Wednesday, 2 November 2011

LAMBAIAN RINDU KABBAH



Rabeah Mohd Ali

YANG BAIK SEMUANYA DATANG DARI ALLAH

Lima belas tahun lalu aku dijemput menjadi
tetamu Allah di Makkah Al- Mukaramah
Permergiaan aku ke sana ditaja oleh keluargaku
Aku pergi bersama ibu dan anak saudaraku.

Dirasa bagaikan mimpi pabila sampai di sana
Air mata tertumpah dalam kesyahduan Cinta
Dirasakan Allah terlalu dekat denganku

Di mana-mana mereka Mengagungkan Allah
Membaca Al-Quran , berzikir tanpa jemu ,
Bertawaf , Bersaie. Bertahalul dan membuat kebajikan

Ketika bersaie aku teringat pengorbanan
Siti Hajar mencari air untuk anaknya Nabi Ismail
Menangis aku dalam syahdu

Ketika bertawaf teringat Nabi Ibrahim
Mendirikan Kaabah bersama anaknya Nabi Ismail

Ketika menzirahi makam Rasullullah, aku teringatkan
perjuangan Rasulullah dan kasih sayang Rasulullah kepada umatnya
Menangis aku dalam syahdu

Ketika menziarahi perkuburan Baqi' menangis lagi aku
mengenangkan keluarga Rasullullah dan sahabat-sahabata Rasulllullah
dan pejuang-pejuang islam yang syahid di medan perjuangan ketika
menengakkan Agama Islam

Beribadat di Makkah Al-Mukaramah seperti aku mengalami alam
akhirat...semuanya Mengangungkan Allah semuanya tertumpu
pada Allah...di hati tiada yang difikir hanyalah Allah
Allah Alllah Allah
Kau Yang Maha Agong
Kau Yang Maha Besar
Kau Yang Maha Berkuasa
Kau Yang Maha Menentukan

Beribadat di Makkah Al-Mukaramah seperti tidak mahu pulang
Alangkah bahagia menjadi warga Makkah Al-Mukaramah
Semuanya Mengangongkan Allah
Semuanya ingat mati
Semuanya mahu hidup dalam beribadat
Semua mahu mati dalam ibadat
Semuanya mahu menjadi kekasih Allah

Semuanya mahu menjaga tingkah laku tutur kata
Agar tidak melanggar murka Allah

Tutur kata di sana adalah doa mustajab
Justeru mereka berkata yang baik-baik
Belum lagi berdoa baru terdetik saja di hati Allah makbulkan
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar

Baru saja aku terdetik hendak membeli Surah Yassin
Seorang hambal Allah telah memberikan aku surah Yaasin Masya-Allah

Aku mengisi masaku di Masjidil Haram
Aku membeli tasbih dalam kadar yang banyak
Tujuannya aku akan menghadiah kepada mereka yang
telah menyemak bacaan Yaasin yang kubaca
Guru-guruku semuanya muslimah Arab
Mereka faham apabila aku menggunakan bahasa isyarat agar mereka
sudi menyemak bacaan Yaasin yang ku baca
Setelah habis kubaca kuhadiahkan tasbih kepada mereka
Mereka terus memelukku dengan kasih sayang dan berdoa untukku
Terharu aku sangat-sangat!

Kerana taksub dengan guru Arab untuk menyemak bacaanku
Selalunya tak pernah permintaan aku dihampakan oleh muslimah Arab
Entah macam mana di depan aku ada muslimah Arab yang berpudah
yang tak nampak wajahnya...ku pergi duduk sebelahnya dan terus
membaca Surah  Yaasin...setelah habis kubaca kuhadiahkan tasbih untuknya
Aku menangis syahdu betapa Besarnya KuasaMu Tuhan...Kau tak pernah menghampakan
aku....Kau sentiasa benarkan selagi mendapat redhaMu Allahu Akbar
Kehidupan beginilah yang kumahukan...mendapat redhaMu Ya Allah

Yang amat kukagumi pada muslimah Arab ini...mereka kuat beribadat
Keyakinannya pada Allah seratus peratus
Amat menghargai orang yang membuat kebaikan padanya

Aku kasihan melihat mereka sakit-sakit kaki dan aku ambil air zam-zam
merenjiskan kakinya sambil mendokankan supaya kakinya sembuh
mereka memelukku dan selepas itu berdoa panjang untukku
bila seorang sudah melunjur kaki berbaris melunjur kaki
Terima kasih Ya Allah kerana izinkan aku membuatkan kebaikan yang kusuka

Satu lagi tak dapat kulupakan di pagi Jumaat, pintu Kaabah dibuka
kelambu Kaabah ditukar yang baru...Selepas sembahyang sunat dhuha
aku berdoa mengadap pintu Kaabah yang terbuka luas...tidak jauh daripada
situ, aku ternampak seorang muslimah Arab tua terbaring lemah
yang peliknya aku orang lalu lalang tapi tidak memperdulikannya
aku segera mendapatkannya dan memangkunya...kuberinya minum air zam-zam
dan menyapu air zam-zam ke wajahnya yang sudah berkedut seribu
"Aku berdoa untuk kesembuhannya."

Dengan izin Allah dia sembuh dan terus bangun dari pembaringannya. Dia terus memelukku dan berdoa.

Sedang aku terfikir-fikir kenapa tiada orang mahu membantunya...nenek
tua itu hilang sekelip mata. Masya-Allah! Subhanallah! Allahu Akbar!

Ya Allah setiap yang baik semuaNya datang dariMu Ya Allah
Kau terimalah aku sebagai hambaMu yang suka membuat kebaikan
Hidup dalam kebaikan dan mati dalam kebaikan
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Rha NS
1 November 2011
· · Yesterday at 3:11pm


    • Athaya Nabila amin ya rabbal'alamin insyaallah bunda akan selalu berada dalam kebaikan semogalah nur bisa kesana seperti bunda isyaallah,,menetes air mata ini membaca tulisan bunda,,subhanallah Allahuakbar
      22 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Mana tahu kita pergi bersama. Tentu boleh menangis bersama-sama mohon Allah redhai hidup kita sekeluarga dan semua sahabat-sahabat kita. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
      21 hours ago · · 1

    • Athaya Nabila amin amin amin yaa rabbal'alamin moga-moga ya bunda!
      21 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin
      Moga Allah Perkenankan
      Kau dan aku menjadi
      Sahabat dunia akhirat
      Amin Ya Rabbal A"Lamin

      21 hours ago · · 1

    • Athaya Nabila amin insyaaallah,,
      19 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali RAKAN FBKU HADIRMU DAPAT DIRASAI

      Kepada ayahanda chik, pejuang seni, mahabbah, haidi yan dan semua sahabat fbku, semua keluargaku, semoga kita semua yang sudah dan bakal mengerjakan haji , di Perkenankan Allah mendapat Haji Mabrur.Amin Ya Rabbal A'Lamin

      Teman fbku...
      Ku sayang kalian kerana Allah
      Bercita-cita menjadi sahabat dunia akhirat kalian
      Yang kucari persahabatan suci dan ikhlas
      Sama -sama bercita-cita membawa bekal ke negeri abadi
      Dalam senyap tanpa sedikitpun rasa bangga diri, menyombong diri, berkepentingan diri

      Ku rela undur diri bukan bererti
      kalian kulupakan...
      hakikatnya kalian sentiasa di hatiku
      moga kalian maafkan aku... Allah ampunkan aku

      Bukan ku tak hargai rakan fb yang lain
      tapi kehadiranku di alam maya sebagai rakan fbmu seolah tiada wujud...wujud tapi tak wujud sedangkan
      Allah itu wujud
      Dapat dirasakan kehadiranNya
      Dapat dirasakan Kasih SayangNya
      Dapat dirasakan PengampunanNya
      Dapat dirasakan KebesaranNya
      Dapat dirasakan KekuasaanNya
      Subhanallah Allahu Akhbar

      Sesungguhnya aku adalah insan yang tak sempurna
      Kerana tidak kesempurnaan inilah aku memohon moga Allah
      mengampunkan aku dan semua hambaNya maafkan segala kesalahan aku jika tutur kata dan tingkah lakuku menggurskan hati semua yang kukenali atau pun tidak dan aku sudah maafkan. Kita saling bermaaf-maafan keranaNya

      Kepada rakan fbku yang setia bersamaku
      Moga kita saling faham memahami
      Saling berkomunikasi dalam percambahan ilmu dunia & akhirat
      Saling mentarbiyah untuk menginsafi diri
      Saling menyokong untuk bekalan di negeri abadi
      Kehadiranmu kurasai
      Kehadiranku kau rasai
      Persahabatan terjalin bermatlamat mendapat redhaNya

      Amin Ya Rabbal A'Lamin

      Karya Rha NS
      2 November 2011

      11 hours ago · · 1

    • Athaya Nabila gambaran persahabatan yang indah bunda..terimakasih pula bunda telah sudi mahu berteman dan menjalin persahabatan dengan nur..Subhanallah Allahu Akbar semogalah
      10 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Persahabatan Yang Indah Di Dunia Seindah Di Syurga Insya-Allah
      Amin Ya Rabbal A'Lamin Subhanallah Allahu Akhbar

      9 hours ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    2 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;