Tuesday, 22 November 2011

SASTERAKU DUNIAKU ADALAH DUNIA YANG KUMINATI SEDARI KECIL


  • Rabeah Mohd Ali
    SASTERAKU DUNIAKU ADALAH DUNIA YANG KUMINATI SEDARI KECIL

    Sememangnya sedari kecil aku minat sangat dalam bidang penulisan. Penulisan telah menjadi darah dagingku. Impian hendak menjadi penulis sudah lama wujud, tapi siapalah aku.

    Dua buah karya yang diterbit adalah usaha sahabat baikku yang hendak sangat karyaku diterbitkan dan berada di pasaran. Usahanya berhasil. Aku ucapkan terima kasih kepadanya yang sentiasa menyokong perjuanganku.

    Aku masih ingat lagi ketika aku menghadiri kursus penulisan, akulah peserta yang banyak bertanya dan di akhir kursus aku akan megumpulkan karya teman-temanku kuserahkan kepada penganjur kursus. Aku amat bahagia jika karyaku bersama teman-teman dihargai penganjur, mana tahu kami akan mendapat peluang hasil daripada bakat anugerah IIlahi.

    Sudah hampir 30 tahun aku menulis, karyaku yang tersiar di media massa tidaklah banyak mana amat sedikit sekali hinggakan karyaku tenggelam dalam arus peredaran zaman. Lucu sekali apabila aku ditegur oleh seorang pakar motivasi, baru aku terjaga dari lena peredaran zaman. Sesungguhnya aku tidak mahu ketinggalan zaman.

    Di usiaku yang penghujung ini terlalu banyak cita-cita yang terpendam belum tercapai. Mana tahu berkat doa kawan-kawan seperjuagan ianya termakbul. Peringkat permulaan ini aku buat yang mana termampu dulu. Aku usaha dan terus berusaha.

    Berkarya dan terus berkarya. Biarlah segala apa yang aku usahakan Allah Redha itulah hajatku pada Allah Taala. Aku berkarya bukanlah untuk mencipta nama tapi semata-mata ingin mendapat keredhaaan Allah Taala. Aku merancang Allah juga merancang. Perancangan Allah yang aku akur dalam hidup dan matiku. Siapalah aku untuk menolak takdir dan ketentuan Allah ke atas diriku. Ya Allah Perkenankan hajatku yang baik-baik
    Amin Ya Rabbal A’ lamin.

    Kupaparkan karya puisiku hasil ilham qalbuku untuk tatapan pembaca di alam maya. Moga kita semua mendapat keredhaan Allah dunia dan di akhirat.
    Amin Ya Rabbal A’lamin.

    Karya Rha NS
    1 Febuari 2011
    · · 15 hours ago

0 comments:

Post a Comment

 
;