Wednesday, 2 November 2011

RAKAN FBKU HADIRMU DAPAT KURASAI


  • RAKAN FBKU HADIRMU DAPAT DIRASAI


    Kepada ayahanda chik, pejuang seni, mahabbah, haidi yan dan semua sahabat fbku, semua keluargaku, semoga kita semua yang sudah dan bakal mengerjakan haji , di Perkenankan Allah mendapat Haji Mambur.Amin Ya Rabbal A'Lamin


    Teman fbku...
    Ku sayang kalian kerana Allah
    Bercita-cita menjadi sahabat dunia akhirat kalian
    Yang kucari persahabatan suci dan ikhlas
    Sama -sama bercita-cita membawa bekal ke negeri abadi
    Dalam senyap tanpa sedikitpun rasa bangga diri, menyombong diri, berkepentingan diri

    Ku rela undur diri bukan bererti
    kalian kulupakan...
    hakikatnya kalian sentiasa di hatiku
    moga kalian maafkan aku... Allah ampunkan aku

    Bukan ku tak hargai rakan fb yang lain
    tapi kehadiranku di alam maya sebagai rakan fbmu seolah tiada wujud...wujud tapi tak wujud sedangkan
    Allah itu wujud
    Dapat dirasakan kehadiranNya
    Dapat dirasakan Kasih SayangNya
    Dapat dirasakan PengampunanNya
    Dapat dirasakan KebesaranNya
    Dapat dirasakan KekuasaanNya
    Subhanallah Allahu Akhbar

    Sesungguhnya aku adalah insan yang tak sempurna
    Kerana tidak kesempurnaan inilah aku memohon moga Allah
    mengampunkan aku dan semua hambaNya maafkan segala kesalahan aku jika tutur kata dan tingkah lakuku menggurskan hati semua yang kukenali atau pun tidak dan aku sudah maafkan. Kita saling bermaaf-maafan keranaNya

    Kepada rakan fbku yang setia bersamaku
    Moga kita saling faham memahami
    Saling berkomunikasi dalam percambahan ilmu dunia & akhirat
    Saling mentarbiyah untuk menginsafi diri
    Saling menyokong untuk bekalan di negeri abadi
    Kehadiranmu kurasai
    Kehadiranku kau rasai
    Persahabatan terjalin bermatlamat mendapat redhaNya

    Amin Ya Rabbal A'Lamin

    Karya Rha NS
    2 November 2011
    · · 10 hours ago


    • Datuk Jem, Haidi Yan and 2 others like this.

      • Haidi Yan Semoga Allah memudahkan jalan bagi semua anggota DRSB untuk dapat pergi ke tanah suci, dan menjadi Haji Mabrur.Amin.r4 hours ago ·

      • Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin
        4 hours ago ·

      • Rabeah Mohd Ali
        LAMBAIAN HAJI MABRUR


        Ibadat Haji adalah Kurniaan dari Allah untuk setiap hambaNya
        Yang Dikasihi tanpa meletakkan siapapun taraf darjat hambaNya
        Dalam ibadah haji tiada perbezaan taraf darjat
        Semuanya bertaraf hamba
        Yang DiterimaNya hanyalah hamba ikhlas beribadat semata keranaNya

        Segala sifat mazmumah telah dikikis jauh
        Segala perkataan keji dan sia tidak mahu diulangi lagi
        Yang difikirkan hanya mahu membuat kebaikan sebagai bekalan ke negeri abadi

        Justeru Ya Allah
        Atas niat baik aku, keluargaku, semua sahabat fbku , semua sahabat DRSB ku...Jemputlah kami menjadi tetamuMu untuk menunaikan ibadah haji

        Terimalah kami sebagai tetamuMu Ya Allah
        Lambailah roh dan jasad kami sebagai tetamuMu Ya Allah
        Kami akan menyamhut LambaianMu dengan tangis pilu penuh kesyukuran Kerana KebesaranMu Dan KekuasaanMu, kami diundang menjadi tetamuMu

        Siapa yang tak bangga Ya Allah
        Menjadi tetamu kepada Raja
        Yang Menguasai Hari Pembalasan
        Yang Mencipta Alam Semesta Ini
        Subhanallah Allahu Akhbar
        DariMu kami datang
        DariMu kami dikembalikan

        Kiranya kami terpilih menjadi tetamuMu
        Kami akan menyahut LambaianMu Ya Allah
        sambil berkata,

        Kami datang kepadaMu Ya Allah
        Kami datang menyamhut seruanMu Ya Allah
        Syukur Ya Allah Syukur kami dipilih menjadi tetamuMu
        Kami datang kerana kami cintakanMu Ya Allah
        Kau Tuhan Yang KuSembah Kau Tuhan Yang KuPuja
        Terimalah ibadat haji kami
        Balaslah ibadat haji kami dengan Haji Mabrur Ya Allah
        Amin Ya Rabbal A'Lamin

        Labbaikallahumma Labbaik. Labbaikallahumma labbaik
        labbaikalasyari kala kalabbaik. Innalhamda wanni'mata
        lakawal mulk lasyarikalak ...

        Menyahut Panggilan-Mu

        Bacaan Talbiah

        Maksudnya:

        “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah,
        Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu”.

        “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,
        Tidak ada sekutu bagi-Mu, Ya Allah,
        Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu”.

        “Sesungguhnya segala pujian”

        “Dan Nikmat”

        “Dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu”

        “Tidak ada sekutu bagi-Mu”.

        Karya Rha NS
        2 November 2011

        36 minutes ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI_
      2 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;