Tuesday, 22 November 2011

AKU MENULIS BUKAN MERAIH KEUNTUNGAN TAPI UNTUK MERAIH CINTA ALLAH


  • PERJUANGAN TANPA HENTI

    Aku menulis bukan kerana nama
    Tapi mahukan karyaku ternama

    Kalau dulu aku menulis bukan kerana nama tapi mahukan karyaku ternama
    Tapi kini tidak lagi
    Tidak perlu nama
    Tidak perlu ternama
    Kedua-dua tidak aku fikirkan dalam benak hatiku lagi
    Biarkanlah karyaku tenggelam
    Biarkanlah karyaku tak ternama
    Aku tak perlukan lagi itu semua
    Biarkan...biarkan...biarkan...

    Kenapa kau kata begitu?
    Adakah kau melatah dan kecewa?
    Pabila karyamu tiada orang suka dan menghargai karyamu?

    Aku tidak melatah
    aku tidak kecewa
    aku tak perlukan orang menyukai dan menghargai karyaku

    Aku suka orang tak kenal aku kerana aku menulis bukan kerana nama
    Orang baca karyaku tapi orang tak tahu siapakah perngkaryanya ...lagi aku suka

    Sudah tiga puluh tahun aku menulis
    Sudah banyak karya yang telah aku hasilkan
    Sudah banyak hasil karya tapi tiada hasil material kuperolehi
    Mana bisa ku hidup hanya bergantung dengan karya yang terbeku itu
    Kerana minat yang terlalu mendalam aku tidak kisah itu semua

    Bukan aku tidak menghantar karyaku mana-mana penerbit
    Tapi penerbit jual mahal denganku
    Karyaku tak dapat memenuhi citarasa penerbit
    Karya yang selayaknya dibakul sampahkan

    Kalau dulu aku benar-benar mengharapkan akan ada penerbit
    melamar karyaku tapi kini tidak lagi

    Mungkin aku tidak tahu harus bagaimana aku mahu memancing hati penerbit
    agar karyaku diterimanya tapi tak apalah aku tidak fikir itu lagi


    Kalau saat ini ada mana-mana penerbit melamar karyaku..
    Aku sudah tawar hati...
    Bukan merajuk hati tapi
    Aku akan usaha sendiri dengan rakan seperjuanganku
    Kerana aku ingin buktikan aku boleh! Aku boleh!
    Tapi semua dengan izinNya

    Biarpun karyaku banyak tersimpan tapi tidak diterbitkan
    Alangkah ruginya aku jika saat ini aku dijemput Illahi
    Apakah pewarisku akan sanggup meneruskan perjuanganku yang tak pernah mati ini?
    Mungkin ya....kerana mereka tidak minat dengan duniaku kecuali Allah bukakan
    hati pewarisku untuk meneruskan perjuanganku....moga ada pewarisku untuk
    meneruskan perjuanganku ini...perjuanganku bukan untuk meraih keuntungan tapi
    untuk meraih Cinta Allah

    Ya Allah... jika benarlah bakat ku ini Anugerah dariMu
    Kau Perkenanaanlah segala hajatku yang telah kudambakan padaMu
    Aku menulis keranaMu
    Aku menulis kerana kasih sayang pada
    penghuni bumi keseluruhannya
    tanda aku pernah berhidup di muka bumi ini!

    Karya Rha NS
    23 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;