Monday, 31 October 2011

KEBANGGAAN HANYALAH MILIK MUTLAK ALLAH

  • Hari ini ingin aku menjadi Elang. Pasti semua akan terasa indah. Pahitpun menjadi nikmat.
    · · · about an hour ago

    • You and Idrisboi Boiboi like this.
      • Rabeah Mohd Ali Terbanglah ke mana mahu mu.
        Kegagahanmu di angkasa dihormati;
        Kerana sifat santunmu pada semua teman-temanmu,
        Biarpun kau mempunyai kekuasaan tapi tetap merendah diri.
        about an hour ago · · 1 person
      • Rabeah Mohd Ali Duhai helang...kau terbang bebas di angkasa....
        Dengan hati ria dan ceria ...menyapa teman-temanmu...
        Yang sepi entah kenapa... namun kau terus menyapa...
        Pasti suatu saat nanti...sapaanmu disahut oleh teman-temanmu
        Dengan puisi-puisi indah tersiar di laman Rumah Sastra Borneo
        Pasti indah di saat itu ...dan ku pasti kaulah yang akan melayangkan puisi-puisi indah itu ke serata pelosok dunia....agar dunia tahu...wujudnya teman-teman seperjuanganmu yang punyai bakat berpuisi yang luar biasa hebatnya...
        dan ku pasti kau akan terbang bersama naga pamungkas!
        menjadi sahabat seperjuangan yang akrab terbang gagah di angkasa membawa puisi-puisi indah untuk dibaca dan dihayati sepenuh jiwa agar terkesan di kalbu!
        56 minutes ago · · 1 person
      • Haidi Yan Menurut orang-orang bijak : bahwa dunia ini semu & tidak ada yg nyata, semua hanya bayang-bayang dan tempat berseda gurau, bagaikan mimpi di kala tidur, dan bagaikan hidup di antara mati.
        jadi untuk apalah berbangga hati di dunia.
        Bagaimana menurut bunda Rabeah Mohd Ali, mohon bimbingan.[salam hormat selalu]
        53 minutes ago ·
      • Rabeah Mohd Ali Pak Haidi Yan yang sentiasa tersanjung di hati...tiada siapapun di dunia ini yang boleh berbangga diri kerana Kebanggaan itu hanyalah milik mutlak Allah SWT saja justeru jika ada sebesar zarahpun kebanggaan di hati manusia bererti segala amalannya tertolak kerana berbangga itu samalah dengan riak samalah dengan sombong diri..minta kita semua dijauhkan daripada sifat yang tercela itu ye...siapalah aku untuk mengatakan hal ini hamba yang dalam pencarian tunjuk nasihat daripada mereka yang arif lagi bijaksana.
        Yang baik itu datangnya dari Allah yang lemah itu dari diriku sendiri.
        45 minutes ago ·
      • Rabeah Mohd Ali Kalau dikaji balik...sifat helang itu pun suka menunjukkan kebanggaan yang ganas mencari mangsanya tanpa ehsan tapi kita positifkan helang supaya suka membantu dengan menggunakan kekuasaannya ke arah kebaikan...Pak Haidi Yan..memanusiakan manusia pun susah ...inikan haiwan mana bisa mungkin itu..tapi kerana puisi ...semuanya bisa ...asalkan nawaitu bukan untuk berbangga hati....yang penting sentiasa bersangka baik sesama insan. Hingga saat ini kuingat dengan kata-kata...kebaikan dibalas dengan kebaikan itu biasa...kejahatan dibalas dengan kebaikan itu satu kemuliaan! Moga kata-kata ini dapat mentarbiyahkan diriku yang serba tidak sempurna ini.
        25 minutes ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA  DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
      31 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;