NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (427) , TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA (138)
PERKERJA KAU BERJUANG UTNUK MENYARA KELUARGA TERCINTA.
- Recent Posts by Others on Najib RazakSee All
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
SELAMAT HARI PEKERJA YB ALAMMAYA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 'BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DEMI TUHAN'
Selamat hari pekerja YB Alammaya Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Terima kasih atas ucapan mu duhai rakyat setia pembaca karyaku di alammaya
Kami semua bekerja dibayar gaji ... adakah YB Ratu Rimba dibayar gaji oleh majikan?
Tidak duhai rakyat alammayaku...
Habis tu bagaimana YB hendak membela kami sedangkan YB pun tak dibayar gaji...
Tak apalah ....
Kenapalah tak apalah ...adakah YB sudah cukup kaya hingga tak perlukan wang?
Wang itu perlu...tapi hidupku dari dulu hingga sekarang bertawakal kepada Allah
Tak dibayar gaji bertawakal kepada Allah ..tak faham kami duhai YB...
Hidupku ibarat...sepohon pokok yang tak berbuah tapi aku perlukan buah itu juga
kugegar semampu daya pohon yang tak berbuah itu ...itulah gajiku
Lagi kami tak faham....pokok yang tak berbuah diguncang semampu daya itulah gaji YB
Kalau kamu tak faham tak apalah ...biar mereka yang faham saja faham...ha sekarang apa masalah kamu sebagai pekerja biar YB sampaikan kepada pemimpin kalian...
manalah tahu didengari....semua masalah selesai lagipun kerajaan dahulukan rakyat
Masalah kami akan selesai jika YB sudah dibayar gaji...itu barulah win...win...
YB bela kami ...kami juga nak bela YB....YB sayang kami ...kami juga sayang YB...
Bawa bertenang ye...ini yang susah nak jawab ...pening jadinya jawab salah tak jawab salah makanya... cukuplah gaji YB dibayar oleh Allah Azzawajallah
Kerana gaji YB dibayar Allah Azzawajallah makanya...YB berehat kami pulak ambil tempat YB macam mana...kami yang akan usulkan agar YB dibayar gaji...jika tak dibayar gaji...kami nak mogok kerja....
Waduh....waduh...rakyatku bisa pusing dech...jangan gitu...biar aku seorang yang tak dibayar gaji asalkan kalian semua dibayar gaji dengan sepatutnya oleh majikan kalian ye....pantun hari pekerja sudahpun YB siarkan di laman Perdana Menteri moga mendapat perhatian darinya sempena HARI PEKERJA & PRU KE-13
Tambah lagi satu untuk YB Alammaya Yang Kami Kasihi Mengistiharkan HARI PENULIS
Itu pandai kamulah ....YB sejujurnya untuk kepentingan YB sendiri mahu dilupakan kerana YB berkhidmat untuk rakyat demi Tuhan...moga faham ye rakyat alammayaku.
Ini pantun yang YB karangkan istimewa untuk kalian yang tersayang semua duhai rakyat alammayaku baca dan hayati...moga ada perubahan kehidupan kalian sekeluarga ....Aamiin.
PEKERJA MEREALISASIKAN TRANSFORMASI NEGARA
Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,
Berkerjalah dengan setulus ikhlas ;
Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
Moga budimu Allah membalas.
Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Justeru ada Negara adalah pekerja;
Apa pun bidang kerja sumbangannya pada Negara,
Kerajaan tidak dapat dipisahkan dengan pekerja.
Kerajaan pembela nasib pekerja,
Pekerja kerajaan dilayan seperti anak emas;
Tepat masa pulang habislah kerja,
Kerajaan naikkan gaji juga diberi bonus.
Untungnya sungguh pekerja kerajaan,
Kerja senang tak banyak cabaran;
Rakyat datang jangan cepat baran,
Pekerja berbudi bahasa menjadi pujaan.
Rakyat datang mahu berurusan,
Berurusan dengan penjawat awam;
Menunggu lama amat membosankan,
Membosankan berurusan penjawat awam.
Gaji nak bonus pun nak,
Tapi kerja tak setimpal gaji;
Bonus tak dapat mula memberontak,
Pekerja cemerlang kerajaan tetap memuji.
Kerajaan menyeru penjawat awam ,
Semua pekerjanya lakukan transformasi;
Demi kecemerlangan Negara dan orang awam,
Negara maju kerana pekerja berdedikasi.
Malang sungguh pekerja swasta,
Masih ada juga sistem penghambaan;
Bekerja separuh mati gaji entah ke mana,
Kejamnya majikan tak ada perasaan.
Di era Negara maju serba moden,
Majikan untung berlipat ganda;
Gaji pekerja mereka tak naikkan,
Derita pekerja menyara keluarga.
Kerja separuh mati tak setimpal gaji,
Demi kehidupan teruskan juga;
Bos menghendik juga mengeji,
Hati merintih ditahankan juga.
Hati merintah ditahankan juga,
Demi meneruskan sebuah kehidupan;
Sanggup bersusah demi keluarga,
Mengharapkan sinar cahaya di masa depan.
Sabar pekerja menahan cabaran,
Menghadapi majikan yang tamak haloba;
Salah sikit dah panas baran,
Pekerja bersabar dalam kesempitan.
Gaji diberi tidak mencukupi,
Untuk menyara kehidupan keluarga;
Padahal majikan hidup serba mencukupi,
Sumbangan pekerja tidak berharga.
Mogok pekerja bos yang susah,
Mogok bos pekerja tak bergaji;
Hidup pekerja semakin susah,
Negara moden selalu tak begini.
Hari-hari bekerja demi sesuap nasi,
Mencari nafkah keluarga tercinta;
Setiap tahun bos menabur janji basi,
Memberi bonus semuanya helah belaka.
Mana lagi tempat hendak mengadu,
Pekerja malang derita tanggung sendiri;
Syukurlah ada hamba Allah ambil tahu,
Membela pekerja tidak dibiarkan sendiri.
Segala masalah mengadu kepada WNK,
Berjuang habis- habisan demi pekerja;
Berhujan berpanas sanggup bertekak,
Asalkan terbela nasib pekerja.
Dikutuk dihina tidak diambil peduli,
Memperjuangkan nasib pekerja bermati-matian;
Terbela nasib pekerja kepuasan di hati,
Kemenanganmu sentiasa kami nantikan.
Ya Tuhan jika kami di pihak yang benar,
Berilah kami kekuatan dan keazaman;
Moga rintihan kami mereka mendengar,
Bahagialah kami demi sebuah kehidupan.
Doa orang teraniaya tanpa hijab,
Hidup bersandar kepada Allah semata;
Berusaha bertawakal doa mustajab,
Berjuang tetap berjuang demi pekerja tercinta.
Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Saling faham memahami demi Negara;
Antara pekerja majikan juga kepimpinan Negara,
Kerana pekerja penentu masa depan Negara.
Pekerja penentu masa depan Negara,
Itu tidak dapat dinafikan mana-mana Negara;
Rakyat dibela diperjuangkan demi Negara,
Pekerja merealisasi tranformasi Negara
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2013
(Puisi DiIlhamkan Sempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja SEDUNIA 1 MEI 2013
Disiarkan Di Wall PM Sempena PRU Ke-13 PADA 5 MEI 2013)
0 comments:
Post a Comment