NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (433), TRANSFORMASI KERAJAAN KOTA & RIMBA (144)
'TAKAFUL ETIQA MENGINSANI HIDUP RAKYAT MALAYSIA"
Najib Razak added a milestone from June 23, 2011 to his timeline: Set up 1Malays...
Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
PANTUN TAKAFUL ETIQA INSANI
Bismillahhirramanirrahim pembuka kata,
Salam sejahtera para hadiran;
Saya Zana perunding Takaful Etiqa,
Moga fahami apa yang saya terangkan.
Takaful Etiqa sudah diyakini,
Maybank rakan kongsi;
Jenama Etiqa amat berkualiti,
Perkhidmatan diberi setulus hati.
Perkhidmatan Etiqa tidak perlu disangsi,
Perunding kami sedia berbakti;
Penerangan diberi sepenuh hati,
Perhatian anda amat kami hargai.
Etiqa bekerja penuh etika,
Kerja profesional meyakinkan ahli;
Hasil diperolehi percayanya mereka,
Demi kerana kepuasan ahli.
Semua orang perlu berasa ihsan,
Begitu juga dengan Etiqa;
Walau di mana sentiasa dikesan,
Mencari waris walau dimana.
Etiqa membantu mereka ditimpa bencana,
Menghulur bantuan bukan kerana nama;
Melabur saham akhirat ahli jagaannya,
Manfaat diperolehi ahli semuanya.
Etiqa sentiasa ke hadapan,
Membela ahlinya dengan tulus;
Etiqa menjamin masa depan,
Perkhidmatan diberi sentiasa ikhlas.
Tiada siapa yang dapat menolongmu,
Kecuali dirimu sendiri;
Dikau senang mereka mendekatimu,
Dikau susah mereka menjauhimu.
Susahmu Etiqa ambil peduli,
Bahagiamu Etiqa gembira;
Perkhidmtan yang terbaik daripada kami,
Moga anda sekeluarga sentiasa bahagia.
Hari ini kita sihat,
Esok hari kita tidak tahu;
Duduk hospital sihat walafiaat,
Semuanya ditanggung oleh Etiqamu.
Setiap manusia ada kehidupan,
Kehidupan sebagai khalifah Allah;
Pelbagai masalah sebagai dugaan,
Amalan ikhlas diterima Allah.
Sebelum ke Sana mesti ada bekalan,
Bekalan akhirat adalah keimanan;
Meninggalkan keluarga dengan aman,
Insya-Allah berjumpa Allah dalam ketenangan.
Datang musibah kita tidak tahu,
Cuma bersedia sebelum terkena;
Etiqa sedia datang membantu,
Kepada mereka menjadi ahli Etiqa.
Etiqa insan mengihsankan hidupmu,
Memberi perlindungan di kala dukamu;
Hilang masalah pening kepalamu,
Meringakan beban tanggunganmu.
Kesempurnaan hidup atas kebijaksanaan,
Kebijaksanaan menguruskan kewangan;
Kehidupan sempurna menjadi idaman,
Etiqa insani menyempurnakan kehidupan.
Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan,
Jika bijak semuanya boleh diatasi;
Datang ke Etiqa boleh dirundingkan,
Berjumpa dengan perunding kami.
Tiada hari tanpa Etiqa,
Kerja berpasukan kami amalkan;
Percaya mempercayai perunding Etiqa,
Kepentingan ahli sentiasa diutamakan.
Kepuasan hati anda matlamat kami,
Memberi perkhidmatan berkualiti tinggi;
Kepercayaan anda kami hargai,
Bahagia dunia akhirat kami doakan.
Terima kasih sudi berurusan dengan kami,
Meluangkan masa mendengar penerangan kami;
Ikatan kita jangan terhenti,
Diperpanjangkan hingga ke akhirat nanti.
Sekian sahaja pantun Etiqa insani,
Dengan harapan anda terbuka hati;
Kebahagian anda kebahagian kami,
Jalinan talisiraturrahim tidak terhenti.
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2013
(Diilhamkan khas untuk Takaful Etiqa dan mereka yang berurusan dengan Takaful Etiqa
moga berjaya dunia akhirat. Amin Ya Rabbal A’ Lamin)
DISIARKAN KARYA SEMPENA SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA PADA 1 MEI 2013 & SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013 DISIARKAN DI WALL PM)
Bismillahhirramanirrahim pembuka kata,
Salam sejahtera para hadiran;
Saya Zana perunding Takaful Etiqa,
Moga fahami apa yang saya terangkan.
