PEJUANG SENIKU
Duhai pejuang seniku...
Perkenalan kita memang telah DiAturkanNya
Aku jatuh cinta padamu kerana
Kau gelar dirimu ,'Pejuang Seni'
Apa makna pejuang?
Apa makna seni?
Dua perkataan itulah yang membuatkan aku jatuh cinta
"Aku...akan berkawan dengan orang macam ni..." detik hatiku tika
namamu tertera di alam maya.
Paling menggembirakan apabila kau sudi menjadi teman facebookku
Kita saling bertukar-tukar fikiran
Aku sanjungi karyamu kau sanjungi karyaku
Indahnya di kala itu
Serasa Dunia Sasteraku Dunia Sasteramu berpadu terus bahagia jiwa
Yang paling mengharukan aku hingga saat ini
Pabila kau sudi memberi sokongan habis-habisan pada Dunia Sasteraku
Terharu sungguh aku...
Aku terkedu dalam syukur padaNya
Mengurniakan sahabat semurnimu
Hinggakan air mataku menangis deras mengenangkan kemurniaan hatimu itu
Mana tidaknya...
Puluhan tahun aku berjuang sendirian
Tiba-tiba muncul kau dalam hidupku
Menawarkan diri untuk berjuang bersamaku
Sanggup berendam air mata demi sebuah perjuangan seni
Ya Allah aku bersyukur KurniaanMu padaku
Seorang sahabat seperjuangan
Yang memahami erti peritnya perjuangan ini
Syukur Ya Allah
Jika perjuangan kami ini semuanya keranaMu
Berilah kejayaan kepada kami
Jika kejayaan itu milik kami
Jangan biarkan kami lalai dengan kejayaan itu
Biarlah kejayaan itu membawa makna dunia akhirat kami
Kerana niat di hati kami hanyalah untuk mendapat keredhaanMu
Moga perjuangan kami berdua sentiasa mendapat keberkatan dan
restu dariMu.
Amin Ya Rabbal A' Lamin
Karya Rha NS
1 November 2011

0 comments:
Post a Comment