Monday, 1 July 2013

WAHAI DIRI WAHAI ROH




    • wahai diri,
      adakah kau sedar yang kau akan tua?
      adakah kau sedar yang kau akan mati?
      adakah kau tahu bila kau pergi?

      wahai diri,
      kau telah lupa pada janji,
      kau telah alpa dengan duniawi,
      kau telah ingkar pada ilahi.

      wahai roh,
      kau kejutkan diri ini dari mimpi,
      kau sedarkan diri ini dengan janji,
      kau bangunkan diri ini lupa akan ilahi.

      wahai roh,
      kau akan ditanya,
      kau akan diseksa,
      kau juga akan selesa.

      wahai roh dan diri,
      kembalilah kepada ilahi,
      ingatlah dengan janji,
      agar kau tidak diseksa nanti.

      *nak ingatkn diri sendiri..:)
      sebab aku dah jauh dari jalan Nya..
      Unlike ·  ·  · 3 hours ago · 
      • You like this.
      • Ratu Rimba Niagara KEMBALILAH!

        Wahai diri kembalilah
        kau belum terlewat lagi
        kau masih ada peluang
        dan sentiasa berpeluang
        untuk merebut peluang
        meraih sebanyak mana boleh
        melakukan amal soleh
        agar tak menyesal nanti
        bila ditanya di akhirat 
        semuannya selamat

        Wahai diri kembalilah
        kembalikan jasadmu dalam roh suci
        sentiasa mahu seiring dengan kehendak roh
        ketika mula asal kejadian mu
        daripada roh 
        yang bersumpah
        di hadapan Allah Azzawajallah 
        untuk menjadi khalifah-Nya...
        di muka bumi ini

        Wahai diri kembalilah
        dalam roh suci
        sentiasa mahu muhasabah diri
        merebut segala peluang
        untuk ke jalan-jalan ke Syurga-Nya
        jalan ke Syurga masih ada peluang
        masih ada kesempatan
        selagi mana kamu mahu ambil peluang
        sebanyak mana kamu berpeluang

        Wahai diri kembalilah
        dalam roh yang tenang 
        redha lagi diredhai-Nya...
        bersyukurlah sebanyak-banyak-Nya
        kerana Allah memilihmu untuk bertemu dengan-Nya
        dalam roh yang tenang 
        redha lagi diredhai
        dimasukan dalam golongan roh-roh yang solihin 
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
        ketenangan yang abadi menanti pasti!

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        23 Syaaban 1434H
        2 Julai 2013M


    • Innalillahi wa'in'na illahi rojiun..............
      Kami Keluarga Besar Alm. YM. Datoe Moehammad Kyai Gelar Datoe Belindoengan turut berduka cita se-dalam2nya atas berpulang ke rahmatullah Kanda YM. H. Datoe Rakhmatsyah Trenggana ibni Datoe Mohammad Saleh Manshor Gelar Datoe Perdana, semoga arwahnya di terima disisi Allah Swt dan diampuni segala dosa2nya serta keluarga yg ditinggalkan diberi ketabahan Amin2yra..................
      Almarhumah meninggal dunia hari Senin tgl. 01 Juli 2013 Jam 09.00 di RSU Tj. Selor dan telah dikebumikan pada hari ini juga Jam 15.40 wit di Pemakaman Kerabat Kesultanan Bulungan di Tjg. Palas Bulungan Kalimantan Utara.
       — with Senopati Kesultanan Demak Bintoro.
      Unlike ·  · 7 hours ago · 
SELAGI ADA NYAWA SELAGI ITU ADA PELUANG
REBUTLAH PELUANG AGAR TAK TERLEPAS PELUANG
MAHU HIDUP DAN MATI DALAM JIWA DAN ROH YANG TENANG
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
23 Syaaban 1434H

0 comments:

Post a Comment

 
;