Friday, 5 July 2013

ALLAH MAHA MENGETAHUI TIAP-TIAP SESUATU, SEBESAR LAUTAN TINGGI OMBAKNYA ...SETINGGI LANGIT BESARLAH DUGAAN...JIKA DEMIKIAN ANAKANDA IZINKAN KARYA BONDA DI WALL



PERSAHABATAN ANTARA DUA DARJAT

KEHEBATAN UKHUWAH FILLAH

Assalamualaikum ....

Buatmu sahabatku....
Jangan pernah lupakan dan tinggalkanku...

Maafkan aku dan doakan aku...

"Hargailah sahabat..."
* Maafkan apabila salah
* Fahami apabila keliru
* Nasihat apabila leka
* Tegur apabila salah
* Ingat apabila sunyi
* Doa apabila rindu

Itulah kehebatan UKHUWAH FILLAH....

SAHABAT TALISIRATURRAHIM KITA MASIH MEWANGI DI HATI INI

Waalaikummussalam sahabatku
Moga Rahmat Allah sentiasa dilimpahi kepada kita berdua
Sahabat sudah lama kita tidak bertanya kabar
Apa kabarmu di sana
Moga sihat hendaknya

Sahabat maafkan aku sahabat
Kerana kita saling tidak sapa menyapa
Atas kesibukan atau keterlukaan hati dalam berbahasa maya
Kau sepikan aku
Aku sepikan kamu
Kita sama-sama sepi menyepi
Dan akhirnya kau terus sepikan aku
Aku terus kehilangan mu di alam maya

Sahabat ...semenjak kau tiada
Walaupun cuma sekadar alam maya
Aku benar-benar terseksa
Sedangkan pada awalnya
Perkenalan kita penuh dengan ceria
Saling bertegur sapa
Saling bertanya kabar...
Sesungguhnya aku amat bahagia
Seolah kaulah sahabatku sampai mati

Sahabat ...kusangkakan panas hingga ke petang
Tapi rupanya hujan di tengah hari
Aku tak tahu apa salahku
Tiba-tiba kau berubah hati
Tidak lagi seperti mula kita berkenalan
Kau terus sepikan aku
Sapaan aku ...kau tak pernah menyapanya
Aku sedih bukan kepalang
Kenapa begitu sahabat
Andai aku tahulah akan terjadinya begini
Kehadiran mu sebagai sahabatku
Saling untuk melukai hati
Tanpa aku tahu ...puncanya terluka hati
Tak mahu aku menjadi sahabatmu
Tapi aku tiada kuasa ajaib
Untuk menjadikan persahabatan kita
Sewangi hati Syurga...
Yang aku tahu
Kau adalah Kurniaan Allah padaku
Untuk aku syukuri
Kita saling memberi kebaikan dunia akhirat
Buat kita dan sesiapa yang menjadi sahabat kita...

Sahabat....kerana aku tak tahu
Apa salahku kerana tiba-tiba kau tidak seperti mula kita berkawan
Kau sepikan aku...kau tak mahu menbalas sapaanku
Hatiku jadi remuk redam memakan diri sendiri
Aku lepaskan persahabatan kita...
Agar aku tak mahu saling berprasangka

Sahabat...maafkan aku sahabat
Jika selama persahabatan kita aku telah membuat hatimu terluka
Biarpun terpisah demi kebaikan kita berdua kerana saling tidak menyapa...sekali lagi maafkan aku sahabatku....
Ku doakan dari jauh moga kau berjaya dan bahagia dunia akhirat
Percayalah talisiraturrahim antara kita berdua masih mewangi di hati ini, moga jangan ada benci di antara kita berdua

"SAHABAT AKU RINDU SAMA KAMU
SAHABAT AKU MOHON MAAF SAMA KAMU
SAHABAT MOGA KASIH KITA TAK TERPISAH
KERANA KITA DITEMUKAN BUKAN UNTUK SALING MENYAKITI
TAPI ADALAH SALING MEMAHAMI APA ITU TALISIRATURRAHIM ATAS DASAR KERANA-NYA...MAKANYA SAMPAI KAPANPUN AKU MINTA MAAF SAMA KAMU AGAR DI ALAM BARZAH KITA DAPAT MENJAWAB SOALAN DI KUBUR SIAPAKAH SAUDARA KAMU DUHAI MAYAT?"

Sahabat Alammayamu,
RATU RIMBA NIAGARA
1 Jun 2013

Subastian Better and Rinaldi Rizal like this.

