Friday, 5 July 2013

SUBHANALLAH INDAHMU BULAN




SUBHANALLAH ALHAMDULILLAHU ALLAHU AKBAR
INDAHMU BULAN

Sejujurnya aku terharu denganmu bulan
Kau terlalu setia denganku
Biarpun kau tanpa suara
Cuma suara bisu
Tapi kau selalu memberi sumber inspirasiku berkarya

Aku sedih kau gembirakan aku
Aku gembira kau bahagia
Susah senang kita bersama

Dari dulu hingga sekarang
Aku tak punya kawan
Hidupku kesendiriaan
Bila pergi ke pantai cinta ombak rindu
Kulihatmu tersorok di balik awan
Kau melambaikan tanganmu
Sambail berkata...
"Duhai hamba Allah janganlah bersedih....
Biarlah semua orang tak suka berkawan denganmu
Asalkan Allah suka dengan kamu....
Apalah ada dengan cinta manusia
Cinta Allah adalah lebih bermakna...
Tak apalah mereka tak mahu kawan denganmu
Aku sudi menjadi kawanmu
Kawan sampai mati....
Tapi kau harus ingat aku tak mati
Selagi dunia belum kiamat
Itulah perjanjianku dengan Tuhan yang menciptakan aku
Aku menjadi kawanmu sampai akhir hayatmu
Setelah kau menjadi roh...
Aku sedia menjadi cermin wajahmu
Agar wajahmu dapat kau sinarkan pada penghuni bumi yang rindu sama kamu

Mengapa penghuni bumi hendak rindu sama aku ye...
Sedangkah semasa aku hidup mereka tak sudi berkawan dengan aku
Gara-gara aku mahukan komentar daripada mereka

Semasa engkau hidup Allah mahu duga kamu kawan...
Kamu menulis karna Allah atau manusia
Ternyata kamu menulis karna Allah
Bukan mahukan habuan duniawi
Makanya mereka yang benar-benar menghayati karya-karya kamu
Mereka faham kenapa kamu menulis
Semuanya ada yang tersirat dan tersurat...
Kamu telah menunjukkan hasil kerja kamu
Pada penghuni bumi dan langit
Betapa kamu sayangkan semua makhluk Tuhan tanpa terkecuali
Tiada dendam sedikit pun di hatimu
Makanya aku pancarkan wajahmu kepada semua penghuni bumi
Yang rindukan kamu duhai ratu pujangga penghuni bumi dan langit

Duhai bulan aku tak terfikir sampai ke situ kamu fikir
Yang aku fikir kaulah sahabat dunia akhiratku
Sanggup susah senang bersamaku hingga aku mati
Yang membuatkan aku terharu sekali
Apabila aku berada dalam gelombang lautan asid bergelora
Kau masih sudi selamatkan aku daripada mereka yang tak sudi berkawan denganku
Terima kasih bulan atas kebaikanmu
Syukur Ya Allah kau kurniakan bulan ciptaan-MU
Untuk menjadi teman dunia akhiratku...

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
1 Rejab 1434H
11 Mei 2013

(PUISI DISIARKAN DI WALL PERDANA MENTERI & SULTAN HASANAL BOLKIAH SEBAGAI TANDA SILATURRAHMI ANTARA DUA BENUA MALAYSIA & BRUNEI )
1 Rejab 1434H
11 Mei 2013M
Like · 
(PETIKAN DARIPADA WALL  SULTAN HASANAL BOLKIAH)
26 Syaaban 1434H
5 Julai 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;