Sunday, 30 October 2011

KARYAKU DUNIAKU! SASTERAKU DUNIAKU!


KARYAKU DUNIAKU! SASTRAKU DUNIAKU!


Duhai hati kenapa kau setega itu?
Kau tak rasa bersalah ke pada
semua teman-teman di alam mayamu?
Adakah kau taksub dengan dunia kau?
Hingga kau setega itu melepaskan mereka
daripada menjadi teman alam mayamu...

Duhai yang memiliki hatiku...
Saat kau tanya soalan ini
aku bagaikan disaat-saat dihiris sembilu pilu...
Jiwaku meruntun merasa aku bersalah
hingga saat ini aku terluka dan retak seribu
tapi terlebih dahulu aku sudah meminta maaf
kepada mereka semua kenapa aku harus mengundurkan
diri daripada mereka
Moga mereka semua maafkan aku dan Allah ampunkan aku

Matlamat aku mahu berkawan dengan mereka kerana mahu:

Bertukar-tukar pendapat dan idea
Berkongsi pengalaman mereka
Berkomunikasi di alam maya dalam ertika kata positif,
mesra dan harmonis bertukar ilmu yang mereka ada tapi
bukan tujuan untuk berbangga diri dan merendah-rendahkan
sesiapa saling ingat mengingati nasihat menasihati dalam
suasana bijaksana dan mengundang Nur Hidayah Kasih dariNya

Pabila kusiarkan karya-karyaku pada mereka...
Cuma seorang dua saja yang memberi sokongan habis-habisan
Yang lain senyap...
Biarpun mereka sendiri orang sastera sama macam aku minat sastra
tapi tidak sebagaimana yang kuharapkan untuk menyokong minat
sasteraku ini

Habis engkau mahu mereka memuji karyamu hebat sangat!
Begitu yang kau mahu?
Tidak terlintas pun aku mahu mereka memuji karya aku begitu...
kerna aku sedar siapa aku...yang tidak sehebat sasterawan
yang hebat-hebat aku cumalah peminat sastera picisan di jalanan
yang tidak dipandang sebelah mata oleh sesiapa dan aku pun
bukan hendak dipandang sesiapa yang aku mahu Allah Taala
yang pandang kerja-kerja penulisanku...

Aku menulis kerana:

Kasih sayang pada Allah dan sekelian manusia ciptaan
Allah Taala Tuhanku
Tiada niat langsung untuk membangga diri atau hendak
mempopularkan diri

Kau tahu puluhan tahu aku menyepi diri kerana aku
tidak suka orang mengenali siapa aku tapi untuk pengetahuan
engkau bukan semudah ini aku memunculkan diriku di alam maya

Kau cakap tak serupa bikinlah...

Bukan saja kau menyiarkan ribuan karya-karya mu dan bergaya
bagaikan permaisuri apa matlamatmu? Itu yang kau katakan
bukan membangga diri?

Aku siarkan karya-karyaku kerana Allah beri aku ilham tak
akan lah aku nak lepaskan beitu saja rugilah aku kerana
setahu aku setiap yang baik itu datangNya dari Allah
moga karyaku ada nilaian di Sisi Allah

Habis tu yang kau bergaya bagaikan permaisuri tu kenapa?
Kau berangan nak jadi permaisuri ke? Cerminlah sikit diri kau tu...
jangan nak berangan yang tak akan jadi nyata...Hahaha ada hati konon

Masya-Allah aku tak terfikirpun ke situ...
ada aku kata aku nak jadi permaisuri?
Yang aku kata nak jadi Permaisuri Rimba Niagara.
Adakah kau faham apa maksud Rimba Niagara?
Rimba itu maksudnya hutan...maknanya Permaisuri Hutan. Adakah
manusia yang tinggal di hutan?

Tak ada yang ada di hutan haiwan...

Ha...tahu pun engkau...takkanlah aku nak jadi permaisuri hutan
kau kata aku hendak berbangga diri?

Ye tak ye juga ye...tapi takkan lah kau bercita-cita hendak
menjadi permaisuri hutan ye?

Engkau ni pun satu...lurus tiang sangat...ini semua untuk
menghidupkan watak dalam karyaku Putera Sang Kuriang...

Sampai begitu sekali?

Kalau aku tidak hargai karya aku siapa lagi! Kerana
Karyaku Duniaku! Sasteraku Duniaku!
Dan untuk pengetahuan engkau aku sentiasa sedar siapa
aku ini...seorang wanita yang telah lanjut usia dan
yang kau lihat cantik itu cumalah sebagai topeng makeup
dibuang makeup itu jadilah aku wanita hodoh ...
jangan terpedaya dengan topeng makeup ye...

Sekarang baru aku faham ...kenapa dan kenapa...

Apa yang kau faham tentang kenapa? Boleh aku tahu...

Kenapa kau lepaskan rakan facebookmu....
Kenapa kau bergaya bagaikan permaisuri ...
Kerana Karyaku Duniaku! Sasteraku Duniaku!

Karya Rha NS
19 Oktober 2011
· · October 19 at 9:45am near Kuala Lumpur, Malaysia


  • Datuk Jem and Rans Romeo like this.

    • Rans Romeo The Best...
      October 19 at 10:35am · · 1 person

    • Rabeah Mohd Ali Kaulah antara sahabatku yang sentiasa ikhlas dalam memberi semangat juangku dan amat faham dengan dunia sastraku!Menulis bukan kerana nama tapi untuk mendapat kasih sayang Allah dan kasih sayang manusia di bumi ini dan jika aku tiada nanti karya-karya yang kutinggallah lambang kasih sayang aku pada penghuni bumi yang mana aku pernah berhidup di muka bumi ini termasuk juga kau kerana namamu telah kuabadikan di blogku duhai...sahabatku di benua Indonesia yang bernama Rans Romeo! Moga persahabatan antara dua benua ini menjadi lambang Perdamaian Di Antara Dua Benua!
      October 19 at 10:45am · · 1 person

    • Rans Romeo Penerjemahan bahasa yang sangat dalam dan mimpi yang sangat sulit tuk diraih buatku dalam mewujudkan "Perdamaian Di Antara Dua Benua!".. Intinya buat saya persahabatan terbina dari rasa ikhlas dan hati yang tanpa setitikpun noda dendam.. Rasa sungkan, Sikap saling menghargai, tidak memilih latar belakang seseorang merupakan salah satu wujud persahabatan sejati...
      Bunda,.. Saya belum menerima jawaban atas alasan yang diminta sblmnya..
      Semoga kita menjadi yang terbaik di antara yang baik..

      October 19 at 11:22am · · 1 person

    • Rabeah Mohd Ali Jawapannya setakat yang dalam fahamanku saja...dan sudahku siarkan di blog bunda ...bagi bunda Persahabatan Yang Membawa Erti Perdamaian Antara Dua Benua...itulah jawapannya. Yang difikirkan Perdamaian dan Keamanan ...yang lainnya tugas mereka macam mana mahu realisasikan Perdamaian Secara Berhemah Dan Bijaksana tanpa mencetuskan kemarahan rakyat kedua benua dan akhirnya melibatkan rusuhan besar di antara dua benua. Moga semua rakyat dan pemimpin di antara dua benua menemui kata sepakat dan menerima segala keputusan dengan rasa puas hati tanpa sakit hati dan dendam yang membara-bara. Aman antara dua benua ini amanlah dunia ini ... Insya-Allah dan generasi antara dua benua boleh tersenyum bangga dalam kesyukuran.
      October 19 at 11:34am · · 1 person

  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH  OHD ALI)
    30 Oktober 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;