Rinaldi Rizal Biarkanlah takdir berjalan pada alurnya dan jangan sekali-kali kamu tidur melainkan dalam keadan waspada, mata terpejam, tetapi hati tetap waspada
Allah pasti akan mengadakan perubahan
dari satu keadan kepada keadan yang lain ..

MEMAHAMI BAHASA ALAM KERANA BAHASA ALAM DATANG DARI ILAHI

PatuanIskandar Nasution, Kumbang Segak and Ayah Akip like this.
Patuan Iskandar Nasution Assalamualaikum w.r.t. saya menyampaikan salam senusantara dari DYMM Yang Dipertuan dan Raja Panusunan Godang Mandailing

Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh...
Moga ukhuwah Fillah ini memberi kebaikan dunia dan akhirat ...AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.

DENGAN KEHADIRAN PELANGI ITULAH MERAWAT KELUKAAN & KESEPIAN MENJADI SIMBOLIK BAGI MEREKA YANG MAHU MEMAHAMI BAHASA ALAM...
BAHASA ALAM DATANG DARI ILAHI.

Patuan Iskandar Nasution, Rinaldi Rizal and Kumbang Segak like this.
Patuan Iskandar Nasution Bahasa yang tidak dikatakan tetapi dimengertikan,bahasa yang tidak dimengertikan tetapi dikatakan.......

KITA AKAN MENJADI PEWARIS MOYANG GAGAH BERANI
JIKA KITA TAK BERANI DISEKSA DI ALAM KUBUR NANTI
BUKAN MUDAH MENJADI PEWARIS MOYANG GAGAH BERANI
KARENA SYURGA HANYA LAYAK MEREKA YANG SABAR BILA DIUJI
MOGA KITA SENTIASA MUHASABAH DIRI
AGAR KITA TAK MENYESAL NANTI DIJEMPUT ILAHI

Patuan Iskandar Nasution Sebenar lah Ratu Rimba Niagara

Ratu Rimba Niagara Apa maksudnya itu..ayat tergantunglah...cubalah habiskan....

Patuan Iskandar Nasution Maksudnya apa yang Ratu bilang itu semua benar

Ratu Rimba Niagara Setiap yang baik itu dari Allah
Yang kurang itu dari hamba...
Jika ada tersalah bahasa maafkan hamba ya...
Salam ukhuwah fillah...

KAWANKU SUDILAH MEMAHAMI SASTRAKU DUNIAKU

Ya Allah jauhkan hatiku dari sifat sombong dan bongkak
Memilih-milih kawan yang berdarjat dan berharta memiliki pesona dunia, janganlah hendaknya rakan-rakan fbku berperasangka padaku .aku ini yang jenis memilih kawan
Asalkan mereka punyai pesona dunia mereka itulah yang kupilih sebagai kawan fb .
Aku ber fb bukan karena kawan berkelas atasan
Kawan aku pun tidak ramai boleh dibilang dengan jari
Itupun mengikut keakraban mereka berkomunikasi dengan karya-karyaku, jika mereka terus-terusan sepikan karyaku tanpa ide dan memberi impak pada Dunia karyaku...aku terpaksa mencari kawan lain...

Aku berkawan bukan karena kaya atau miskinnya dia
Aku berkawan hanya mahu saling berbagi ilmu dan ide
Perjuangannya kusokong/dukung
Perjuanganku dia dukung/sokong
Saling sokong menyokong perjuangan masing-masing
Bahagia kawanku ...bahagialah aku
Sedih kawanku sedihlah aku

Kawan sejati yang kucari
Kawan sejati akan sentiasa ada di kala susah senang
Kawan sejati sentiasa saling sayang menyayangi karna Allah Taala

Makanya di fb ini hanyalah yang kucari
Kawan yang sentiasa memahami dunia sastraku
Yang tidak memahami maafkan daku
Karena karyaku terpaksa berlalu pergi di skrinmu
Namun hati tetap bertalisiraturrahim sampai Syurga
In Shaa Allah Aamiiin

Rakan fbmu,
Ratu Rimba Niagara
31 Mei 2013
Like · · Unfollow Post · Share · Promote

Patuan Iskandar Nasution likes this.

WARKAH UNTUK ANAKANDA PUTERA RAJA BONGSU

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wr wb

Ke hadapan anakanda putera raja bongsu
sapaan anakanda di angin lalu
hilang rasa rindu bonda ke anakanda
yang selama ini bonda ternanti-nanti
dalam bayangan yang tak pasti
tapi penuh pengharapan
agar anakanda putera raja bongsu sudi menyapa

Bonda bukan tak mahu menyapa anakanda
tapi dibimbangkan mengganggu tugas seharian anakanda
pasti anakanda sibuk dengan tugas-tugas yang diamanahkan oleh ayahanda diraja...bonda amat faham komitmen pada tugas yang perlu diberikan perhatian sepenuhnya.

Untuk pengetahuan anakanda putera raja bongsu
bonda rasa teramat terharu pabila anakanda sudi menjadi rakan fb bonda biarpun bonda bukanlah siapa-siapa
hanya rakyat biasa yang tak punya apa-apa...
tapi itu semua tidak menghalang untuk anakanda putera raja bongsu menyambungkan talisiraturrahim antara Brunei dan Malaysia...sejujurnya bonda benar-benar terharu
dan bersyukur kepada Tuhan, kerana darjat tidak menghalang anakanda untuk mengenali rakyat jelata walaupun
di luar Brunei...

Memandangkan bonda ini memang suka menuliskan kisah-kisah diRaja dengan perkenalan kita ....ini dapatlah mencetuskan inspirasi bonda berkarya....mengenai kerabat diRaja...
Pekernalan ini membuktikan antara RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA...apa tidaknya kisah diRaja dapat bonda karangkan untuk dipaparkan pada rakayt jelata dan kisah rakyat dibaca dan dihayati oleh kerabat diRaja inilah yang tersirat dan tersurat disebalik perkenalan bonda dengan kerabat diRaja Nusantara...
Tak pernah terduga di jiwa bonda ...bonda akan dikenalkan kepada kerabat diRaja Brunei, Malaysia, Indonesia dan Singapura...semuanya Allah swt yang aturkan untuk bonda berkarya terus berkarya hasrat Raja dengan rakyatnya dan hasrat rakyat dengan raja...agar Raja dan rakyat saling faham memahami dan bekerjasama bagi mensejahterakan bumi Allah swt ini .

Semoga talisiraturrahim antara Brunei dan Malaysia memberi kebaikan dunia akhirat kepada kita semua. In Shaa Allah AAmiin.

Akhir kata salam kasih abadi dari bonda ,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/BRUNEI/INDONESIA/SINGAPURA/THAILAND
31 Mei 2013
Yesterday at 10:08pm · Like · 1

Anaknda PuteraRaja Bongsu Walaikumsalam pembuka
kata,terima kasih kehadapan bonda
Ratu Rimba Niagara... sungguh
tinggi tak ternilai..ibarat emas
dengan permata., sungguh sulit nak
berkata...karya bonda penuh dengan
isi.. smoga talisiraturrahim akan
berpanjangan dengan molek.
Yesterday at 10:39pm · Unlike · 1

Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Nanti sudilah anakanda putera bongsu izinkan bonda menyiarkan karya-karya bonda di wall anakanda ya...jika ada kelapangan masa dan datang ilham sudilah memberi komentar ya...agar dapat dibaca oleh rakyat jelata apa yang anakanda catatkan ya...
Yesterday at 10:41pm · Like · 1

Anaknda PuteraRaja Bongsu kerana Allah Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.. sbesar lautan tinggi ombak nya....stinggi langit besar lah dugaan..jika demikian anaknda izinkan karya bonda di wall.
Yesterday at 11:01pm · Unlike · 1

Ratu Rimba Niagara Terimakasih Anaknda PuteraRaja Bongsu.
Moga Allah swt MeRahmati hidup seluruh kerabat diRaja Nusantara dan seluruh rakyat nusantara. Aamiin Ya Rabbal A' Lamiin.
Yesterday at 11:07pm · Like · 1

Anaknda PuteraRaja Bongsu Aamiin.
Yesterday at 11:09pm · Unlike · 1

(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & ANAKANDA PUTERA RAJA BONGSU)
1 Jun 2013

(DISIARKAN DI WALL DYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH, PRINCE ABDUL MALIK, ANAKANDA PUTERA RAJA BONGSU, PANTUAN ISKANDAR NASUTION & GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING)
1 Jun 2013
Like · 


(PETIKAN DARIPADA WALL SULTAN HASANAL BOLKIAH)
26 Syaaban 1434H
5 Julai 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;