- You and 11 others like this.
TEATER BANGSAWAN DIRAJA,'ILMU GAYONG MAARIFAT' (Bhg 1)
ILMU GAYONG MAARIFAT
tak silap saya semasa dalam tahun 2002 semasa Guru Utama (Tuanku)kami ke Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu ada 9 perguruan silat disana telah datang berjumpa Beliau untuk menguji keampuhan Ilmu Gayong Maarifat ,lalu Beliau memberitahu mereka Ilmu Gayong Maarifat ini Ilmu Allah ,kalau tuan tuan ingin menguji kami tuan tuan tuan menguji Ilmu Allah,walaupun sudah dinasihati mereka tidak berganjak dengan keputusan mereka , maka Guru Utama kami menyuruh mereka menguji seorang anak muridnya dalam lingkungan 40 tahun yang baru menerima baiah sebagai murid Gayong Maarifat ,lalu mereka(9 guru silat) pun mendekati murid tersebut yang hanya tahu bersyahadah dan cuba untuk menyerangnya ,lalu Guru Utama kami berdoa YA ALLAH sampai masanya mereka nak uji ilmu MU,maka pertahankanlah ilmuMU ni sendiri YA ALLAH ,.
Dengan kebesaran ALLAH tak satu pun dapat menghampiri dan ada yg terkunci sendi tangan dan kaki mereka dan yang paling mengejutkan ada yang terpelanting hingga ke beranda hotel .jika tiada beranda pasti tergolek jatuh kebawah .
hok jatuh tergolek yang paling teruk adalah silat sunda yg dibawa oleh puak puak yg duk bangga dengan power kaabah sekarang ni,
jom lah join Gayong Maarifat murnikan Akidah kita dengan Syahadah diatas jalan Al Quran dan Sunnah ,kita nak semua umat bersatu diatas landasan Kasih Sayang dan Akidah yang benar,bukan nak tunjuk hebat yang hebat itu Ilmu NYA,ALLAHU AKBAR .
By: Ayahanda Guru Silat Ilmu Gayong Maarifat
Sparks Tiger Jentayu terbaikkk!
Keris Hitam Bersepuh Emas Ayahanda Share boleh tak?
Ratu Rimba Niagara PANTUN PAHLAWAN MELAYU PANTANG DICABAR!
Batang jerami diberi madu
Rebung seiris dimakan kuda
Kalau kami diberi malu
Ujung keris menikam dada
By: Zairi Erie
Ratu Rimba Niagara:
Hujung keris menikam dada,
Rela kumati jika itu mahumu;
Niatku kepahlawananmu terus di persada.
Tapi api cemburumu memakan diriku.
"Silakan ...bunuhku segera...asal damai hatimu!!!!! i
" Pendekar yang gagah perkasa tak akan lari dari medan perjuangan...makanya aku akan kejar kau sampai dapat agar kau tidak boleh lari lagi ke mana!
Orang tua jangan disanggah,
Budi baik jadi sanjungan;
Kepahlawananmu aku bermegah,
Matimu dalam kenangan.
Jika dibiarkan keris bicara,
Makanya akal fikiran ditolak tepi;
Adat pahlawan membara-bara,
Pantang dimalu terbakarlah hati.
Pantang dimalu terbakar hati,
Sebelum menfitnah berfikir dulu;
Jangan diikut marah di hati,
Apapun masalah berbincanglah dahulu.
Bukankah kita sama se guru,
Tapi perbedaan fahaman buatku celaru;
Kau sentiasa perkasa selalu,
Rendah diriku tak setandingmu.
Merendahnya aku bukan bererti aku kalah,
Mahu kufikirkan dulu apa bicara Si Tuah;
Pahlawan Hang Tuah patut dimegah,
Kernanya Melayu aman di bumi bertuah.
Tanam pisang rapat-rapat,
Air diteguk di tepi kali;
Bersatu hati disetiap pendapat,
Kebalnya pahlawan menjadi lali.
Kepahlawan melayu sudah terbilang,
Tiada tandingan di serata dunia;
Pewaris melayu takkan hilang,
Nenek moyang menyayangimu sentiasa.
