- LAMBAIAN HAJI MABRUR
Ibadat Haji adalah Kurniaan dari Allah untuk setiap hambaNya
Yang Dikasihi tanpa meletakkan siapapun taraf darjat hambaNya
Dalam ibadah haji tiada perbezaan taraf darjat
Semuanya bertaraf hamba
Yang DiterimaNya hanyalah hamba yang ikhlas beribadat semata-mata keranaNya
Segala sifat mazmumah telah dikikis jauh
Segala perkataan keji dan sia tidak mahu diulangi lagi
Yang difikirkan hanya mahu membuat kebaikan sebagai bekalan ke negeri abadi
Justeru Ya Allah
Atas niat baik aku, keluargaku, semua sahabat fbku , semua sahabat DRSB ku
Jemputlah kami menjadi tetamuMu untuk menunaikan ibadah haji
Terimalah kami sebagai tetamuMu Ya Allah
Lambaikanlah roh dan jasad kami sebagai tetamuMu
Ya Allah
Kami akan menyamhut LambaianMu dengan tangis pilu penuh kesyukuran
Kerana KebesaranMu Dan KekuasaanMu,
kami diundang menjadi tetamuMu
Siapa yang tak bangga Ya Allah
Menjadi tetamu kepada Raja
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Yang Mencipta Alam Semesta Ini
Subhanallah Allahu Akhbar
DariMu kami datang
DariMu kami dikembalikan
Kiranya kami terpilih menjadi tetamuMu
Kami akan menyahut LambaianMu Ya Allah
sambil berkata,
Kami datang kepadaMu Ya Allah
Kami datang menyamhut seruanMu Ya Allah
Syukur Ya Allah Syukur kami dipilih menjadi tetamuMu
Kami datang kerana kami cintakanMu Ya Allah
Kau Tuhan Yang KuSembah Kau Tuhan Yang KuPuja
Terimalah ibadat haji kami
Balaslah ibadat haji kami dengan Haji Mabrur Ya Allah
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Labbaikallahumma Labbaik. Labbaikallahumma labbaik
labbaikalasyari kala kalabbaik. Innalhamda wanni'mata
lakawal mulk lasyarikalak ...
Menyahut Panggilan-Mu
Bacaan Talbiah
Maksudnya:
“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah,
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu”.
“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,
Tidak ada sekutu bagi-Mu, Ya Allah,
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu”.
“Sesungguhnya segala pujian”
“Dan Nikmat”
“Dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu”
“Tidak ada sekutu bagi-Mu”.
Karya Rha NS
2 November 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment