Sunday 30 October 2011

JUJUR NIATMU SEMOLEK PEPARI



Mat Kr

Tak terasa minggu depan kita berpuasa,
Sebulan berpuasa menjelanglah raya;
Entah.., kemana agaknya kawan-kawan semua,
Ermm.., mengapa sepi tanpa berita. — with Didy Jsbn and 3 others.
· · · July 26 at 6:19pm ·


  • 10 people like this.
  • 50 of 72

    • Rabeah Mohd Ali Mat Kr ingin kutanya,
      Kenapa bayimu di atas dibiarkan lapar,
      Belum berpuasa lagi takkan dilatih puasa,
      Kejamnya kamu duhai sahabatku Mat Kr.

      July 27 at 10:49am · · 1 person

    • Mat Kr bulan puasa bulan yang mulia,
      buat ibadah tambah pahala;
      kena bijak Lela oii... bila berbelanja,
      menjelang tiba musim raya.

      Budak kat atas tu sebenarnya tengah merajuk,
      suruh makan geleng kepala apatah lagi di suruh mandi;
      tengok setiap hari selalu je mengantuk,
      berlapar dahaga padan muka tiba puasa nanti.... Hehehe...

      July 27 at 11:19am ·

    • Rabeah Mohd Ali Kejamnya dapat bapa macam tu...
      Didik anak kena banyak sabar,
      Kasihan sungguh nasib budak tu,
      Ilmu didik anak kena banyak belajar.

      July 27 at 11:45am ·

    • Rabeah Mohd Ali Kalau ku ada kupujuk-pujuk budak tu,
      Kupakaikan baju cantik bawanya jalan-jalan,
      Jalan-jalan pergi ke zoo negara sampai jemu,
      Pasti ramai peminat yang minta tandatangan.

      July 27 at 11:48am ·

    • Rabeah Mohd Ali Bila budak tu dah suka padaku,
      Mahu bapa angkatnya Mat Kr dilupakan;
      Sukanya hati dapat budak tu,
      Hari-hari kusenyum melihat telatahnya yang melucukan.

      July 27 at 11:50am ·

    • Lela Hassan itu sudah semestinya mat..,saya kan menteri kebajikan dan ekonomi dalam rumahtangga....???
      July 27 at 11:55am · · 1 person

    • Rabeah Mohd Ali Duhai adikku Lela bagus sungguh prihatinmu,
      Menjaga budak yang teraniaya itu,
      Akibat perbuatan bapanya yang sudah jemu,
      Menjaga anak secomel itu pun dia tak mahu.

      July 27 at 11:58am ·

    • Rabeah Mohd Ali Tengok tu...Mat Kr ku,
      Ramai peminat yang hendak menjaga budak tu;
      Tak percaya kau tunggu,
      Sekejap lagi berbaris ingin menjadi keluarga angkat anakmu.

      July 27 at 12:00pm · · 1 person
    • u
      Lela Hassan saya sayang semua mahluk Tuhan.....budaknya pun pandai brrdoa....ikhlas doa daknya bah...!!!!!!kita manusia belum tahu ikhlas tak......
      July 27 at 12:07pm ·

    • Rabeah Mohd Ali Kenapa bapa budak itu hanya membisu,
      Apakah kamu sudah menyesal lepaskan anak,
      Anak yang comel dan baik budi,
      Tapi kau anggapnya macam pontianak.

      July 27 at 12:15pm ·

    • Haslie Umar anaknya menangis mahukan susu, terabai di situ tidak berpunya, kalau bapanya terus membisu, Rabeah pula jadi ibunya
      July 27 at 12:27pm · · 1 person

    • Haslie Umar hari hari anak mat kr mengantuk, lantaran selalu dicium dipeluk, memang adat anak merajuk, bijak bapanya untuk memujuk
      July 27 at 12:30pm ·

    • Rabeah Mohd Ali Ibu angkat bolehlah dipertimbangkan,
      Takut bapanya sudah ada yang punya,
      Nanti disimbah asid amat menyakitkan,
      Tak mampu aku menanggung derita.

      July 27 at 12:31pm ·

    • Rabeah Mohd Ali Aku tahu di kelilingnya ramai sudah menunggu,
      Yang cantik jelita manis rupawan,
      Menjadi ibu kepada anaknya itu,
      Kudoakan Mat Kr sekeluarga dalam kebahagiaan.

      July 27 at 12:34pm ·

    • Haslie Umar gerenti bapanya belum berpunya, tiada asid tiada bencana, sempena ramadan bulan mulia, adakah hati sudah terbuka ?
      July 27 at 12:36pm ·

    • Rabeah Mohd Ali Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong,
      Siapalah aku nak dibandingkan dengan Mat Kr yang ramai peminat,
      Aku bukanlah wanita penyayang,
      Tak mahuku kecewakan hati jejaka tampan bernama Mat.