Makanya duhai pahlawan melayu,
Bangkitlah dengan semangat juang yang tinggi;
Jangan berleka dengan fikiran bercelaru,
Perjuangan membela anak bangsa jangan terhenti.
Biarpun tsunami datang membadai,
Teruskan segala niat yang murni;
Jiwa pejuang takkan terhenti,
Selagi ada denyutan nadi.
Malulah pahlawan jiwanya mati,
Semangatnya lemah pabila dikeji;
Apapun dihina tetap berjiwa pertiwi,
Demi anak bangsa tak pernah terhenti.
Pandainya kamu membalas pantun,
Buat hatiku rasa terpegun;
Budi bahasa mu penuh bersantun,
Marilah kita berbalas pantun.
Hari ini kata semangat,
Esok hilang segala semangat;
Budaya pantun harus diingat,
Kerna pantun lambang semangat.
Melayu juga bergurindam jiwa,
Hinggakan jiwa melayang-layang;
Gurindam jiwa mengusik jiwa,
Mengundang rindu mengundang sayang.
Bergurindam jiwa menyambung ukhwah,
Ukhwah kepahlawanan semangat melayu;
Keperkasaan pahlawan sentiasa dimegah,
Berperasangka baiklah itu dimahu.
Kenapa perlu kata begitu,
Kail sejengkal jangan diduga laut yang dalam;
Orang melayu selalu begitu,
Yang kuperlukan sokongan mendalam.
Tak kenal maka tak cinta,
Dah cinta baru tahu;
Bangsa melayu sentiasa kucinta,
Dalamnya cintaku kau tak tahu.
Aku berkarya berpantun sepenuh hati,
Berkarya bukan sesuka hati;
Jangan dipersendakan sama sekali,
Rela kujauhkan dirimu jika diulangi.
Kerna kurindu aku menulis,
Kerna kusayang aku berkarya;
Sayangku pada anak cucu setulus ikhlas,
Makanya fahami aku bila aku berkarya.
Jika benar kau pejuang bahasa melayu,
Ayuh mari kita turun ke gelanggang;
Gelanggang pantun budaya melayu,
Bersama mempertabatkan agar tak hilang.
Bahasa melayu tak akan hilang,
Jika bersatu hati mempertabatkannya:
Ditutur dan ditullis jangan ikut senang,
Moga menghasilkan kejayaan akhirnya.
Duhai rakan seperjuanganku kita ke sini,
Sekadar teman sehati sejiwa;
Bagi menyokong segala yang murni,
Bersama jalinkan ukhuwah sehati sejiwa.
Duhai sahabat yang bijak berpantun,
Jadilah dikau budayawan bangsa;
Bakat yang ada jangan dipendamkan,
Taburlah bakti pada anak bangsa.
Terima kasih rakan seperjuanganku,
Kerna sudi berkongsi karyamu;
Syukur kau sudi berjuang bersamaku,
Moga ikatan ukhuwah harum di kalbu.
Karya Ratu Rimba Niagara
5 April 2012
KARYA INI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:
SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN MELAYU,
SEMUA PEJUANG BANGSA MELAYU;
SEMUA PEJUANG BAHASA MELAYU,
LAKSAMANA HANG TUAH BERSUMPAH TAK KAN HILANG MELAYU.
Karya Ratu Rimba Niagara ,
12 Rabiulawwal 1434H
24 Januari 2013M
" TERKENANG TANAH LELUHUR CIMANDE..."
By: Pendekar Temasek
Cerita Rakyat tentang sejarah Cimande dari asal pertarungan Monyet dan Harimau ...itu sangat2 tidak benar, 100% Bohong dan tidak wajar di dokumen kan dan di jabar kan terus2an hal2 yang tidak benar. Ianya akan hanya merusak pemahaman jenerasi2 seterusnya dan tidak akan ada selesainya. Makanya kita harus jabar kan hal2 Fakta sahaja kerana ini menyangkut tentang Sejarah yg sangat penting dalam kehidupan kita semua. Sampai kapan orang2 Nusantara akan terus mahu berhayal dgn cerita2 bohong. Akhirnya.. jadi suka berbohong dan suka di bohongi doang!
- PENDEKAR TEMASEK.
Sakkura Anas walau dimana kita berada jangan di lupa asalnya kita..
