Thursday, 4 July 2013

GURISAN CINTA MENGGURISKAN & MEMBAHAGIAKAN HATI HAWA




GURISAN-GURISAN CINTA MENGGURISKAN & MEMBAHAGIAKAN HATI HAWA

Mana ada Hawa yang tak cintakan Adam
Hawa diciptakan Allah swt dari tulang rusuk kiri Adam
menghabiskan usianya setia sehingga nafas terakhir mencintai Adam
melayani Adam seperti Bidadara Syurga
tidak terpikir di benak Hawa kecewakan Adam
yang ada cinta...cinta...cinta sepenuh jiwa raga
tiada niat tuk mendurhakai cinta
Hawa bila sudah jatuh cinta pada Adam
cinta sampai Syurga
itu prinsip cinta Hawa
tapi kenapa Adam begitu?
tak seperti Adam di Syurga mencintai Hawa sepenuh hati?
di Syurga Adam bersyukur kepada Allah swt  diKurniakan Hawa tuk dicintai
tapi di dnia ini Adam ....melukai cinta Hawa
hingga Hawa benci pada Adam ...benci pada cinta Adam
baginya  Adam semuanya sama tak ada yang setia cinta
bila Hawa sudah dimamah usia...tiada kecantikan lagi
mencari pengganti cinta Hawa yang cantiknya bagaikan bidadari
kasihan Hawa hidup kesendiriaan
menjalani sisa-sisa hidup tanpa cinta
tanpa kasih sayang daripada seorang yang bergelar Adam

Duhai Adam dunia...
inikah balasan kau pada cinta Hawa yang setia padamu
yang menganggap kaulah Adam
sanggup susah senang bersama Hawa...
tapi bila Allah tarik kecantikan Hawa
kau terus berubah cinta
mencari cinta lain
adakah tika kau melamar cinta Hawa suatu tika dulu karna kecantikkan
benarlah kau jatuh cinta karna kecantikan
bukan sejujurnya cinta karna Allah Taala
kalau tidak tak mungkin kau lepaskan cinta Hawa begitu saja

Duhai Adam dunia....
Hawa tak kisah jika karna hilangnya kecantikan menyebabkan hatimu berubah
lalu kau memiliki dia yang kau cinta
tapi kenapa harus dilepaskan cinta Hawa
Hawa memahami arti takdir
memiliki cinta Adam yang dibagi sama dengan Hawa lain
dua ke tiga ke empat ke tak kisah tuk Adam berbagi cinta
asalkan adil ...mampu...
Allah swt telah membenarkan
siapa Hawa tuk menghalang-Nya

Duhai Adam dunia....
hendak berbagi cinta dan kasih sampai empat silakan...
jika mampu ...
tapi pastikan cintamu pada Allah swt mengatasi segala-NYa
jangan rasa ada takut pada Hawa-Hawa yang bergelar bidadarimu
jika kamu rasa takut hentikan untuk memiliki cinta Hawa lebih daripada satu

Duhai Adam dunia...
Hawa bukan mahukan
Kegantenganmu
Darjatmu
Kekayaanmu
Kekuasaanmu

Hawa cuma mahukan ketakwaanmu pada Allah swt
melebihi segalanya itu yang Hawa mahukan
ada yang lebih berharga yang kamu miliki
menjadi idaman Hawa kenapa memilihmu sebagai Adam bidadaranya...
agar dia dapat menyambung percintaannya sampai Syurga...
ketahuilah Adam ....dia mahu Adam meredhoi hidup dan matinya
itulah kunci Pintu Syurga yang akan kau berikan padanya
sebelum dia bergelar bidadari Syurga yang setia menantimu di Pintu Syurga.

Duhai Adam moga kaulah Adam yang dinantikan Hawa untuk
menerima Kunci Pintu Syurga itu....
Subhanallah Syukur Hawa kepada Tuhan Mengurniakan cinta Adam
tuk bersama menyambung percintaan di Syurgawi.

Indahnya pelangi cinta dari Syurga
indahnya cinta yang mencintai Hawa Lilllahi Taala....
Syurga milik Adam & Hawa abadi selamanya tanpa penghujung
indahnya cinta karna Allah
mendapat redha-Nya
mendapat redho Adam ...
mendapat kunci Pintu Syurga
Syukurlah Adam, Hawa menerima cintamu bukan
karna Adam miliki pesona dunia
tapi Adam miliki Pintu Kunci Syurga
moga Kunci Pintu Syurga itu diberi ikhlas kepada Hawa
yang sebenarnya cinta pada Adam yang berhati Syurga.


KARYA RATU RIMBA NIAGARA
26 Syaaban 1434H
5 Julai 2013M (Jumaat)


0 comments:

Post a Comment

 
;