Friday, 5 July 2013

SEGALA-NYA DENGAN IZIN-NYA





DI BAWAH LINDUNGAN RAHMAT KASIH-NYA

Sejarah tetap sejarah
Darah yang mengalir adalah darah keturunan diRaja
Tak akan hilang
Itulah sejarah yang tak akan terpadam
Yang diwarisi hingga ke anak cucu
Telah tercatat sejak Azali Tuhan menaikkan darjat hamba-Nya
Segala-Nya dengan izin-Nya
Biarpun berdarah diRaja
Kekuasaan yang diberi bukanlah untuk
Pakaian kebanggaan sebagai diRaja
Tapi adalah memikul tanggungjawab kepada
Rakyat dan akan dipertanggungjawabkan
Raja yang disayangi rakyat
Adalah Raja yang berjiwa hamba
Hamba kepada Tuhan
Kerana DIA lah Raja Segala Raja
Raja Yang Berkuasa Di Dunia
Raja Yang Berkuasa Di Akhirat
Yang Memiliki Segala Kerajaan Alam Semesta
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

Semoga semua yang DiKurniakan-Nya
Darjat Di-Raja di bumi ini
Menjadi Raja kepada rakyat jelata
Yang sentiasa prihatin kepada masalah rakyat
Memerintah dengan adil dan saksama
Agar dapat mengundang Rahmat Kasih Dari-Nya
Maka jadilah sebuah negara yang
Aman damai sejahtera selamanya
Di Bawah Lindungan Rahmat Kasih Dari-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Oktober 2012

(PETIKAN DARIPADA TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'BAHTERA LANCANG KUNING')
21 Mei 2013
Like · 
(PETIKAN DARIPADA WALL SULTAN HASANAL BOLKIAH)
26 Syaaban 1434H
5 Julai 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;