Khalil Ahmad Wawancara yang sungguh2 bernas...
Razif Zain InsyaAllah paman..
Razif Zain Alhamdulillah...semoga persilatan terus datangnya minat kepada generasi Internet kini...
Hamboran Senju-Heuga Martial Arts saya juga terkenang kampung halaman.... dan pohon pisang tempat melepas geram.... selepas kena belasah dgn Guru yg garang macam %%^^&singa tua lapar&*(()))*&^%%... heee heeeee...
udah makan kah Mamanda Laksamana... ?
4 hours ago · Edited · Like · 3
Pendekar Temasek Sakkura Anas.... Yang datang dari Tanah kembali ke Tanah ...itu DRACULA!!! ... Paman rasa kita semua Inna Lillahi Wa Inna iLaihi Raaajiuun. Dari Allah kita datang dan kepadaNya lah semua kita akan kembali.
Sakkura Anas saya kalau diberi peluang ingin mencari asal leluhur saya di tanah Bugis malangnya arwahnya Ninda xpernah sempat untuk bercerita dari mana asalnya kami.
Sakkura Anas hahaha Drakula hantu inggeris.....bukan kah Adam dicipta dari tanah?
Pendekar Temasek Hamboran Senju-Heuga Martial Arts ... Paman nak tanya nih ..errr... Lepas kena belasah dgn Tok Guru... awak pergi ke pokok pisang untuk melepaskan geram atau awak pergi ke pokok pisang untok Melepassss!!!
Hamboran Senju-Heuga Martial Arts Paman...Dracula..datangnya dari HOLLYWOOD lah.... bukan dari tanah...
Pendekar Temasek Hahaha... Sebenarnya Dracula tak pernah datang. Kita yang datang ... ke panggong wayang tengok dia hehe.
AkmaL... Hollywood Hahaha!!!
Sakkura Anas ... Paman faham Lah... gurau2 je tuh!
Sakkura Anas hahaha saya pon tahu paman gurau..
Prabu Raksa Bumi Kusuma Salammunqaulammirrobbirrohim..Pendekar Temasek..melestarikan Silat Cimande di Kota Singa..Sunda Pura..Singapura..yg berasal dari Mbah Kahir atau Abah Kair abad ke 17..maqamnya beliau di Bogor..Jawa Barat..gerakkan monyet dan harimau..salam budaya..
Pendekar Temasek Salam Kembali YM Prabu Raksa Bumi Kusuma , Tidak ada gerakan Harimau atau Monyet di Cimande. Yang ada cuma beberapa kerat Jurus Pa Macan dan Pa Monyet sebagai perlambangan semangat keberanian dan kecepatan santri2 yg bersilat. Konsep permainan silat Cimande tetap utuh dgn Fitrah Naluri Manusiawi.
Prabu Raksa Bumi Kusuma Alhamdulillaah..
Sakkura Anas kalau di Johor ada juga silat Cemande Paman ..mungkin dari asal yg sama..silat Kerawangan Peradin Cemande,Silat Cemande Cikalong yg saya kenali.
Pendekar Temasek Cerita Rakyat tentang sejarah Cimande dari asal pertarungan Monyet dan Harimau ...itu sangat2 tidak benar, 100% Bohong dan tidak wajar di dokumen kan dan di jabar kan terus2an hal2 yang tidak benar. Ianya akan hanya merusak pemahaman jenerasi2 seterusnya dan tidak akan ada selesainya. Makanya kita harus jabar kan hal2 Fakta sahaja kerana ini menyangkut tentang Sejarah yg sangat penting dalam kehidupan kita semua. Sampai kapan orang2 Nusantara akan terus mahu berhayal dgn cerita2 bohong. Akhirnya.. jadi suka berbohong dan suka di bohongi doang!
Zulkeffly Ismail as-salam Paman Pendekar Temasek.. boleh terangkn serba sedikit sejarah & asal usul Cimande..ikhlas ingin tahu..
Pendekar Temasek Maaf Pak Zulkeffly Ismail ... Sejarah Cimande yang benar itu benar2 di tutup dan hanya di ketahui oleh pewaris2 ilmu nya yang tulus dan taat. Paman sendiri telah mengangkat sumpah ikrar untuk menjaganya. InsyaAllah boleh saja dapat tahu asal siap mahu masuk ke rumah Cimande. Beerti perlu belajar Pak!