Takaful Etiqa sudah diyakini,
Maybank rakan kongsi;
Jenama Etiqa amat berkualiti,
Perkhidmatan diberi setulus hati.
Perkhidmatan Etiqa tidak perlu disangsi,
Perunding kami sedia berbakti;
Penerangan diberi sepenuh hati,
Perhatian anda amat kami hargai.
Etiqa bekerja penuh etika,
Kerja profesional meyakinkan ahli;
Hasil diperolehi percayanya mereka,
Demi kerana kepuasan ahli.
Semua orang perlu berasa ihsan,
Begitu juga dengan Etiqa;
Walau di mana sentiasa dikesan,
Mencari waris walau dimana.
Etiqa membantu mereka ditimpa bencana,
Menghulur bantuan bukan kerana nama;
Melabur saham akhirat ahli jagaannya,
Manfaat diperolehi ahli semuanya.
Etiqa sentiasa ke hadapan,
Membela ahlinya dengan tulus;
Etiqa menjamin masa depan,
Perkhidmatan diberi sentiasa ikhlas.
Tiada siapa yang dapat menolongmu,
Kecuali dirimu sendiri;
Dikau senang mereka mendekatimu,
Dikau susah mereka menjauhimu.
Susahmu Etiqa ambil peduli,
Bahagiamu Etiqa gembira;
Perkhidmtan yang terbaik daripada kami,
Moga anda sekeluarga sentiasa bahagia.
Hari ini kita sihat,
Esok hari kita tidak tahu;
Duduk hospital sihat walafiaat,
Semuanya ditanggung oleh Etiqamu.
Setiap manusia ada kehidupan,
Kehidupan sebagai khalifah Allah;
Pelbagai masalah sebagai dugaan,
Amalan ikhlas diterima Allah.
Sebelum ke Sana mesti ada bekalan,
Bekalan akhirat adalah keimanan;
Meninggalkan keluarga dengan aman,
Insya-Allah berjumpa Allah dalam ketenangan.
Datang musibah kita tidak tahu,
Cuma bersedia sebelum terkena;
Etiqa sedia datang membantu,
Kepada mereka menjadi ahli Etiqa.
Etiqa insan mengihsankan hidupmu,
Memberi perlindungan di kala dukamu;
Hilang masalah pening kepalamu,
Meringakan beban tanggunganmu.
Kesempurnaan hidup atas kebijaksanaan,
Kebijaksanaan menguruskan kewangan;
Kehidupan sempurna menjadi idaman,
Etiqa insani menyempurnakan kehidupan.
Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan,
Jika bijak semuanya boleh diatasi;
Datang ke Etiqa boleh dirundingkan,
Berjumpa dengan perunding kami.
Tiada hari tanpa Etiqa,
Kerja berpasukan kami amalkan;
Percaya mempercayai perunding Etiqa,
Kepentingan ahli sentiasa diutamakan.
Kepuasan hati anda matlamat kami,
Memberi perkhidmatan berkualiti tinggi;
Kepercayaan anda kami hargai,
Bahagia dunia akhirat kami doakan.
Terima kasih sudi berurusan dengan kami,
Meluangkan masa mendengar penerangan kami;
Ikatan kita jangan terhenti,
Diperpanjangkan hingga ke akhirat nanti.
Sekian sahaja pantun Etiqa insani,
Dengan harapan anda terbuka hati;
Kebahagian anda kebahagian kami,
Jalinan talisiraturrahim tidak terhenti.
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2013
(Diilhamkan khas untuk Takaful Etiqa dan mereka yang berurusan dengan Takaful Etiqa
moga berjaya dunia akhirat. Amin Ya Rabbal A’ Lamin)
DISIARKAN KARYA SEMPENA SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA PADA 1 MEI 2013 & SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013 DISIARKAN DI WALL PM)
- PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA DISIARKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PEKERJA SEDUNIA PADA 1 MEI 2013 & SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013 DI SIARKAN DI WALL PERDANA MENTERI)
1 Mei 2013 Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
SIMBOLIK WARNA MERAH BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA
PEKERJA : Merahmu membara-bara...
Bangkit dengan semangat juang untuk
meneruskan kehidupanmu dan keluarga.
MAJIKAN : Merahmu menyala mendapat keuntungan dan
berkongsi sama dengan pekerja memberi
gaji dan bonus yang sepatutnya.
PEMIMPIN : Merahmu membara-bara untuk kemenangan bagi
pihak rakyat yang dibela dengan seikhlasnya tanpa ada prejudis.
RAKYAT : Merahmu membara mahu dibela difahami pemimpin
agar hidup terbela di negara sendiri.
