Wednesday, 2 November 2011

AGAR DIREDHAI HIDUP MATIKU

  • Assalamualaikum pembuka bicara,
    Buat teman yang jauh di mata;
    Salam dihulur tandanya mesra,
    Moga selamanya hidup bahagia....
    · · See Friendship · 17 hours ago

    • You like this.
      • Rabeah Mohd Ali Waalaikumussalam apa kabarmu disana,
        Jauh di mata dekat di hati;
        Sudah lama takku dengar kabar berita,
        Adakah dirimu merajuk hati.
        7 hours ago · ·
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih kerana sudi bertandang,
        Singgah bertandang di laman wall ku ini,
        Kebahagiaan keluargamu tanda kasih sayang,
        Kasih sayang keranaNya membawa ke Syurga nanti.
        7 hours ago · ·
      • Rabeah Mohd Ali Boleh ku tanya berapa cahaya matamu.
        Bertuah mereka mendapat bapa penyayang;
        Kasih sayang sejati takkan pernah jemu,
        Sebuah ikatan kekeluargaan saling sayang menyayang.
        7 hours ago · · 
      • Rabeah Mohd Ali Pada puterimu anis sampaikan salamku padanya,
        Salam sayang salam rindu;
        Salam kemaafan dariku padanya,
        Ku buka akaun fb lagi satu khas untuk peminatku.
        (Hihihi)
        7 hours ago · ·
      • Ayahanda Chik Budak-budak mencari lokan,
        Mencari lokan di tepian rumbia;
        Banyak urusan kena dibereskan,
        Ada masa kita kembali bersua.....
        7 hours ago · · 
      • Ayahanda Chik Ke Tanjung Tuan menaiki perahu,
        Lama rasanya tidak bertemu;
        Duhai sahabat kuingin tahu,
        Apa namanya akaun fb barumu....
        6 hours ago · ·
      • Rabeah Mohd Ali Duhai sahabatku yang jauh nun di sana,
        Fb baruku dalam perancanganku saja;
        Fb baru istimewa untuk remaja & kanak2 saja,
        Teristimewa untuk peminat sastera kanak2 dan remaja .
        4 hours ago ·
      • Rabeah Mohd Ali Buat masa ni tak ada lagi peminatku,
        Kalau dah ada nanti baru buka akaun itu;
        Dunia sasteraku duniaku,
        Demi kasih dan sayang kuberkarya tanpa jemu.
        4 hours ago ·
      • Rabeah Mohd Ali Sebelum mereka menjadi peminat setia sasteraku,
        Akan kuberitahu hanya mereka yang sudi menyokongku;
        Yang tak sudi jangan berkecil hati padaku,
        Hendak buat macam mana sudah kehendakku begitu.
        4 hours ago ·
      • Rabeah Mohd Ali Bukan untuk berlagak sombong,
        Apa tah lagi mendesak mereka;
        Berfacebook kerana kasih sayang,
        Saling berkasih sayang dalam redhaNya.
        4 hours ago · ·
      • Rabeah Mohd Ali Ku tak penting teman facebook yang ramai,
        Yang ku pentingkan saling berkomunikasi;
        Mereka dan rakan fbku tak menyendiri,
        Saling bertukar fikiran saling menghormati.
        4 hours ago ·
      • Ayahanda Chik Hendak dibuang terasa sayang,
        Hendak dimakan terasa jemu;
        Kalau hati dah berbunga riang'
        Teruskan sahaja niat murnimu....
        4 hours ago · ·
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih duhai sahabatku,
        Kerana memahami apa yang tersirat di kalbu;
        Kusanjungi persahabatanmu denganku,
        Moga Allah limpahkan kerahmatanNya buat keluargamu.
        4 hours ago · ·
      • Ayahanda Chik Ke Kota Lukut pergi berkelah,
        Langit mendung kembali cerah;
        Hidup jangan menyerah kalah,
        Hanya Allah tempat kita berserah....
        4 hours ago · ·
      • Rabeah Mohd Ali Hanya Allah tempatku berserah,
        Hanya pada Allah aku mengadu;
        Segala takdir aku berserah,
        Agar Diredhai hidup matiku.
        4 hours ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA WALL AYAHANDA CHIK)
      2 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;