Pendekar Temasek Makanya oleh sababiah keluhuran menjaga pesan para pendekar terdahulu... Cimande tetap terpelihara dan tidak pupus walau sudah berusia lebih 600 tahun hingga kini.
Razif Zain Pak.....jika mahu kebenarannya boleh berjumpa sama Wak Khairi Sakiman. Pengasas Cimandi Pecah Tujuh selaku pengasas Cimandi Malaysia.. holeh melihatnya sendiri...
Sakkura Anas betul tu paman supaya sejarah yg sebenar dan asli terpulihara.
Pendekar Temasek Paman ingin bersilaturahmi berkenal dan bertemu mesra dgn Wak Khairi Sakiman, Pengasas Cimande Pecah Tujuh , bila ada kesempatan dan kesudian.
Salam dari Paman buat beliau yang Paman hurmati... wahai Razif Zain .
Zulkeffly Ismail InsyaAllah.. T/ksh Paman Pendekar Temasek & Tuan Razif Zain..
KERIS HITAM BERSEPOH EMAS
tak silap saya semasa dalam tahun 2002 semasa Guru Utama (Tuanku)kami ke Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu ada 9 perguruan silat disana telah datang berjumpa Beliau untuk menguji keampuhan Ilmu Gayong Maarifat ,lalu Beliau memberitahu mereka Ilmu Gayong Maarifat ini Ilmu Allah ,kalau tuan tuan ingin menguji kami tuan tuan tuan menguji Ilmu Allah,walaupun sudah dinasihati mereka tidak berganjak dengan keputusan mereka , maka Guru Utama kami menyuruh mereka menguji seorang anak muridnya dalam lingkungan 40 tahun yang baru menerima baiah sebagai murid Gayong Maarifat ,lalu mereka(9 guru silat) pun mendekati murid tersebut yang hanya tahu bersyahadah dan cuba untuk menyerangnya ,lalu Guru Utama kami berdoa YA ALLAH sampai masanya mereka nak uji ilmu MU,maka pertahankanlah ilmuMU ni sendiri YA ALLAH ,.
Dengan kebesaran ALLAH tak satu pun dapat menghampiri dan ada yg terkunci sendi tangan dan kaki mereka dan yang paling mengejutkan ada yang terpelanting hingga ke beranda hotel .jika tiada beranda pasti tergolek jatuh kebawah .
hok jatuh tergolek yang paling teruk adalah silat sunda yg dibawa oleh puak puak yg duk bangga dengan power kaabah sekarang ni,
jom lah join Gayong Maarifat murnikan Akidah kita dengan Syahadah diatas jalan Al Quran dan Sunnah ,kita nak semua umat bersatu diatas landasan Kasih Sayang dan Akidah yang benar,bukan nak tunjuk hebat yang hebat itu Ilmu NYA,ALLAHU AKBAR .
tak silap saya semasa dalam tahun 2002 semasa Guru Utama (Tuanku)kami ke Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu ada 9 perguruan silat disana telah datang berjumpa Beliau untuk menguji keampuhan Ilmu Gayong Maarifat ,lalu Beliau memberitahu mereka Ilmu Gayong Maarifat ini Ilmu Allah ,kalau tuan tuan ingin menguji kami tuan tuan tuan menguji Ilmu Allah,walaupun sudah dinasihati mereka tidak berganjak dengan keputusan mereka , maka Guru Utama kami menyuruh mereka menguji seorang anak muridnya dalam lingkungan 40 tahun yang baru menerima baiah sebagai murid Gayong Maarifat ,lalu mereka(9 guru silat) pun mendekati murid tersebut yang hanya tahu bersyahadah dan cuba untuk menyerangnya ,lalu Guru Utama kami berdoa YA ALLAH sampai masanya mereka nak uji ilmu MU,maka pertahankanlah ilmuMU ni sendiri YA ALLAH ,. Dengan kebesaran ALLAH tak satu pun dapat menghampiri dan ada yg terkunci sendi tangan dan kaki mereka dan yang paling mengejutkan ada yang terpelanting hingga ke beranda hotel .jika tiada beranda pasti tergolek jatuh kebawah . hok jatuh tergolek yang paling teruk adalah silat sunda yg dibawa oleh puak puak yg duk bangga dengan power kaabah sekarang ni, jom lah join Gayong Maarifat murnikan Akidah kita dengan Syahadah diatas jalan Al Quran dan Sunnah ,kita nak semua umat bersatu diatas landasan Kasih Sayang dan Akidah yang benar,bukan nak tunjuk hebat yang hebat itu Ilmu NYA,ALLAHU AKBAR .