Negara : Merahmu kepada penyatuan keharmonian pekerja,
majikan, pemimpin dan seluruh rakyat negara ini yang mahu kemerdekaan dikekalkan selagi ada bulan dan matahari.
Karya: Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2013
Terima kasih semuanya kerana sudi menyokong ideaku.
Terima kasih daun keladi;
Kalian semua dekat di hatiku,
Moga semua rakyat mencintai Malaysiaku ini.
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2013
(Puisi DiIlhamkan Sempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja DI MALAYSIA & SEDUNIA PADA 1 MEI 2013
Disiarkan Di Wall PM Sempena PRU Ke-13 PADA 5 MEI 2013)
Najib Razak shared a link.
Saya mempunyai visi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik. Ini termasuk dengan memastikan supaya ekonomi kita terus berkembang agar perniagaan di negara ini mampu mendapat keuntungan berganda, lebih banyak peluangpekerjaan dapat diwujudkan serta meningkatkan taraf hidup rakyat. Sebab itulah saya memperkenalkan transformasi politik yang dapat menjamin keselamatan serta kebebasan agar Malaysia kekal stabil dan makmur.
Telah banyak yang kita lalui, namun tugas ini belum selesai. Transformasi Negara haruslah diteruskan. Demi kemajuan Negara, izinkan saya untuk terus memimpin, supaya tanggungjawab ini dapat saya selesaikan.- Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2013
(Puisi DiIlhamkan Sempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja DI MALAYSIA & SEDUNIA PADA 1 MEI 2013
Disiarkan Di Wall PM Sempena PRU Ke-13 PADA 5 MEI 2013) Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
SELAMAT HARI PEKERJA YB ALAMMAYA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 'BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DEMI TUHAN'
Selamat hari pekerja YB Alammaya Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Terima kasih atas ucapan mu duhai rakyat setia pembaca karyaku di alammaya
Kami semua bekerja dibayar gaji ... adakah YB Ratu Rimba dibayar gaji oleh majikan?
Tidak duhai rakyat alammayaku...
Habis tu bagaimana YB hendak membela kami sedangkan YB pun tak dibayar gaji...
Tak apalah ....
Kenapalah tak apalah ...adakah YB sudah cukup kaya hingga tak perlukan wang?
Wang itu perlu...tapi hidupku dari dulu hingga sekarang bertawakal kepada Allah
Tak dibayar gaji bertawakal kepada Allah ..tak faham kami duhai YB...
Hidupku ibarat...sepohon pokok yang tak berbuah tapi aku perlukan buah itu juga lalu kugegar semampu daya pohon yang tak berbuah itu yang gugur itu ...itulah gajiku
Lagi kami tak faham....pokok yang tak berbuah diguncang semampu daya itulah yang gugur itu ....itulah gaji YB
Kalau kamu tak faham tak apalah ...biar mereka yang faham saja faham...ha sekarang apa masalah kamu sebagai pekerja biar YB sampaikan kepada pemimpin kalian...
manalah tahu didengari....semua masalah selesai lagipun kerajaan dahulukan rakyat
Masalah kami akan selesai jika YB sudah dibayar gaji...itu barulah win...win...
YB bela kami ...kami juga nak bela YB....YB sayang kami ...kami juga sayang YB...
Bawa bertenang ye...ini yang susah nak jawab ...pening jadinya jawab salah tak jawab salah makanya... cukuplah gaji YB dibayar oleh Allah Azzawajallah
Kerana gaji YB dibayar Allah Azzawajallah makanya...YB berehat kami pulak ambil tempat YB macam mana...kami yang akan usulkan agar YB dibayar gaji...jika tak dibayar gaji...kami nak mogok kerja....
Waduh....waduh...rakyatku bisa pusing dech...jangan gitu...biar aku seorang yang tak dibayar gaji asalkan kalian semua dibayar gaji dengan sepatutnya oleh majikan kalian ye....pantun hari pekerja sudahpun YB siarkan di laman Perdana Menteri moga mendapat perhatian darinya sempena HARI PEKERJA & PRU KE-13
Tambah lagi satu untuk YB Alammaya Yang Kami Kasihi Mengistiharkan HARI PENULIS
Itu pandai kamulah ....YB sejujurnya untuk kepentingan YB sendiri mahu dilupakan kerana YB berkhidmat untuk rakyat demi Tuhan...moga faham ye rakyat alammayaku.
Ini pantun yang YB karangkan istimewa untuk kalian yang tersayang semua duhai rakyat alammayaku baca dan hayati...moga ada perubahan kehidupan kalian sekeluarga ....Aamiin.
