Thursday, 3 November 2011

PERSEMBAHAN DRAMA PENTAS KANAK-KANAK DI PANGGUNG BANGSAWAN ZOO NEGARA


· · · Share · October 25
  • Monday at 7:19pm ·

  • Rabeah Mohd Ali Comelnya putera & puterimu itu....siapakah gerangan namanya?
    Sudi ke mereka menjadi sahabat anak angkatku Sang Kuriang....hihihi ...dia ada di
    Rimba Niagara....tapi sudah ditabalkan menjadi Raja kini...hihihi

    Monday at 9:24pm ·

  • Haslie Umar haha...puterinya....sang Syifa....yang besar tu...sang Amsyar...seorang lagi Sang Aqmar..sudi...kecil tapak nyiru stadium bukit jalil ku tadahkan.....rindu pada sang kuriang....
    Tuesday at 6:37pm ·

  • Rabeah Mohd Ali Terima kasih kerana sudi Sang Syifa, Sang Amsyar dan Sang Aqmar jadi
    sahabat Sang Kuriang mesti mereka bergurau senda dan gelak ketawa setiap hari...hihihi...
    Kalau Sang Syifa dah dewasa bolehlah menjadi suri Sang Kuriang....hihihi Kalau Sang Syifa
    suka ...tak perlulah Kuriang cari yang lain hihihi...tapi hendak  ke Sang Syifa tinggal di
    Istana Rimba Niagara nanti...hihihi

    Tuesday at 8:11pm ·

  • Rabeah Mohd Ali Khikhi nampaknya kena sambung Sang Kuriang Bahagian (Tiga) hihihii
    Tuesday at 8:13pm ·

  • Haslie Umar biar mat kr jadi pengarahnya........dia on jer......mesti meletup
    Yesterday at 5:31am ·

  • Rabeah Mohd Ali
    Mana tahu dia on jer...yang ku tahu dia tu...sibuk dengan kerjanya...tak baik tau ganggu
    kerja dia...hihihi apapun aku sangat suka dengan sang syifa, sang amsyar sang aqmar...
    nanti ada peluang aku mahu bawa mereka jalan-jalan ke zoo negara bersama sang kuriangku
    pasti ramai peminat menyerbu mereka mahu tandatangan...hihihi di zoo pula segala sang pun
    suka berkawan dengan mereka...aduh pasti gamat zoo hari itu dengan hiruk pikuk segala sang
    meraikan satu pesta kegembiraan kanak-kanak yang tak terhingga! Apa tidaknya yang
    berada di pentas 4 Sahabat mengadakan persembahan teater ,"PERSAHABATAN INDAH
    SANG KURIANG DENGAN SANG SYIFA, SANG AMSYAR DAN SANG AQMAR"
    Mereka berempat mengadakan persembahan yang begitu mantap hinggakan panggung bangsawan
    ZOO NEGARA...hiruk pikuk dengan tempukan paling gemuruh daripada penonton yang terdiri
    daripada pengunjung zoo dan segala sang di zoo negara.

    Kerana persembahan mereka begitu mantap dan tidak dapat dilupakan oleh semua yang
    menonton...KFC telah sudi menaja makan tengahari pada hari tersebut Amat meriah sekali.(hihihi)

    Yesterday at 8:38am ·



  • 20 hours ago ·

  • Haslie Umar Rabeah: hahaha.....mantap..memang mantap...cayalah....nanti mat kr jadi pengarah....
    20 hours ago ·

  • Rabeah Mohd Ali Jadi...jangan tak jadi...sebab aku ini penuntut janji....hihihi
    20 hours ago ·

  • Rabeah Mohd Ali
    PUTERA SANG KURIANG (BAHAGIAN III)


    Tersebutlah kisah di Rimba Nilam Puri telah berlaku perebutan kuasa di antara Raja Haslie
    Umar dengan Raja Ahmad Kamal.Raja Ahmad Kamal adalah sepupu kepada Raja Haslie Umar.

    Raja Haslie Umar berkahwin dengan Permaisuri Atekah. Mereka dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri. Yang tua bernama Putera Sang Amsyar, Putera Sang Aqmar dan Puteri Sang Syifa. Selama ini mereka hidup aman bahagia sekeluarga.

    "Anakanda bertiga... sebentar tadi ayahada baru saja menghantar pesanan kepada sahabat
    ayahanda Raja Mat Kr di Rimba Niagara untuk menumpangkan anakanda bertiga di Istana Rimba Niagara. Anakanda selamat di sana...Ayahanda dan bonda akan datang menjemput anakanda
    setelah negari kita aman damai...sekarang dalam kucar kacir...."

    Mereka anak beranak saling berpelukan dan tangis pilu menyelubungi Istana Rimba Nilam Puri.
    Permaisuri Atekah mententeramkan tangisan anakanda Puteri Sang Syifa.

    "Anakanda Puteri Sang Syifa...jangan nangis ye...nanti bonda datang..." pujuk Permaisuri Atekah
    sambil memeluk erat Puteri Sang Syifa dengan tangisan pilu.

    Ketika sampai di Istana Niagara...Raja Mat Kr dan Putera Sang Kuriang menyambut kedatangan
    keluarga angkat mereka dari Istana Nilam Puri.

    Sang Kuriang menjadi sahabat baik kepada Putera Sang Amsyar,
    Putera Sang Aqmar dan Puteri Sang Syifa.

    Mereka 4 sahabat diajar ilmu persilatan . Setelah enam purnama mempelajari ilmu persilatan
    mereka mahir dalam ilmu persilatan termasuk juga dengan Puteri Sang Syifa.

    Sedang mereka duduk berehat...tanpa diduga kedatangan ayahanda Haslie Umar dan Permaisuri
    Atekah ke Istana Rimba Niagara.

    Suasana sudah aman kembali. Raja Ahmad Kamal tewas dalam pertarungan dengan
    Raja Haslie Umar.

    Upacara menyambut kedatangan Raja Haslie Umar bersama Permaisuri Atekah disambut
    besar-besaran. Ketika itu juga diistiharkan pertunangan Puteri Sang Syifa dengan Putera
    Sang Kuriang.

    Genap tiga bulan mengikat tali pertunangan Puteri Sang Syifa berkawin dengan Putera Sang Kuriang. Majlis amat meriah sekali disambut dengan penuh gilang gemilang.

    Karya Rha NS
    3 November 2011

    9 hours ago ·


    • Rabeah Mohd Ali Apa pendapatmu duhai Raja Rimba Nilam Puri Raja Haslie Umar
      tentang cerita Putera Sang Kuriang (Bahagian III) ini...ok tak... hihihi

      9 hours ago ·

    • Haslie Umar terlebih ok wahai ratu rabeah semester alam....buat novel pun ok gak...
      42 minutes ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Iye ke Raja Haslie Umar Raja Rimba Nilam Puri Yang Gagah
      Perkasa Yang Mempunyai Putera & Puteri Berjiwa Pahlawan Rakyat Rimba Nilam
      Puri....silalah layari blog : sasterakuduniaku.blogspot.com
      kerana telah kuabadikan cerita Putera Sang Kuriang Bahagian III
      di blogku agar dapat dikongsi sama oleh pembaca alam maya yang kukasihi.
      Kudoakan kau sekeluarga bahagia dalam redhaNya. Amin Ya Rabbal A'Lamin

      14 minutes ago ·

 (PETIKAN DARIPADA WALL HASLIE UMAR)
3 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;