By: Ayahanda
Sparks Tiger Jentayu terbaikkk!
Keris Hitam Bersepuh Emas Ayahanda Share boleh tak?
JAGAILAH WARISAN MOYANGMU
Tak akan sumbang langkah kakimu,
Kerna kepahlawananmu sudah terbilang;
Kau tak pernah jemu mendidik anak bangsamu,
Agar ilmu kepahlawanan melayu jadi terbilang.l
Tenaga sikit bisa menang,
Asalkan ikhlas dalam perjuangan;
Biar berputih mata jangan berputih tulang,
Bersatu hatilah demi perjuangan.
Melayu tak mudah layu,
Jangan iri sesama melayu;
Tingkahkan ukhuwah sesama melayu,
Berpadu pemikiran demi bangsa melayu.
Dari pagi hingga ke petang,
Mencari ilmu dibawa pulang;
Berkorban demi generasi mendatang,
Pusaka bangsa dijaga agar tak hilang.
Moyang kita selalu berpesan,
Sesama melayu seperti ikatan lidi;
Berpadu teguh demi sebuah perjuangan,
Hingga ke nafas terakhir dibawa pergi.
Pahlawan melayu bijak mengatur langkah,
Agar tak tersilap di kesani musuh ;
Pantang pahlawan melayu bermusuh,
Musuh dalam selimut itu yang susah.
Duri dalam daging.
Api dalam sekam;
Ada masalah kita berunding,
Menjadi indah tidak terakam.
Melayu jangan suka membanding.
Di depan manis di belakang menikam;
Melayu sedarah sedaging,
Sakit melayu semua mencengkam.
Tiada masa untuk menunggu,
Pada yang leka teruslah leka;
Perjuangan jangan mudah terganggu,
Masa berlalu pergi tak menunggu kita.
Jangan hari ini semangat besok dah layu,
Jiwa perjuangan tak pernah layu;
Makanya bangunlah bangsa melayuku,
Jangan berleka lagi masa tak menunggumu.
Sudah jauh perjalanan melayu,
Bangunlah demi anak bangsa;
Saling sokong menyokong demi melayu,
Agar terbinanya budaya bangsa.
Putra putriku kau pewaris bangsa,
Usia kami beransur senja kini,
Kelemahan kodrat kian terasa,
Kalianlah sandarkan harapan kami.
Ketiadaan kami jangan ditangisi,
Pengorbanan kami untuk kalian tercinta;
Kalian sentiasa kami sayangi,
Dalam doamu kenangilah kami.
Moyang mu ingin berpesan.
Kami tinggalkan warisan bangsa ;
Untuk kalian teruskan perjuangan,
Agar berkekalan sepanjang masa.
Hargailah peninggalan moyangmu ini,
Jagailah seperti menjaga nyawamu sendiri;
Begitulah perjuangan moyangmu selama ini,
Demi mu dilupakan kepentingan sendiri.
Senyuman anak cucu,
Kebahagian moyangmu;
Jagailah warisan moyangmu,
Itulah lambang cinta yang berpadu.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Rabiulawwal 1434H
KARYA INI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:
SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN MELAYU,
SEMUA PEJUANG BANGSA MELAYU;
SEMUA PEJUANG BAHASA MELAYU,
LAKSAMANA HANG TUAH BERSUMPAH TAK KAN HILANG MELAYU.
Karya Ratu Rimba Niagara ,
12 Rabiulawwal 1434H
24 Januari 2013M
AKAN TIBA SAATNYA NANTI
2 Julai 2013
0 comments:
Post a Comment