PEKERJA MEREALISASIKAN TRANSFORMASI NEGARA
Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,
Berkerjalah dengan setulus ikhlas ;
Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
Moga budimu Allah membalas.
Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Justeru ada Negara adalah pekerja;
Apa pun bidang kerja sumbangannya pada Negara,
Kerajaan tidak dapat dipisahkan dengan pekerja.
Kerajaan pembela nasib pekerja,
Pekerja kerajaan dilayan seperti anak emas;
Tepat masa pulang habislah kerja,
Kerajaan naikkan gaji juga diberi bonus.
Untungnya sungguh pekerja kerajaan,
Kerja senang tak banyak cabaran;
Rakyat datang jangan cepat baran,
Pekerja berbudi bahasa menjadi pujaan.
Rakyat datang mahu berurusan,
Berurusan dengan penjawat awam;
Menunggu lama amat membosankan,
Membosankan berurusan penjawat awam.
Gaji nak bonus pun nak,
Tapi kerja tak setimpal gaji;
Bonus tak dapat mula memberontak,
Pekerja cemerlang kerajaan tetap memuji.
Kerajaan menyeru penjawat awam ,
Semua pekerjanya lakukan transformasi;
Demi kecemerlangan Negara dan orang awam,
Negara maju kerana pekerja berdedikasi.
Malang sungguh pekerja swasta,
Masih ada juga sistem penghambaan;
Bekerja separuh mati gaji entah ke mana,
Kejamnya majikan tak ada perasaan.
Di era Negara maju serba moden,
Majikan untung berlipat ganda;
Gaji pekerja mereka tak naikkan,
Derita pekerja menyara keluarga.
Kerja separuh mati tak setimpal gaji,
Demi kehidupan teruskan juga;
Bos menghendik juga mengeji,
Hati merintih ditahankan juga.
Hati merintah ditahankan juga,
Demi meneruskan sebuah kehidupan;
Sanggup bersusah demi keluarga,
Mengharapkan sinar cahaya di masa depan.
Sabar pekerja menahan cabaran,
Menghadapi majikan yang tamak haloba;
Salah sikit dah panas baran,
Pekerja bersabar dalam kesempitan.
Gaji diberi tidak mencukupi,
Untuk menyara kehidupan keluarga;
Padahal majikan hidup serba mencukupi,
Sumbangan pekerja tidak berharga.
Mogok pekerja bos yang susah,
Mogok bos pekerja tak bergaji;
Hidup pekerja semakin susah,
Negara moden selalu tak begini.
Hari-hari bekerja demi sesuap nasi,
Mencari nafkah keluarga tercinta;
Setiap tahun bos menabur janji basi,
Memberi bonus semuanya helah belaka.
Mana lagi tempat hendak mengadu,
Pekerja malang derita tanggung sendiri;
Syukurlah ada hamba Allah ambil tahu,
Membela pekerja tidak dibiarkan sendiri.
Segala masalah mengadu kepada WNK,
Berjuang habis- habisan demi pekerja;
Berhujan berpanas sanggup bertekak,
Asalkan terbela nasib pekerja.
Dikutuk dihina tidak diambil peduli,
Memperjuangkan nasib pekerja bermati-matian;
Terbela nasib pekerja kepuasan di hati,
Kemenanganmu sentiasa kami nantikan.
Ya Tuhan jika kami di pihak yang benar,
Berilah kami kekuatan dan keazaman;
Moga rintihan kami mereka mendengar,
Bahagialah kami demi sebuah kehidupan.
Doa orang teraniaya tanpa hijab,
Hidup bersandar kepada Allah semata;
Berusaha bertawakal doa mustajab,
Berjuang tetap berjuang demi pekerja tercinta.
Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Saling faham memahami demi Negara;
Antara pekerja majikan juga kepimpinan Negara,
Kerana pekerja penentu masa depan Negara.
Pekerja penentu masa depan Negara,
Itu tidak dapat dinafikan mana-mana Negara;
Rakyat dibela diperjuangkan demi Negara,
Pekerja merealisasi tranformasi Negara
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2013
(Puisi DiIlhamkan Sempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja SEDUNIA 1 MEI 2013
Disiarkan Di Wall PM Sempena PRU Ke-13 PADA 5 MEI 2013)
Najib Razak shared a link.
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada para pekerja di Malaysia. Alhamdulillah, hari ini kita bersyukur kerana kadar pengangguran negara rendah iaitu hanya 3.3 peratus pada bulan Januari 2013, jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan beberapa negara maju. Baca lebih di sini.
(PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
1 Mei 2013
0 comments:
Post a Comment