 MEI 2013)

Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
58 minutes ago

KEPUTUSAN KITA ITULAH TAKDIR KITA
ITULAH YANG TERSURAT TERSIRAT DI LAUHMAHFUZ

HIDUPLAH KITA DALAM DIRI KITA SENDIRI
APA MATLAMAT KITA BERHIDUP DI MUKA BUMI INI
MATLAMAT MESTI JELAS AGAR HATI TAK KABUR
ALLAH TAK AKAN MENGUBAH NASIB HAMBA-NYA SELAGI KITA TAK MENGUBAH-NYA...
MAKANYA BERANI MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK BERUBAH
ITULAH TAKDIR KITA....
TAKDIR ATAS USAHA KITA
ITULAH YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DI LAUHMAHFUZ
YAKINLAH SETIAP YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH
YANG KURANG ITU DARI DIRI SENDIRI
MAKANYA MAAFKAN HAMBA JIKA SEPANJANG PERSAHABATAN KITA WALAUPUN CUMA DI ALAM MAYA ...JIKA ADA HATI YANG TERSAKITI ...SEPULUH JARI HAMBA MOHON DIMAAFKAN KARNA NIAT HATI HAMBA MAHU BERBAKTI KEPADA SEMUA PEMBACA ALAM MAYA DENGAN KARYA-KARYA HAMBA TALISIRATURRAHIM TETAP TERJAGA INDAH MEWANGI DI HATI WALAUPUN HATI TERLARA DUKA MENCENGKAM JIWA....

OH! TUHAN AMPUNKAN AKU
AMPUNKAN SAHABAT ALAM MAYAKU
KAMI HAMBA-MU YANG TAK SEMPURNA
KARNA MASALAH DUNIA YANG REMEH TEMEH
MEMBUATKAN KAMI SALING MENYAKITI TERSAKITI HATI
SEDANGKAN NIAT AWAL KAMI MAHU MENDAPAT NUR RAHMAT KASIH-MU TAPI JADI TERLUKA HATI DENGAN BERBAHASA MAKAN HATI MEROSAK JIWA DAN IMAN
BUKAKAN HATI KAMI UNTUK SALING MEMPERBAIKI MANA YANG KHILAF DAN SALING MEMAAFKAN, KAMI TIDAK MAHU PERSELISIHAN DI ALAM MAYA INI DIBAWA HINGGA KE AKHIRAT MAKANYA AMPUNKAN KAMI YA ALLAH
KAMI INGIN MENJAGA TALISIRATURAHMI INI KARNA-MU YA ALLAH
SEBAGAI BERSYUKUR KURNIAAN DARI-MU MENEMUKAN KAMI DI ALAM MAYA UNTUK MENGIKAT TALISIRATURRAHMI HINGGA KE SYURGA ITULAH NIAT KAMI MOGA KAU MAKBULKAN YA ALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

Rakan Fbmu yang pengen setia denganmu
Yang ingin menjadi sahabat yang terbaik dunia akhiratmu,
Moga hatimu terbuka untuk menghargai persahabatan ini karna-Nya
RATU RIMBA NIAGARA
28 April 2013

PUISI DISIARKAN DIWALL PM SEMPENA PRU 13 PADA 5 MEI 2013 &
SEMUA PEJUANG SASTRA NUSANTARA KARYA RATU RIMBA NIAGARA 
(KARYA-KARYA INI JUGA UNTUK SEMUA CUCUNDA SENUSANTARA TERCINTA
SAYANG NENDA PADA SEMUA CUCUNDA SAMPAI SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN) 
28 April 2013
www

0 comments:

Post a Comment

 
;