      July 27 at 12:40pm ·

    • Haslie Umar RMA: belum cuba belum lah tahu, hidung mancung bukan ukuran, kawannya seribu cintanya satu, sama cantik samalah padan
      July 27 at 12:46pm ·

    • Rabeah Mohd Ali Duhai Mat bapa yang pemalu,
      Apa nama anakmu ku nak tahu,
      Bila dilahirkan di hutan mana,
      Kalau kau betul bapa yang amibl tahu.

      July 27 at 12:48pm ·

    • Haslie Umar MKR:kasih anak kasih berjuta, sayang sayang anak disayang, kalau begitu bapa berkata, senang rasanya resah dibuang
      July 27 at 12:50pm ·

    • Rabeah Mohd Ali Duhai Haslie ngapa kamu kata begitu,
      Yang empunyai diri diam membisu,
      Malulah aku tersipu-sipu,
      Buat keputusan jangan terburu.

      July 27 at 12:56pm ·

    • Rabeah Mohd Ali Bukan ku tak percaya kepada cinta,
      Bila hati dah retak sejuta;
      Apalah ada pada cinta,
      Cintakan Allah menjadi utama.

      July 27 at 12:58pm ·

    • Rabeah Mohd Ali Siapalah aku untuk menolak takdir,
      Kalau itu sudah tersurat Lauh Mahfuz Allah,
      Kusujud syukur dalam KhasafNya takdir,
      Kuserah Qada dan Qadar kepada Allah.

      July 27 at 1:02pm ·

    • Mat Kr dagang pak malau dagang berlipat,
      dagang hamba mengkuang layu;
      kalau nak tahu gelaran dan pangkat,
      Sang Kuriang nama diberi hutan belantara tempat berguru ... Hehehe....

      July 27 at 1:02pm ·

    • Rabeah Mohd Ali Duhai anak Sang Kuriangku,
      Bersyukurlah dikau mendapat bapa penyayang,
      Kau dididik dengan penuh tegas supaya kau tahu,
      Betapa budi menjadikan kau makhluk yang pengasih pengayang.

      July 27 at 1:06pm ·

    • Haslie Umar duhai beah mengapa malu, bukan mencuri bukan terburu, cuba tanya manalah tahu, ada jodoh adalah tu
      July 27 at 6:38pm ·

    • Mat Kr itulah kebesaran dan keajaiban,
      mahluk dunia ciptaan Tuhan;
      susah dahulu senang kemudian,
      mendapat rahmat rezeki berpanjangan.

      July 27 at 7:13pm ·

    • Rabeah Mohd Ali Duhai Haslie yang baik budi,
      Mat Kr bukannya sudi,
      Janganlah buat lawak geli hati,
      Nanti meranaku sendiri.

      July 27 at 8:09pm ·

    • Rabeah Mohd Ali Mat Kar dah kuanggap rakan pantunku,
      Anaknya Sang Kuriang seperti anakku,
      Biarlah kita bersahabat ceria selalu,
      Hati senang kita bertiga sahabat sentiasa bergurau.

      July 27 at 8:11pm ·

    • Rabeah Mohd Ali Biarpun berpantun lawak hati terhibur,
      Perangai Sang Kuriang telah menghibur hati,
      Bila senang nanti kubawa Sang Kuriang ke hutan lipur,
      Berjumpa dengan keluarga asalnya tentu dia suka hati.

      July 27 at 8:14pm ·

    • Rabeah Mohd Ali Senyumanmu Haslie sudah cukup menceriakan sekali,
      Mat Kr apa lagi gelak sampai putus urat perutnya,
      Bertambah lucu bila Sang Kuriang gelak menampakkan gigi,
      Pasti gamat satu dewan bangsawan ketawakan kita bertiga.

      July 27 at 8:18pm · · 1 person

    • Mat Kr nampaknya cerita tak habis lagi,
      masih lagi isu tengahari tadi;
      skrip dan cerita tulisan Haslie,
      menjadi kenangan suatu hari nanti.

      July 27 at 8:21pm ·

    • Rabeah Mohd Ali Duhai Mat Kr yang baik budi,
      Budi bahasamu kuingat sampai mati,
      Sudah ke baca blogku pesani,
      Merajukku kalau kau tak mahu layari.

      July 27 at 8:32pm ·

    • Rabeah Mohd Ali Kalau tak sudi nak baca aku merajuk hati,
      Tak mahu berpantun denganmu lagi,
      Hatiku telah kau lukai,
      Kupinta si Haslie layari blogku nanti.

      July 27 at 8:35pm ·

    • Rabeah Mohd Ali Haslie sahabatku sudi ke kau baca blogku itu,
      Kalau kau pun tak sudi merajuklah aku,
      Kubawa diri kawan setia tak mahu memberi sokongan padaku,
      Jangan salahkan aku duhai sahabat-sahabatku.

      July 27 at 8:37pm ·

    • Rabeah Mohd Ali Berkawan denganmu bukan ada udang di sebalik mi,
      Tapi mahu bertukar-tukar ilmu dan pemikiran,
      Kita gurau senda jangan ambil hati,
      Apa pun terjadi kita tetap berkawan...kan...kan..kan...!

      July 27 at 8:40pm ·

    • Syafinaz Mohd kesian dengan monyet ya..nya tauk minggu depan nak puasa, bersahur dan berbuka puasa bagikan pisang .....
      July 27 at 9:49pm · · 1 person

    • Mat Kr Auk... ya lah tek.. sik kongang nyawanya..hehehe....
      July 27 at 9:53pm ·

    • EstaZalin Cambiaso cute eh
      July 27 at 10:04pm ·

    • Haslie Umar MKR: sang kuriang bersama pisang berangan, asalnya dulu di hutan rimba,
      July 27 at 11:54pm ·

    • Haslie Umar MKR: sang kuriang bersama pisang berangan, asalnya dulu di hutan rimba, pantun ini jadi kenangan, mengubat luka semai gembira
      July 27 at 11:56pm ·

    • Haslie Umar Rabeah:tiada udang dibalik batu, jujur niatmu semolek pepari, kau hantarkan blogmu itu, diizin masa aku layari
      July 27 at 11:59pm ·

    • Rabeah Mohd Ali sasterakuduniaku.blogspot.com nama diberi,
      Kalau sudi cubalah layari duhai sahabat yang kuhormati;
      Kalau boleh berilah pendapatmu duhai Haslie yang baik hati,
      Kalau tak sudi takkan ku berkecil hati.

      July 28 at 5:27am ·

    • Rabeah Mohd Ali Mat Kr ku tunggu janji mu,
      Janji nak layari blogku;
      Kalau tak sudi katakan padaku,
      Tidak aku tertunggu-tunggu.

      July 28 at 5:29am ·

    • Rabeah Mohd Ali Pendapat kalian berdua amat kuharapkan,
      Dengan pendapat kalian sumber kekuatan,
      Untuk aku berkarya tidaklah bersedirian,
      Bahagia hidup dapat sahabat saling sefahaman.

      July 28 at 5:33am ·

    • Rabeah Mohd Ali Sebelum Sang Kuriang dilahirkan aku dah menulis,
      Minat menulis sudah jadi darah dagingku,
      Jiwaku mati kalau tak menulis,
      Harap kalian fahamilah aku.

      July 28 at 5:35am ·

    • Haslie Umar usah terburu beah temanku, tak hari ini esok atau lusa, kami berdua layari blogmu itu, kita bertiga sudah berkawan
      July 28 at 5:39am ·

    • Rabeah Mohd Ali Aku menulis bukanlah untuk dipuji atau mencipta nama,
      Tapi aku menulis adalah keranaNya dan sayang semua CiptaanNya;
      Kalau kalian nak tahu isi hatiku hayatilah semua karya yang ada,
      Saling memberi pendapat pada karyaku amatlah ku suka.

      July 28 at 5:39am ·

    • Rabeah Mohd Ali Maafkan aku jika aku mendera kalian,
      Mendera menbaca karya-karyaku,
      Apa nak buat kalian dalam penderaan,
      Kalau ingin menjadi sahabat setiaku.

      hehehe jangan marah ya sahabatku,
      Dah gitu kemahuanku,
      Kalau kalian suka terhibur hatiku,
      Kalau marah gundah gelanalah aku.

      July 28 at 5:44am ·

    • Rabeah Mohd Ali Cukuplah sampai di sini dulu,
      Ada masa kita berpantun lagi,
      Pantun kita pantun yang ada ilmu,
      Salah dan silap ku mohon dimaafi.

      July 28 at 5:46am ·

    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih Haslie kawanku,
      Senyumanmu pun sudah menghiburkan hati,
      Aku tunggu pendapat yang bernas darimu,
      Tapi kawan kita Mat Kr macam tak sudi nak layari.

      July 28 at 5:51am ·

  • (PETIKAN DARIPADA WALL MAT KR)
    31 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;