Wednesday, 2 November 2011

SEPOTONG AL-FATIHAH UNTUKKU DI ALAM SANA


SEPOTONG AL-FATIHAH UNTUKKU DI ALAM SANA

Duhai rakan sasteraku
Kuyakin kau seorang yang berjiwa sastera berjiwa puisi
Aku akui aku bukanlah yang arif menulis puisi
Aku tulis apa yang terdetik di hatiku
Aku tulis keranaNya
Aku tulis kerana kasih sayang sesama insan
Jadi aku tak tahu yang kutulis itu puisi atau tidak
Kalau si pembaca kata puisi ...puisilah
Kalau si pembaca kata berita... beritalah
Yang penting aku sudah sampaikan apa yang tersirat di kalbu
Rasa satu kepuasan apabila sudah sampaikan apa yang kutulis
Selagi Allah izinkan aku menulis...Insya-Allah aku menulis
Sebab tanpa izinNya aku tiada kudrat untuk menulis walaupun sebaris ayat...
begitu kerdilnya aku kan? Justeru aku mesti bersyukur

Allah tahu aku minat menulis
Jadi Dia izinkan aku menulis
Tak cukup dengan itu Dia hadirkan ilham padaku
Itu yang membuatkan aku menangis kesyukuran

Aku menulis bukan kerana nama
Tapi mahukan karyaku dibaca dan dihayati pada sesiapa yang sudi
Yang tak sudi tak apalah...
Kerana aku sedar siapa aku tak setanding penulis yang sudah ada nama

Yang paling aku harapkan biarlah apa yang kutulis ada nilaian Di- SisiNya
dan bilamana ku tiada di dunia nanti hendaknya karya-karyaku sudi dibaca
oleh mereka yang sudi membaca....

Dan yang paling kuharapkan nanti setidak-tidaknya mereka sudi
menghadiahkan sepotong Al-Fatihah untukku tika aku di Alam Sana
kerana aku sudah terputus segala amalan yang dikiraNya kecuali
ilmu yan bermanfaat yang ditinggalkan
Moga kalian sudi menyedekahkan  Ayat Suci Al-Fatihah untukku
Kudoakan semoga kalian sentiasa mendapat Nur Hidayah Kasih DariNya.
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Rha NS
2 November 2011
(PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
3 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;