Wednesday 23 November 2011

MALAM YANG PENUH KESYUKURAN MEMUJI KEBESARANMU TUHAN

  • INDAHNYA SUASANA MALAM PENUH KESYUKURAN
    MEMUJI KEBESARANMU TUHAN

    Tadi malam aku bermimpi terbang di angkasaraya bersamamu
    Kita dipinjamkan sayap oleh merak emas yang sangat cantik
    Kita amat gembira di kala itu berterbangan sambil bercanda
    gelak ketawa memetik bintang yang bertaburan di langit malam
    lalu bintang dimasukkan ke bakul emas yang kita bawa sambil
    memetik bintang kita berzikir sambil menangis kesyukuran kerana
    Allah izinkan kita menyaksikan keindahan CiptaanNya di langit
    malam... bulan pula tersenyum melihat kita dan kita saling membalas
    senyuman bulan Masya-Allah indah saat itu!
    Sedang kita asyik memuji Allah, memandang senyuman bulan
    tiba-tiba kita di sinari dengan cahaya yang pelbagai warna
    rupanya pelangi muncul mengindahkan lagi suasana malam...
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
    Indahnya suasana malam penuh dengan kesyukuran memuji Kebesaran Allah .


    Karya Rha NS
    24 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;