- SALAM KEJAYAAN UNTUK CAFETARIA PONDOK LESEHAN TERAPUNG
Waalaikummussalam wr wb nanda yang sentiasa tersanjung di hati yang banyak memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada, 'SASTERAKU DUNIAKU,' dunia yang paling bunda minati sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Dunia kanak-kanak yang penuh bayangan dan impian untuk menjadikan imaginasi jadi realiti.
Justeru bila saja bunda membaca cadangan nanda untuk menciptakan 'CAFETARIA BERKONSEPKAN PONDOK LESEHAN TERAPUNG ' bunda amat teruja dan membayangkan di minda keadaan Cafetaria tersebut dengan jelas! Subhanallah satu idea yang sungguh hebat dan di luar kotak pemikiran bagi manusia biasa. Tanpa bantuan Allah pasti nanda tidak dapat idea sehebat itu. Nanda telah menggunakan daya imaginasi minda yang sangat tinggi.
'AKAL' adalah satu anugerah dari Allah untuk semua manusia yang patut disyukuri. Kerana akallah yang membezakan antara manusia dengan haiwan.
Jika orang mengatakan dia itu hebat! Sebenarnya mereka sedang memuji Tuhan kerana dengan izin Allah...dia jadi hebat daripada orang biasa. Justeru walau hebat macam manapun dia ...seharusnya tidak akan ada rasa bangga diri wujud dalam dirinya melainkan memanjatkan kesyukuran pada Allah. Bunda yakin nanda di kalangan hambaNya yang terpilih dianugerah AKAL untuk berfikir dari yang biasa. Syukur Alhamdulillah.
Alangkah bahagia jika bunda ada dana ...Insya-Allah akan bunda sumbangkan agar cita-cita nanda itu menjadi realiti tapi siapalah bunda ...seorang hamba Allah Hanya Dia Yang Maha Tahu.
Walau bagaimana pun bunda doakan akan hadir mereka yang terpilih daripada kalangan hambaNya berkerjasama dengan nanda untuk menjayakan cadangan membina ,'CAFETARIA PONDOK LESEHAN TERAPUNG' akan menjadi realiti Insya-Allah!
Jika ini menjadi realiti bundalah orang pertama yang mengucapkan Tahniah kejayaan nanda.
Syukur Alhamdulillah sahabatku dari seberang telah mencipta kejayaan dengan 'CEMERLANG GEMILANG TERBILANG',Insya-Allah.
Salam Kejayaan Daripada,
Bunda Rabeah Mohd Ali
Malaysia
19 November 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment