Sunday, 25 September 2011

PENULIS-PENULIS BILIS MENUNGGU SINAR PELANGI MEMBELA MEREKA

Rahman Haji Yusof:

Penulis-penulis bilis yang karya mereka digunakan untuk KOMSAS kini menderita jiwa
disebabkan ada penerbit yang menjadi jerung menelan karya mereka tanpa menaruh sedikit
pun simpati kepada penulis-penulisnya. Takusahkan nak bayar beritahu pun tidak. Kepada
nakhoda-nakhoda Persatuan Penulis, perjuangkanlah nasib mereka. Sedar-sedarlah yang kita
ini mengemudikan kapal mereka. Nanti klau ada org luar jadi jaguh menyelamatkan nasib mereka,
padan muka kita. Kementerian  Pelajaran & DBP harus disedarkan segera!
· · · 4 hours ago ·

  • You, Amy Suzani Ainuddin and 2 others like this.

    • Hamzah Hamdani Segeralah buat surat aduan kepada Biro Hakcipta GAPENA. InsyaAllah akan cuba dibantu.
      3 hours ago ·

    • Rahman Haji Yusof Haji... Saya sudah serahkan kpd GAPENA. Ini derita
      teman-teman yang lain pula.

      3 hours ago ·

    • Ahmad Sarju keapad yang terlibat berhati-hatilah kerana difahamkan ada
      individu tertentu membuat tawaran untuk menyelesaikan tuntutan bayaran
      royalti ini.lebih baik baik merujuk Biro Hakcipta GAPENA untuk
      menguruskannya melalui persatuan anda atau terus menulis kepada GAPENA
      seperti yang dimaklumkan di sini

      3 hours ago
      ·

    • Rahman Haji Yusof Sdr Ahmad. GAPENA sudah tahu. Mereka harus bertindak sgera berhubung dengan pihak Kementerian atau DBP. Jangan tunggu lagi!
      3 hours ago ·

    • Rabeah Mohd Ali
      KAMI PENULIS BILIS MENUNGGU KEMUNCULAN
      PELANGI UNTUK MEMBELA NASIB KAMI!


      Kepada penerbit jerung...
      Menimba kekayaan hasil karya penulis bilis
      Sedarlah kekayaanmu hendak dibawa ke mana?
      Sedarlah penulis bilis susah payah memerah kudrat keringat pemikiran
      Tanpa mendapat sepatutnya adakah adil buat penulis bilis?
      Kalau ya pun mahu mengaut keuntungan...patut-patutlah

      Biarpun kami menulis bukan kerana nama
      Tapi kehidupan mahu juga diteruskan
      Walaupun kami tak sekaya kamu
      Tapi adillah dengan hak kami
      Berilah kami peluang dengan hak kami...
      Untuk meneruskan kehidupan ini
      Dengan hasil karya kami sendiri...

      Justru berikan sedikit ihsanmu pada kami penulis bilis ini...
      Jika ihsanmu tidak juga wujud di hatimu...tak apalah....
      Kami penulis bilis tetap juga menulis
      Tanpa memikirkan keuntungan diri sendiri

      Kami hidup untuk berbakti dengan pena kami
      Kamu hidup untuk mengaut keuntungan belipat ganda

      Nanti suatu hari nanti akan pasti pelangi datang
      Membela nasib kami yang dizalimi...

      Tika itu....transformasi akan berlaku....
      Dan kami tidak lagi hidup seperti melukut di tepi gantang!

      Karya Rha NS
      25 Septembr 2011

      3 hours ago · · 1 person

    • Amy Suzani Ainuddin Semoga impian kita menjadi nyata....
      2 hours ago ·

    • Dpmp Pahang nasib penulis, bagai melukut ditepi gantang?
      about an hour ago ·

    • Rabeah Mohd Ali  hanya penulis-penulis bilis saja... tidak penulis
  •           yang dah ada nama kot.


    (PETIKAN DARIDAPA  WALL RAHMAN HAJI YUSOF)
    25 September 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;