Wednesday, 2 November 2011

SEMUA RAKAN FACEBOOKKU SENTIASA TERSANJUNG DI HATIKU!

  • Rabeah Mohd Ali


    Untuk pengetahuanmu sahabatku...
    Dari awal lagi ketika mahu membuka akaun facebook
    aku katakan aku mahu berfacebook bukan suka-suka
    tapi saling berbagi ilmu
    Kehadiranku di facebook dihargai
    Dan kehadiran dia di facebookku... aku hargai
    Saling ada rasa kehadiran
    Saling memahami
    Saling menyokong
    Saling bertolak ansur

    Aku pun manusia biasa tidak pernah sempurna
    Jadi teman facebook lah yang menyempurna kekuranganku

    Tapi kalau teman facebook sekadar teman yang diam
    hanya tercatat di laman facebook tiada komunikasi
    apalah ertinya itu...

    Andainya mereka juga undur diri dariku
    Aku faham kerana aku pun begitu...

    Moga Allah ampunkan aku
    Moga mereka maafkan aku

    Apapun ikatan talisiraturrahim aku dengan mereka takkan putus
    kerana aku malu dengan Tuhanku nanti bila ditanya akan hal ini
    di akhirat nanti

    Harap dengan penjelasan ku ini
    kau mengerti apa mahuku
    duhai semua rakan facebookku yang sentiasa tersanjung di hatiku!

    Karya Rha NS
    2 November 2011
    10 hours ago · · 1

0 comments:

Post a Comment

 
;