Hari ini aku sudah nekad tidak mahu lagi untuk
menyiarkan karyaku ke Group Belia kerana mereka
seperti kurang senang dengan kehadiran karya-karyaku.
Kukatakan ini adalah karya yang terakhir aku siarkan.
Secara kebetulan Pengasas Group Belia tersebut juga
ingin menarik diri dan beberapa orang lagi ingin
menarik diri. Ini gara-gara Admin melantik AJK baru
tanpa pengetahuan pengasas terlebih dahulu.
Semua ahli merasa satu kejutan kerana Pengasas Group Belia
mahu menarik diri . Ahli group kian hari kian bertambah
ramai....baru saja untuk didaftarkan, pengasas sudah pun mahu
menarik diri. Menggelabah sakan mereka. Bagaikan dipanah
petir group tersebut. Mana tidaknya pengasas adalah seorang
yang mempunyai kuasa dan orang yang tersohor dengan
kepimpinannya dan merupakan seorang usahawan yang berjaya.
Kerana pengasas telah menarik diri...aku rasa terpanggil
untuk memberi cadangan kepada mereka memujuk pengasas
demi kejayaan semua belia-belia yang mendaftarkan diri.
Niat hatiku untuk menamatkan siaran karyaku ke group
tersebut terpaksa kulupakan demi kejayaan group tersebut.
Di facebook lama juga aku berkomunikasi dengan salah seorang
ahli yang menggelarkan dirinya cuma sebagai ahli yang lalu
lalang di group tersebut.
Lama juga aku berkomunikasi di wall group tersebut...agar
pengasas dapat menjadi semula Pengasas Group tersebut.
Yang peliknya AJK Admin tiada pun menyampuk komunikasi
kami. Ibarat kami berdua aje yang berkomunikasi.
Daripada pagi hingga ke petang kami berkomunikasi bagaimana
mahu menyelesaikan masalah dalaman group tersebut tanpa
diduga pengasas menyatakan ingin kembali semula menjadi
pengasas di wallnya. Mengumumkan akan di adakan Lantikan
Ahli Jawatan Kuasa Pertubuhan Group Belia pada esoknya.
Barulah ceria kembali group tersebut. Barulah AJK yang sejak
pagi tadi membisu bersuara...seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Aku seperti biasa menyiarkan karya-karyaku di wall tersebut
bagi memberi kata-kata semangat agar semua belia mementingkan
visi dan misi group tersebut ditubuhkan.
Yang paling memeranjatkan sekali...AJK group belia memberitahuku
ini bukan group sastera. Ini adalah group belia saja... tak ada kena
mengena dengan sastera.
Terperanjat aku apabila mendengar kata-katanya itu dan ramai
yang menyokongnya.
Lebih memeranjatkan aku ....nama aku dipadamkan oleh AJK tersebut.
Sedih hatiku bukan kepalang. Dan aku redha untuk memujuk kesedihanku.
Untuk tidak merasakan diriku bersalah kepada pengasasnya
yang selama ini amat kukagumi dan hormati...ku beritahu
bahawa namaku telah dipadamkan daripada Group Belia tersebut.
Pengasas terperanjat dan memohon maaf bagi pihak Group Belia
dan akan menyuruh AJK memasukkan semula namaku ke Group Belia
tersebut. Pengasas berkata lagi , karya-karyaku amat diperlukan untuk
ahli-ahli Group Belia. Dengan permohonan maaf pengasas itu hatiku
terus sejuk dan sedia mencurahkan idea dan hasil karyaku yang bertemakan
belia dan kenegaraan.
Aku cuba tanya kepada ahli belia group tersebut yang telah menjadi
rakan facebook aku, menurut ceritanya semua ahli group tidak senang
dengan aku kerana aku seorang berkarier jadi mereka tak suka. Dan
aku menjawab....belia-belia yang mendaftarkan diri ke group tersebut
semuanya hendak membina karier masing-masing dan kerana pengasas
mereka seorang yang berkarierlah makanya mereka mahu kekal
menjadikannya sebagai Pengasas Group tersebut.
Lama kutunggu namaku dimasukkan semula ke group tersebut. Tapi masih
lagi tiada apa-apa. Justeru tahulah aku mereka memang tidak senang
dengan karya-karyaku. Memang benarlah tidak sesuai. Aku pun redha
akan hal ini. Dan aku mengambil keputusan untuk memadamkan nama Pengasas
Group tersebut sebagai Rakan Facebookku kerana tidak mahu pengasas
tersebut merasa serba salah. Aku faham dia kena akur dengan kehendak
ahli groupnya yang ramai itu tambahan pula group tersebut sudah pun
didaftarkan pertubuhannya.
Cuma hanya dapat kuucapkan sekalung tahniah kepada pengasas dan kepada
semua ahli Group Belia tersebut...semoga terus menerus menempa kejayaan!
Kusedar siapa aku...kehadiran karyaku tidak diperlukan dan kalau
hadir pun akan menyakitkan hati kalian....Inikah balasan kasih sayangku?.
Tak apalah kalau ini kehendak kalian aku terima walaupun hatiku terluka.
Karya Rha NS
25 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment