Sunday, 30 October 2011

APAKAH HARUS KU GERGAJI SAHAJA BAHASAKU, LANTARAN IANYA TERLALU HINA UNTUK KEMAJUAN



Mat Kr
Apakah harus ku gergaji sahaja bahasaku, lantaran ianya terlalu hina untuk kemajuan. Terlalu rendah kah martabatnya untuk diangkat serta diperjuangkan..! Tulang-tulangnya akan ku jadikan penyanggah air mataku., yang mengeras menjadi tiang jemuran kepanikan bangsawan ini.....
· · · June 29 at 9:25pm ·

  • 8 people like this.
    • Eiya Asmahwati perghhhhhhhhhhhh......................ayat tak tahan tu,,,,,,,bang mat hhehhe
      June 29 at 9:33pm ·
    • Mat Kr tak tahan macamana? hehee..
      June 29 at 9:34pm ·
    • Eiya Asmahwati menusuk kalbu..........hehehe
      June 29 at 9:37pm ·
    • Mat Kr Oic...hehee.., menikam sukma..!
      June 29 at 9:40pm ·
    • Eiya Asmahwati tau tak per............cam orang nya juga.........hehehhe
      June 29 at 9:42pm ·
    • Mat Kr ye ke....Hahahahaa....
      June 29 at 9:53pm ·
    • Mat Despatch HQ hina sangatkah bahasamu sehingga mahu digergajikan... malukah kamu untuk mengangkat martabatnya walau airmatamu bercucuran... apakah masih ada lagi nilai kebangsawanan di arus serba maju ini??
      June 30 at 9:26am · · 1 person
    • Mat Kr Arghhhh.., betapa seksanya mempertahankan sesuatu yang hak.., Hahahahaa.... teringat aku pada sebuah bidalan melayu..., "mengemis di bumi sendiri" Huhuhuhuu... betapa indahnya rangkai kata, yang ternyata memakan bangsanya sendiri.... Biarlah aku melagukan sebuah catatan, biar lucu bunyinya... untuk ku dendangkan pahitnya sebuah harapan......
      June 30 at 2:37pm · · 1 person
    • Mat Despatch HQ hak apa yang mahu dipertahankan.. andai semua melayu mudah lupa..bidalan akhirnya menjadi kenyataan.. betapa melayu mengemis dibumi sendiri... kerana lena dok dibuai mimpi indah... telanlah kenyataan itu walau pahit dirasakan...
      June 30 at 3:09pm · · 1 person
    • Dayang Azura teruskan perjuangan untuk mendapat kan sesuatu yang mutlak....
      June 30 at 4:56pm · · 2 people
    • Mat Kr jangan biarkan lampu perjuangan itu mati.! sehingga ianya tidak diperlukan lagi. Ermmm..., saya tahu tuan mengalami kerugian kerana perjuangan. Udara semakin panas, hujan turun deras, banjir, kerongkong kering. Tuan jangan keletihan.... ni...nikmatilah penderitaan saya, biar tuan bahagia.., asalkan tuan dapat ajar saya bahasa inggeris, perancis, jepun dan jerman, serta segala pertuturan imperialisme. Biar pengorbanan ini benar-benar mahal..! Hehehehe...
      June 30 at 5:43pm · · 1 person

  • (PETIKAN DARIPADA WALL MAT KR)
    31 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;