Rabeah Mohd AliHAIDI YAN TERUSKAN KAU MENYAPA
Kadang kala terdetik hatiku
Siapakah kamu ini?
Selalu saja menyapa teman-teman DRSB Yang semuanya tersanjung di hatimu
Biarpun sambutan teman-teman DRSB agak sepi
Tapi kau terus menyapa
Walaupun tak disahut... kau terus menyapa
Siapa kamu ini Haidi Yan?
Siapa mereka pula?
Apa kepentinganmu menyapa mereka?
Apa pula kepentingan mereka untuk menyahut sapaan kamu?
Sebenarnya kau tiada kepentingan apa-apa
Begitu juga mereka tiada apa-apa kepentingan
Hakikatnya sekadar rakan yang tidak dikenali
Tapi disatukan dalam Group Naga Pamungkas
Atas nama, 'Dialog Rumah Sastra Borneo'
Siapa adminnya aku pun tak tahu
Berapa orang adminnya aku pun tak tahu
Apa misi dan visi nya aku pun tak diberitahu
Yang aku tahu ahlinya 289 orang
Yang aktif bersiaran hanya Haidi Yan yang tahu
Sebab dia yang selalu menyapa teman-temannya yang sepi
Tanpa terus berputus asa dia terus menyapa tak kira samada
sapaannya disahut atau pun tidak...dia terus menyapa
Haidi Yan...
Sabarlah ye...dengan perjuanganmu menyapa teman-temanmu
Mungkin mereka ada alasan tersendiri untuk tidak menyahut sapaanmu itu..
Mungkin satu saat nanti sapaanmu akan disahut oleh teman-temanmu
kerana ketika itu mereka sudah bersedia untuk melayangkan karya-karya
mereka dan pendapat mereka pada apa jua yang bersiaran di DRSB tanpa paksaan
tapi dengan rela hati kerana mereka semua sama dengan minatmu,minatku
minat sastra yang teramat dalam di sanubari...jika tidak mana bisa mungkin
nama mereka tersenarai dalam group Naga Pamungkas (Dialog Rumah Sastra Borneo)
Haidi Yan...
Jika sapaanmu berjaya menambat hati teman-teman sastramu di DRSB
Akulah orang pertama yang mengucapkan syabas untukmu Haidi Yan
kerana berjuanganmu untuk menyapa berjaya akhirnya.
Syukur Alhamdulillah
'SASTRAMU SASTRAKU SASTRA SEMUA'
Karya Rha NS
31 Oktober 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment