- WAHAI...
Wahai, terbanglah dengan sayap-sayap cinta; ini negeri fana rumput melata. Bukan langit yang hendak ditembus, bukan awan yang hendak ditawan. Tapi impian kebahagiaan di arasy saujana memandang, bumi ini hanya lantai anak tangga yang bertama. Kita tak mampu mendaki tanpa kudrat kasih-Nya.
Tapi impian kita terbang bersama sayap-sayap cinta. Di bumi kita bagai rerumputan hijau yang sentiasa melangut ke langit mencari sinar. Dan selalu terpesona oleh bintang malam hari; taksub melihat lembayung matahari. Sedang itu hanya ilusi mata berahi yang menabiri qalbu; hati. Tapi kita harus jua terbang tinggi dengan sayap-sayap cinta abadi. Kerana kita telah diberikan anugerah kecintaan. Kita burung-burung syurga impian; jangan patahkan sayap harapan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment