Saturday, 6 July 2013

KUSAMPAIKAN SALAM SILATURRAHIMKU DI BALIK BAYU MEGA SENJA ALAMMAYA!




KUSAMPAIKAN SALAM SILATURRAHIMKU DI BALIK BAYU MEGA SENJA ALAMMAYA!

Indahnya Islam
saling menggalakkan hamba-Nya saling bekerjasama
dalam hati yang penuh dengan belas kasihan dan berkasih sayang
berpadu kasih sayang sejati semuanya Lillahi Taala
tiada niat sebesar zarrah pun untuk menganiayai atau menzalimi
yang ada sama-sama hidup berukhuwah talisiraturrahim dalam kasih sayang
sebab itu salah satu soalan di kubur ditanyakan
siapakah saudara kamu
jika kita tidak dapat menjawabnya
karena semasa hidup kita tidak peka dengan pentingnya silaturrahim
amatlah rugi sama sekali perjuangan semasa kita berhidup
sebab itu setiap daripada kita mesti pasakkan di jiwa
saling bertalisiraturrahim kerana Allah Taala
TALISIRATURRAHIM SAMPAI MATI TALI SIRATURRAHIM SAMPAI KUBUR
TAILIRATURRAHIM SAMPAI SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN

Tiada alasan untuk kita menafikan talisiraturrahim
walaupun hati terluka dilukai kecewa
kita dengan terbuka hati mahu memaafkan
dan sentiasa meminta maaf...

Ini yang saya takuti jika talisiraturrahim saya terputus atau diputuskan
saudara seislam saya di alam realiti atau di alam maya....

Saya tertanya-tanya diri saya
adakah saya tergolong daripada hamba-Nya yang menjaga talisiraturrahim
atau yang selalu memutuskan talisiraturrahim?

Tidak akan bau Syurga bagi mereka yang memutuskan talisiraturrahim
beramal banyak mana sekalipun tidak akan masuk Syurga
kerana tidak menjaga talisiraturrahim

Dalam hal ini saya selalu muhasabah diri saya
persoalan itu membelenggu diri saya sendiri...

Soalan yang saya tanya pada diri saya sendiri,
"Kau bilang..kau menyanjungi silaturrahim
tapi kau sendiri memutuskan silaturrahim dan
tidak menerima mereka yang mahu bertalisiraturrahim denganmu
adakah kamu layak masuk Syurga Allah duhai hamba Allah?"

Menangis aku hiba
memang benar kata-kata soalan itu..

Hampir seribu orang yang add untuk menjadi rakan fbmu
kenapa kamu tak terima saja?
semua orang suka ramai kawan tapi kamu tidak
malah kawan fb kamu yang ada kamu removekan
tak kira mereka berdarjat apa sekalipun..engkau sewenangnya
removekan mereka...janganlah kamu berkata silaturrahim sampai mati
sampai kubur ...sampai Syurga...belum sampai mati kamu sudah memutuskan
talisiraturrahim....

Sejujurnya aku memang hamba-Nya yang lemah terlalu lemah...
bukan aku saja tak terima...
laman fb aku adalah medan juang aku bersastra
jadi aku cuma terima mereka yang punya niat yang sama
mahu berjuang mendukung perjuangan sastraku sahaja
jika mereka tidak memberi impak apa-apa dalam dunia sastraku
aku terpaksa mencari pejuang rakan fb yang lain
yang nawaitunya mahu membantu aku walau pun
dengan sebuah ide atau komentar yang bernas itupun sudah memadai
ini bukan setakat komentar ...like pun tak mahu
bukan aku suruh dia puji melambung-lambung karya aku sampai aku terjelepuk
tidak sama sekali...
sampai aku hantarkan karya-karyaku di wall mereka
masih lagi membisu seribu bahasa
seolah antara aku dan dia tiada wujudnya rakan fb
yang lebih teruk sekali...
mula-mula jadi rakan fbku beri komentar
lepas itu terus senyap aku tak tahu kenapa jadi begitu
jadi aku mengambil keputusan
mencari rakan fb yang lain
tapi dalam hati tiada niat untuk memutuskan talisiraturrahim
nauzubillah jika aku ada niat begitu...

Moga Allah ampunkan aku
dan yang pernah menjadi rakan fbku maafkan aku
percayalah di hati ini kalian masih lagi kukasihi kusayangi
kita bertalisiraturrahim sampai mati sampai kubur
In Shaa Allah sampai Syurga...
Kita cuma terpisah kasih terdinding di dindingkan oleh
bayu mega senja alam maya
tapi hati kita tetap berkasih sayang bersaudara seislam
sepertimana yang Allah mahukan ...percayalah...

Moga kuharapkan dari kalian tolong doakan aku di balik
dinding bayu mega senja alammaya agar aku
berjaya mencapai cita-citaku dalam bidang sastra yang kuminati ini

Sekian Salam Sejuta Kemaafan
Salam Ramadhan
Moga Ramadhan kita Allah terima sebagai bekalan kita di negeri Abadi AAmiin.

Rakan pujanggamu yang mahukan ketenangan jiwa,
Ratu Rimba Niagara,
27 Syaaban 1434H
6 Julai 2913M

0 comments:

Post a Comment

 
;