Friday, 25 November 2011

PERSIAPAN SEBELUM DIJEMPUTNYA PULANG KE NEGERI ABADI

  • JALINAN PERSAHABATAN DI ALAM MAYA LEBIH BERHARGA
    DARIPADA PERMATA!

    Dengan titisan air mata aku merayu pada Tuhanku,

    Ya Allah Kau bukakan pintu hati semua sahabat alam maya
    ku memaafkan aku...Aku hambaMu yang tak sempurna Ya Allah
    yang tak lari dari melakukan kesilapan. Walau apapun alasan
    aku yang tetap berada di pihak yang salah mengundurkan diri
    daripada sebuah persahabatan yang suci dan murni.
    Mereka mesti mempunyai alasan yang tersendiri untuk tidak
    menurut kemahuanku dalam menjalinkan sebuah persahabatan di alam maya.

    Bagiku biarlah aku tidak punyai ramai teman facebook asalkan
    masing-masing dapat luangkan masa untuk berkomunikasi dan saling
    bertukar idea , ilmu , pandangan dan apa jua yang difikirkan baik
    untuk mencari keredhaanMu Ya Allah.

    Aku tak mahu facebookku sepi dan masing-masing ada agenda yang
    tersendiri dan berfacebook sekadar apa adanya.

    Bagiku setiap teman facebookku amat berharga dan bernilai bagaikan
    permata. Kehadirannya adalah Kurniaan dariNya padaku. Setiap apa
    yang dilontarkan amat aku hargai lebih daripada permata.

    Tapi aku tidak boleh menerima hakikat apabila kehadiran lontaran
    buah fikiranku disepikan mereka. Seakan aku tiada wujud di halaman
    facebooknya dan aku. Aku tak suka begitu. Apakah itu namanya sahabat?
    Apa matlamat dijalinkan persahabatan jika tiada rasa kewujudan di antara kita. Dan apalah ertinya sahabat semata-mata untuk saling menyakiti hati dalam diam lalu terluka. Dan apalah ertinya sahabat jika hanya bijak berkata tapi membisu seribu bahasa.Dan apalah ertinya sahabat jika sekadar wujudnya tapi bisu berkominikasi di alam maya.

    Kalau di alam realiti bersahabat dengan orang bisu akan ada bahasa isyarat bagi memahami apa yang dilontarkan tapi bagaimana pula bahasa isyarat jika rakan alam maya bisu... apakah bahasa isyarat yang harus kulontarkan pada mereka yang paling sopan tanpa menyakiti hati dalam persahabatan alam maya.

    Apapun alasan aku aku tetap bersalah Ya Allah...
    Sesungguhnya Kau Maha Pengampun Kau Maha Penyayang...
    Di pagi Jumaat yang mulia ini kau bukakan hati semua sahabat alam mayaku memaafkan aku kerana kesilapanku mengguriskan hati mereka tanpa pintaku
    untuk terjadinya perpisahan. Aku tak mahu imanku tidak sempurna Ya Allah...
    Aku mengaku kesilapanku...justru Kau bukakan hati mereka untuk memaafkan aku.
    Dengan RahmatMu Yang Tanpa Batas ....mereka memaafkan aku ... kan kuterima persahabatan kembali dengan harapan membina persahabatan ikhlas hanyalah semata keranaMU dan ingin mendapat redhaMu. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

    Karya Rha NS
    21 Oktober 2011
    · · 6 hours ago

0 comments:

Post a Comment

 
;